Nazri: Muktamad, wakil panel khas ikut kerusi Parlimen
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Jawatankuasa Khas Parlimen tetap akan diteruskan sama ada pembangkang setuju atau tidak mengenai pembahagian anggota dalam jawatankuasa itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) berkata pembahagian itu ditentukan berdasarkan jumlah kerusi yang dipegang oleh parti-parti berkenaan di dalam Parlimen.
Malah, beliau berkata pembahagian itu sudah cukup adil selain turut mengambil kira peranan anggota bebas dalam Parlimen.
“Jalan mana yang pembangkang boleh dapat kerusi lebih dari BN dan kerajaan. Perkiraan apa yang mereka buat. Dari segi jumlah ahli Parlimen itupun tidak 50-50,” katanya dipetik Bernama Online.
“Sudah tentu pembahagian ini ikut nisbah berpatutan. Itupun kita sudah cukup adil,” kata beliau kepada pemberita pada majlis berbuka puasa meraikan tetamu istimewa, anak-anak yatim dan ibu tunggal di Hentian Duta di sini hari ini.
Nazri berkata sikap yang ditonjolkan pembangkang ini seolah-olah mereka 'terkejut beruk' apabila kerajaan setuju untuk mengadakan Jawatankuasa Khas Parlimen itu bagi mengkaji perkara yang dibangkitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan.
“Mereka tidak sangka yang kerajaan setuju buat jawatankuasa ini. Sekarang ini, mereka nak cari dalih untuk akhirnya akan ambil keputusan tak mahu jawatankuasa itu diwujudkan,” katanya.
Nazri berkata jawatankuasa itu mempunyai tempoh yang panjang untuk menjalankan peranan mereka memandangkan tempoh berakhir Parlimen adalah pada 28 April 2013.
“Tapi dalam tempoh enam bulan, saya yakin jawatankuasa itu dapat menjalankan tugas mereka dan membentangkan laporan untuk tindakan selanjutnya yang munasabah,” katanya. -TMI
Ulasan GB
Demikian Nazri yang berkepala batu bercakap bagipihak kerajaan yang telah dua kali memuktamadkan keputusan mengenai nisbah wakil panel di dalam jawatankuasa Khas Parlimen. Kali pertama ialah pada pertengahan bulan Ogos: Boleh baca: Nazri Memuktamadkan PSC, Rakyat Boleh Memuktamadkan BERSIH 3.0 Diteruskan
Sedangkan Pakatan Rakyat atau BERSIH belum memuktamadkan sebarang keputusan. Masih bermain-main dengan perkatan "mungkin", "kalau", "jika" dan seumpamanya.
Rentak permainan politik sudah semakin cepat mutakhir ini sedangkan GB lihat PR belum dapat mengikut tempo, masih dengan "dondang sayang" dan terhegeh-hegeh membuat keputusan.
Keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti, kata Datuk Seri Anwar, sedangkan pihak BN sudah pun membuat dan menyatakan keputusan muktamadnya sekarang.
GB lihat disinilah kelemahan asas PR. Samada PAS PKR atau DAP. Suka melengah-lengahkan (procrastinate) dan akhirnya melopong sendiri.
Seperti contoh isu gereja. PAS membuat keputusan untuk bertemu dengan dua-dua pihak, JAIS dan pihak gereja. Masa diambil selepas keputusan jawatankuasa tertinggi PAS dibuat dengan surat dibuat oleh Setiasaha Agong mengambil masa sampai seminggu lamanya. Sedang GB sudah berpesan sebelumnya. Petikan:
Apa yang GB khuatiri menjadi kenyataan akhirnya. Pihak tertentu berjaya menyucuk jarum kepada kedua-dua pihak, JAIS dan GEREJA supaya "menolak" atau "menangguhkan" pertemuan dengan PAS. Akhirnya PAS juga yang melopong!
Keputusan telah dibuat, apa perlu lagi beri ruang untuk syaitan bergerak dicelah-celahan rekahan saf? Tidak perlu lagi terhegeh-hegeh. Inilah kaedah politik semasa, kerana ini era teknologi maklumat, ini zaman serba cepat serba pantas. Ini bukan lagi zaman mesin taip buruk, bukan lagi zaman untuk pak-pak tua jadi politikus, ini bukan lagi zaman bersilat pulut untuk memperbanyakkan bunga sebelum menerpa musuh.
