Johor Baharu: “Makcik tetap menanti kepulangan mereka setiap kali menjelang Aidilfitri biar pun Ina sanggup menipu kononnya mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia sebenarnya berhijrah ke sana semata-mata mahu melepaskan tanggung jawab menjaga mak cik,” kata warga emas, Robiah Razali, 66, di sini, semalam.
Menceritakan kisah malang hidupnya, Robiah berkata, dia hidup sebatang kara di perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Desa Bukit Mutiara, Tebrau, selain menagih kasih dan ihsan jiran selepas kedua-dua anaknya tidak lagi mempedulikannya.
Robiah berkata, anak sulungnya, Salim Ahmad, 40, melepaskan tanggung jawab untuk menyaranya dengan alasan tiada pekerjaan tetap di Kuala Lumpur manakala anak bongsunya, Ina, 36, gagal menghubunginya sejak lima tahun lalu apabila berhijrah ke New Zealand.
Menurut Robiah, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menguruskan hidupnya bersendirian biar pun dimamah usia selain menghidap kencing manis.
“Mak cik bukan mahu mengaibkan anak tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban di hati jika dapat berkongsi nasib malang ini.
“Mak cik kehilangan suami, Ahmad Budin, pada 1978 ketika berusia 33, sejak itu mak cik tidak pernah terlintas untuk berkahwin semula demi anak, mak cik membesarkan serta menyekolahkan anak dengan bekerja sebagai tukang masak di restoran selain wang pencen suami,” katanya.
Menurut Robiah, masalah timbul selepas kedua-dua anaknya berumah tangga dan kehadiran warga emas berkenaan dalam keluarga mereka dianggap sebagai beban.
Robiah berkata, kini dia terputus hubungan dengan Salim mahu pun Ina yang tidak lagi menziarahinya, termasuk pada Aidilfitri.
“Ina turut tergamak menipu mak cik dengan memberi alasan mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia merancang meninggalkan mak cik dan kini hidup mewah di sana.
“Keadaan itu mengakibatkan mak cik terpaksa bergantung sepenuhnya kepada wang pencen bulanan arwah suami berjumlah RM350 yang perlu diagihkan untuk membayar sewa rumah,” katanya.
Menurut Robiah, setiap kali bersahur, dia hanya meminum susu kerana bimbang kehabisan barangan dapur, namun bersyukur mempunyai jiran berhati mulia yang sanggup berkongsi makanan ketika berbuka puasa.
Katanya, jiran juga pernah menyumbangkan bantuan ketika dia terputus bekalan makanan selain membelikan basikal elektrik bagi memudahkan pergerakannya untuk ke surau.
“Biarpun terguris dengan perbuatan anak, mak cik tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaan mereka.
“Ibu mana yang tidak mengingati anak, mak cik harap dapat bertemu kembali dengan mereka dan cucu pada Aidilfitri ini dan seperti biasa, mak cik akan memasak juadah kegemaran mereka,” katanya.
Robiah antara 100 penerima yang ditemui pada Penyampaian Bantuan Ibu Tunggal di PPRT Bukit Mutiara sumbangan ahli perniagaan, Baazlan Ibrahim selain Scenic Route Sdn Bhd yang diwakili pengarah eksekutifnya, Brian Tan Chong Beng.
Scenic Route Sdn Bhd menaja sumbangan berbentuk barangan keperluan asas berjumlah RM4,000 dan menurut Brian, program julung kali syarikatnya itu bertujuan meringankan beban golongan memerlukan. -hm

10 ulasan:
makcik jumpa & tanya la dgn mana2 org...
wartawan pun bleh bantu jugak ni..
mintak tunjukan caramana nak saman anak makcik tu..
perkara begini bukannya xpernah di buat org... cuma ramai yg xtahu...
saman je makcik..
jangan xsaman...
bukannya niat nak bagi malu..
cuma mintak pembelaan !!
Sedihnya...apapun ini semua ujian allah untuk kita.Saya pun ada anak2 yg dewasa.Alhamdulillah setakat ni, mereka cukup prihatin keatas kami. Tpi mohon pada Allah jgn lah mereka berpaling hati menjadi seperti anak mk cik Robish.Insyaallah..moga mak cik Robiah di pelihara allah dunia akhirat.amin.
Pn. Robish pernah berkasarkah dengan anak-anak? Ampunkanlah mereka, berdoalah semperna Ramadhan ini moga dilembutkan hati mereka untuk mencari mak cik. Anak-anak ini kalau hati mereka susah rasa tak selesa, mereka akan lari dari rumah, percayalah.
berat mata memandang berat lagi bahu memikul
sedih2,sayangilah warga emas ini,hari ini kita buat dekat mereka,suatu hari nanti anak kita pun ikut jejak yang sama.
ibu melahirkan kita sampai nak tercabut nyawa,inikah balasan kita terhadap mereka.kita minum susu dia,jaga kita siang dan malam,waktu kita sakit.sebab itulah allah letak ibu dimartabat yang tinggi..renungkanlah.
Ini adalah phenomena yg sering melanda. Apakah agaknya yg akan terjadi 40 tahun akan datang di mana anak anak kita yg membesar telah dewasa dan kita adalah warga emas. Sama sama kita fikirkan
Begitulah ramai anak2 yang didik dengan didikan sekolah Kebangsaan. Kita bertungkus lumus menyekolahkan mereka tapi belum tentu mereka akan menjaga kita pada hari tua. Yang lebih terjamin adalah dengan didikan agama. Paham agama maka pahamlah kelebihan menjaga ibubapa lebih2 lagi di hari tua. Begitu juga bagi yang belajar di oversea, kurangnya didikan agama. Hasilnya anak yang berkualiti di dunia tidak ke arah akhirat.
Sabarlah makcik, perkara telah berlalu, cuma jadikan contoh bagi golongan2 muda, doakanlah mereka selalu supaya balik dan keampunan kepada mereka, lebih2 lagi di bulan ramadan ni, insyAllah doa makcik diterima Allah.
Mana slogan rakyat diutamakan? Inilah masanya pemimpin kita yang hanya pandai berkokok siang malam, buatlah sesuatu, bukan kes makcik ini sahaja, ramai lagi yang tidak dihidu oleh si kaya raya yang hidup senang lenang. Jangan biarkan rakyat melarat, tidak ada ertinya beraya kalau jiran kita melarat. Ayuh UBN, mana 1Malaysia?
Salam GB...
Amat terharu juga dengan rintihan seorang ibu. Beginilah kehidupan anak2 yang tidak bertakwa dan beriman pada tuhan. Amat malang sekali mereka sanggup meninggalkan seorang ibu yang tua tanpa berita dan pembelaan. Meskipun disebalik kezaliman ini pasti ada hikmahnya.
Bersabarlah Puan Robiah, mohonkan pada tuhan walaupun lambat atau cepat. Setiap doa pasti terjawab. Itu adalah janji-janji tuhan pada setiap insan yang berdoa padanya. Apa lagi kezaliman yang dilakukan oleh anak-anak kepada ibu kandungnya sendiri.
Anak-anak ini lupa bahawa mereka juga akan melalui zaman tua dan malap.. tapi percayalah jika mereka sanggup lakukan kezaliman dan membiarkan ibunya hidup melarat tanpa pembelaan nescaya mereka juga akan mengalami nasib yang sama dihari tua nanti.. tuhan maha mengentahui..
Cuba lihat betapa mulia dan besarnya seorang ibu sebagaimana gambaran P.Ramlee dalam lirik lagunya "IBU"
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu
Catat Ulasan