Tiga hari lepas, Ketua Wanita Bukit Gelugor Cheryl Chew menghubungi isteri sharpshooter dan menceritakan hasratnya untuk memeluk Islam dan beliau meminta supaya beri cadangan nama Islam yang sesuai untuknya.
Beliau berbual panjang dengan isteri sharpshooter dan menceritakan beberapa masalah yang beliau hadapi dan beliau diberi kata-kata semangat, peransang agar tabah dengan ujian baru yang beliau hadapi.
Alhamdulillah kelmarin di Pejabat JIM Bukit Malawati jam 3.00 petang, akhirnya beliau melafazkan kalimah syahadah untuk memeluk Islam. Sesungguhnya hidayah itu mutlak datang dari Allah SWT, manusia tidak mampu memberi hidayah bahkan Nabi Muhammad sendiri tidak boleh memberi hidayah.
Sharpshooter difahamkan Ketua AMK Cabang Sekijang, Raymond Ng Kien Seng juga telah memeluk agama Islam dan telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nor Hasnanie Jamil, Setiausaha PKR Cabang Sekijang pada 22 Ogos yang lepas. Alhamdulillah...Cahaya Ramadhan...Allahuakbar... -sharpshooter
Ulasan GB
Gambar terbaru Cheryl Chew seperti disiarkan di dalam facebooknya dengan memakai nama barunya Huda Chew Hong Wah (Cheryl)
Tepat seperti yang dicatatkan oleh sharpshooter bahawa manusia tidak mampu memberikan hidayah. Hanya Allah sahaja yang mampu memberikannya.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas ayat 56:
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Sesungguhnya kamu tidak boleh memberikan hidayah terhadap orang yang kamu sayangi, tetapi Allah SWT sahaja yang boleh memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Tahu tentang orang-orang yang mendapat petunjuk.
Kepada kedua-dua pemimpin Keadilan, Huda Chew dan Raymond, selamat datang kepada dunia keindahan Islam. InsyaAllah kami mendoakan sdr berdua sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah s.w.t.

14 ulasan:
itulah indahnya islam......
syukur kepada ALLAH, anda telah mendapat hidayah darinya.amin
alhamdulillah. salam silatul rahim kepada saudara baru. semoga tuan, puan tetap iman, dan Allah mudahkan segala urusan. pada bulan jun baru ini saya juga dpt menantu Cina golongan saudara baru jg.
Moga YB LGE menyusul.
alhamdulillah... kerja allah. menangis lagi lah UMNO
Alhamdulillah...syukur pada Allah yg memberi hidayah pada Huda. Terharu akak sgt2..menitis air mata tanda kesyukuran akak pada Allah. Moga kita semua dpt mmbantu dan mmberi tunjuk ajar pada saudara baru kita HUDA dan pada rakan2 yg lain.amin..
Tahniah dan syukur Alhamdulillah!
Inilah hikmah PKR bila islam dan bukan islam berinteraksi dalam satu wadah perjuangan
untungnya huda chew dan raymond kerana mendapat hidayah dari Allah S.W.T.. alhamdulillah :-)
Alhamdulillah ... bertambah umat Nabi Muhammad SAW.
Moga ALLAH Memimpin mereka utk memperjuangkan yg HAQ - katakan yg HAQ walaupun ianya pahit.
Moga ALLAH Memberi Iman, Islam dan Ihsan yg sebenarnya seperti kisah Malaikat Jibril bertemu Nabi SAW dan bertanya tentang Iman, Islam, Ihsan dan bila hari Qiamat.
Moga ALLAH Mematikan kita semua dalam Islam.
AMIN.
Salam GB..
Alhamdulillah syukur pada tuhan. Sememangnya tidak ada paksaan dalam Islam. Sesungguhnya saudari Cheryl telah mendapat hidayah dari Allah SWT. Semoga keindahan Islam dapat dinikmatinya sehingga ke akhir hayat.. Amin
Syukur kehadrat Allah..ahlan wasahlan..salam persaudaraan kami hulurkan.
Ini yang UMNO takut....
Terima kasih banyak2 kepada Wanita Gombak keutamaan Kak Endok dan Kak Faridah Abdul Karim kerana memberi sokongan, menunjuk dan memeluk agama kepada saya... Alhamdulilah..
Catat Ulasan