Apabila pimpinan PAS telah buat keputusan untuk menemui JAIS dan Gereja,sepatutnya semua ahli mensyuarat berdiri berbaiah dan terus bergerak ke pejabat kedua-dua pihak. Tanpa lengah tanpa press conference.
GB tak nampak PR boleh berjaya dengan corak permainannya masih tidak berubah. Maaf cakap, kegagalan PR ke Putrajaya dulu adalah disebabkan penyakit PROCRASTINATION ini yang menyebabkan musuh mengambil peluang bertindak dua kali lebih pantas untuk mengatasi perencanaan PR. Dibawa lari wakil rakyatnya ke Jepun. Musnah segala impian PR.
Agaknya pihak pimpinan PR tak baca Art Of War Sun Tzu. Kalau baca pun hanya sebagai bahan penglipur lara bukan untuk menjadi strategist dalam politik semasa.
Tatkala ini pun momentum BERSIH 2.0 dah sejuk. Diperburukkan lagi isu gereja. PR masih lagi begitukah? Rakyat dah mula sangap semula.
GB pesan: Buat keputusan sekarang, kalau tak mahu dipermainkan lagi oleh BN, LANCARKAN BERSIH 3.0 SEGERA!

Pakatan beri PM, SPR peluang terakhir
Pakatan Rakyat hari ini memberi Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pilihan Raya peluang terakhir bagi membuktikan komitmen mereka berhubung pembaharuan pilihan raya, sebelum gabungan itu memutuskan sama ada untuk memboikot jawatankuasa khas parlimen berhubung isu itu.
Pada sidang akhbarnya, hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti.
"Kita belum buat sebarang keputusan untuk memboikot tetapi menjelaskan bahawa kerajaan perlu menunjukkan niat baik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan segera, dan PM menunjukkan beliau serius dengan menjamin pilihan raya hanya akan diadakan selepas SPR telah mengambil langkah sewajarnya.
"Kita ada beberapa minggu lagi sebelum Ramadan berakhir dan diikuti dengan Aidilfitri... satu atau dua minggu untuk berfikir. Menjelang bulan depan, kita akan tentukan,” katanya.
Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata, bagi membuktikan komitmennya, SPR hendaklah segera membuat empat perubahan yang dituntut oleh BERSIH 2.0, antaranya menggunakan dakwat kekal, melanjutkan tempoh berkempen dan yang terpenting membersihkan daftar pemilih.
Katanya, ini tidak memerlukan pembentukan jawatankuasa khas parlimen yang dijangka dibentuk pada sidang parlimen Oktober ini.
Dalam perkembangan yang lain, Anwar berkata Majlis Pakatan Rakyat juga bersetuju mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan isu pemberian "kewarganegaraan segera" kepada penduduk tetap.
"(Setakat ini) tidak ada langsung jawapan jelas dari menteri dalam negeri itu, bagi mengurangkan kebimbangan (rakyat),"katanya.
Sehubungan itu, Anwar berkata, Pakatan Rakyat mencadangkan supaya suruhanraja diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat isu berkenaan. -mk
Ulasan GB
Demikian Nazri yang berkepala batu bercakap bagipihak kerajaan yang telah dua kali memuktamadkan keputusan mengenai nisbah wakil panel di dalam jawatankuasa Khas Parlimen. Kali pertama ialah pada pertengahan bulan Ogos: Boleh baca: Nazri Memuktamadkan PSC, Rakyat Boleh Memuktamadkan BERSIH 3.0 Diteruskan
Sedangkan Pakatan Rakyat atau BERSIH belum memuktamadkan sebarang keputusan. Masih bermain-main dengan perkatan "mungkin", "kalau", "jika" dan seumpamanya.
Rentak permainan politik sudah semakin cepat mutakhir ini sedangkan GB lihat PR belum dapat mengikut tempo, masih dengan "dondang sayang" dan terhegeh-hegeh membuat keputusan.
Keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti, kata Datuk Seri Anwar, sedangkan pihak BN sudah pun membuat dan menyatakan keputusan muktamadnya sekarang.
GB lihat disinilah kelemahan asas PR. Samada PAS PKR atau DAP. Suka melengah-lengahkan (procrastinate) dan akhirnya melopong sendiri.
Seperti contoh isu gereja. PAS membuat keputusan untuk bertemu dengan dua-dua pihak, JAIS dan pihak gereja. Masa diambil selepas keputusan jawatankuasa tertinggi PAS dibuat dengan surat dibuat oleh Setiasaha Agong mengambil masa sampai seminggu lamanya. Sedang GB sudah berpesan sebelumnya. Petikan:
Kita harap ia TIDAK TERLALU LEWAT sebelum isunya berjaya dimanipulasi dan dieksploitasikan musuh.
Sekarang pun dah wujud tanda-tanda besar ianya telah dimanipulasikan sedemikian rupa oleh media massa arus perdana.
Apa yang GB khuatiri menjadi kenyataan akhirnya. Pihak tertentu berjaya menyucuk jarum kepada kedua-dua pihak, JAIS dan GEREJA supaya "menolak" atau "menangguhkan" pertemuan dengan PAS. Akhirnya PAS juga yang melopong!
Keputusan telah dibuat, apa perlu lagi beri ruang untuk syaitan bergerak dicelah-celahan rekahan saf? Tidak perlu lagi terhegeh-hegeh. Inilah kaedah politik semasa, kerana ini era teknologi maklumat, ini zaman serba cepat serba pantas. Ini bukan lagi zaman mesin taip buruk, bukan lagi zaman untuk pak-pak tua jadi politikus, ini bukan lagi zaman bersilat pulut untuk memperbanyakkan bunga sebelum menerpa musuh.
Apabila pimpinan PAS telah buat keputusan untuk menemui JAIS dan Gereja,sepatutnya semua ahli mensyuarat berdiri berbaiah dan terus bergerak ke pejabat kedua-dua pihak. Tanpa lengah tanpa press conference.
GB tak nampak PR boleh berjaya dengan corak permainannya masih tidak berubah. Maaf cakap, kegagalan PR ke Putrajaya dulu adalah disebabkan penyakit PROCRASTINATION ini yang menyebabkan musuh mengambil peluang bertindak dua kali lebih pantas untuk mengatasi perencanaan PR. Dibawa lari wakil rakyatnya ke Jepun. Musnah segala impian PR.
Agaknya pihak pimpinan PR tak baca Art Of War Sun Tzu. Kalau baca pun hanya sebagai bahan penglipur lara bukan untuk menjadi strategist dalam politik semasa.
Tatkala ini pun momentum BERSIH 2.0 dah sejuk. Diperburukkan lagi isu gereja. PR masih lagi begitukah? Rakyat dah mula sangap semula.
GB pesan: Buat keputusan sekarang, kalau tak mahu dipermainkan lagi oleh BN, LANCARKAN BERSIH 3.0 SEGERA!
17 ulasan:
pr (pkr pas dap) masih amal politik corak umno. bagaimana bunyi gendang umno, begitulah rentak tari pr. ini satu penyakit yang ada dalam kepala pemimpin2 tua seiras umno. suak sungguh lompat atas papan catur yang disediakan umno. tak serik2 teloq kena gentel ngan umno, seronok mungkin.
mana pegi tuntan 8 perkara bersih? jika pr layan umno, maknanya pr sendiri dah kendur dengan tuntutan bersih, biarpun kepala lutut kena skrew. biarkan digentel terus digentel.
usah cakap bab lawan tetap lawan atau jom berubah, kalau masih terhegeh2 dan syok dengan gentelan umno...
maaf le.
kalau anwar tak leh jadi pm, takkan calon lain tak ada? apa teruk sangat pr ni? cakap je bergegar2 lawan tetap lawan, jom berubah, kalau takut ombak jangan bergentel di tepi panati... tipikal umno - slogan, slogan, slogan. pi mati lagi baik...
8 perkara BERSIH tetap diperjuangkan. Kan PR dah cakap, J/K Khas itu akan dikaji dahulu. Rasanya PAS dah cakap tak hantar saper2.
Kadang2, kena ikut rentak lawan. Kena masa dan tempat sesuai, boleh dijadikan modal utk bertindak. Itu strategi namanya.
anon 9.15 tulis "J/K Khas itu akan dikaji dahulu. Rasanya PAS dah cakap tak hantar saper2."
pas tak hantar saper2? itu "mungkin" kata Salehuddin Ayub, bukan keputusan yang pasti.
itu sebab agaknya GB kata pr masih bermain-main dengan "mungkin", "kalau", "jika"...
teruskan kaji sampai pucuk pokok kelapa. strategi mat jenin namanya.
ruang masa yang banyak memberi peluang musuh mencelah hancurkan strategi PR. tepat sgt kata GB.
apa perlunya komposisi J/Kuasa ni berdasarkan kepada jumlah kerusi di parlimen... MANGKUK BETUL LAH... KAMI MAU PILIHANRAYA DI MALAYSIA DIJALANKAN DENGAN ADIL ITU SAJA.... apa ada kena mengena dengan komposisi pulak... cuba korang kasi faham aku.... aku tak paham betul lah...
Saya memang bersetuju 110% dengan tulisan GB. Bernas dan mantap dengan contoh dan jangkaan yang telah terbukti dan tepat.
DSAI pon byk melakukan kesilapan. Malah jika semua masih ingat sebelum BERSIH 2.0 berlansung DSAI telah membuat kenyataan yang bercanggah dengan J/K Bersih sehingga beri ruang utk BN mengkritik Bersih.
Saya rasa ada baiknya suruh DSAI berehat dan suruh dia tumpukan kes mahkamahnya. Lantik orang lain jadi ketua Pembangkang. Dah lepas kes mahkamah nanti baru serah semula jawatan ketua Pembangkang kpd DSAI semula.
Kalau masih cenggini caranya, dua-dua koantoi. Tak ada tumpuan. Kes mahkamah dia kalah, pilihanraya pun PR boleh lingkup.
Kenapalah nak harap UMNO/BN mengubah sesuatu yg menguntungkan mereka. Keadaan penipuan inilah yg memenangkan mereka. Kalau mereka ikhlas kepada kesaksamaan setiap rakyat yg berhak mengundi, kalau mereka memang inginkan daftar pemilih yang bersih & tepat, kalau mereka memang mahukan pilihanraya yang telus, sudah lama mereka berusaha kearah itu. Mereka yg memerentah, mereka boleh gerakkan pembaharuan SPR, itu semua "boleh" pada mereka kalau mereka mahu. Bukankah jelas pada semua andainya mereka "bersih"kan SPR, mereka bakal hilang kuasa! Masih mengharapkan UMNO/BN utk berubah? Bangunlah PR, teruskan perjuangan Bersih bersama rakyat & NGO, beri tekanan kpd kera jaan dimana saja anda, pimpinan PR berada, dalam Parlimen, pentas antarabangsa, ceramah kampung maupun didewan orang ramai. Bentangkan segala penyelewengan pilihanraya oleh SPR maupun kera jaan yg ada. Kera jaan yg ada akan mencari seribu helah, masih lagi nak mengharapkan Nazri & kera jaan? JK yg diletak dibawah YDP Agong & Raja-Raja Melayu yg sepatutnya tidak berpehak pd mana-mana parti sajalah yang akan membuahkan hasil yg bersih. Yg lain hanyalah mainan politik yg membuang masa dan duit rakyat.
orang penakut akan kalah berlawan selamanya kerana belum mencubanya sudah lari.
untuk mengajar Rejim NAJIB UMNOBN kenal rakyat..
TURUN SERTAI BERSIH 3.0 dengan segara.
Rata2 rakyat dah muak dengan tari UMNO/BN , semakin hari semakin jelas kerakusan kuasa dan kezaliman terhadap rakyat. Cukuplah , bak kata pak samad " sudah tiba masanya golongan rakyat pula menjadi pemimpin negara , golongan bangsawan sudah cukup tempohnya ". Terus gerakkan BERSIH 3.0 , hancurkan UMNO/BN/APCO, kami rakyat sudah bersedia menghadapi perubahan. Ingat BERSIH 2.0 telah mengorbankan 1 orang rakyat yang tidak berdosa , kini tiba kita tidak mensia-siakan pengorbanan tersebut.
turun BERSIH 3, rakyat dah muak dengan BN
bila nak BERSIH 3, mat sabu, jom sapu BN
TOLONG UMUKAN BERSIH 3 SEGERA.....SEMANGAT NANING MASIH MEBARA....KALAU BOLEH BERSIH 3 BUAT MASA MAJLIS RUMAH TERBUKA UMNO DI PWTC.......AYUH!!! JGN ASYIK MENGENTEL TELOR JE......
LEPASS NIE KALAU PAKATAN RAKYAT KALAH TERUK DLM PRU13 KERANA PENIPUAN UMNO...BAIK AKU BERI TUMPUAN PADA KELUARGA DAN BUSINESS AKU.
SETAKAT NIE KALAU UMNO MEMERINTAH..AKU ANAK BERANAK BOLEH HIDUP SENANG KERANA REZEKI YG ADA SKRG ALLAH BAGI SUDAH MENCUKUPI...CUMA AKU NAK TENGOK UMNO BERKUBOR KERANA UMNO = YAHUDI.
Jangan banyak bicara, kalau lapan tuntutan berseh tidak dilaksanakan olih SPR pada PRU13 kita keluar ke jalan raya, apa problem
Berunding tengok siapa yang nak diajak berunding? Kalau dengan UMNO/BN sepatutnya PR telah masak dengan lawannya itu. Kita bimbang 'ada api dalam sekam', 'ada jarum dalam lipatan' yang sengaja melengah-lengahkan.
JOM KITA MULA KAN REVOLUSI DENGAN BERSIH 3.0....ORANG ARAB DAH JATUH KAN SATU PERSATU KERAJAAN ZALIM MEREKA, TERBARU GADDAFI...NEXT ASSAD,SYRIA.
SO,TUNGGU APA LAGI ORANG MELAYU... JANGAN PERCAYA APA2 LAGI DARI KERAJAAN ZALIM MELAYU UMNO INI. JANGAN ADA APA2 LAGI PERBINCANGAN DAN HARAPAN DARI KERAJAAN ZALIM INI...KALAU MASIH MENGHARAP JUGA....JELAS2 LE KITA INI KETURUNAN BAHALOL, BANGANG, BODOH JAUH DARI PERTUNJUK ALLAH DAN TAK LAYAK MEMIMPIN MALAYSIA.
JANGAN TAKUT...ANDA DI SOKONG DAN DI PERHATIKAN OLEH PENUDUK DUNIA...APA LAH MALAYSIA, NAJIB DAN UMNO... KALAU DIBANDINGKAN DENGAN MESIR...MUBARAK NYA, TENTERA NYA, SB NYA, HUBUNGAN NYA DENGAN ISRAEL, BRUTAL NYA...TAPI AKHIRNYA TUMBANG JUGA DIABAD 21 INI...DENGAN KUASA RAKYAAT DAN SOCIAL MEDIA INTERNET (NEW MEDIA) NYA....HABIS RUNTUH KERAJAAN USANG DAN LAPOK INI.
JADI APA SEBAB NYA MALAYSIA (UMNO) TIDAK BOLEH DI TUMBANGKAN!!!!!
MELAINKAN KITA INI BAHALOL, BANGANG, BODOH...AND ABOVE ALL SBB "TAK ADA TELOR"...PENGECUT/COWARD
JK Parlimen ni adalah "permainan" Najib.Bukan ada keikhlasan atau kejujuran.Ini semua wayang UMNO.Pemimpin Pakatan Rakyat jangan terperangkap dengan wayang UMNO ni.Nazri Aziz tu sekadar tukang pukul gong aje.Pakatan Rakyat wajar tegas,boikot JK Parlimen ni dan lancarkan Bersih 3 lepas Raya.
betul!
pr ni lembab
macam kura2
bagi kata dua
pada bn/umno
8.0 atau 3.0?
tolak 8.0
lancar bersih 3.0
segera, tak mau tunggu
buang masa
kalau tak jangan
mimpi nak ke putrajaya
Catat Ulasan