Muslihat di sebalik permohonan maaf Kompas
Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas.
Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia.
Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevAntara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".
Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.
Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.
Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Menyedari artikel berkenaan mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan awam tidak rasmi Najib - seorang daripada mereka dikaitkan dengan konglomerat Indonesia - bertindak segera mententeramkan keadaan - dengan meminta Kompas memohon maaf.
Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.
Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.
Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.
Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.
Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".
Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.
Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.
Artikel wawancara dengan Najib itu memetik perdana menteri Malaysia itu menafikan dakwaan dalam artikel Kompas sebelum ini dan diikuti dengan permohonan maaf satu ayat yang berbunyi: “Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan Keluarga."
Selain menerbitkan penafian Najib, akhbar itu juga tidak menyatakan bahawa dakwaan dalam artikelnya itu adalah tidak benar. Malah Kompas juga tidak menarik semula balik artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu.
Namun, di Malaysia, media arus perdana mencanang-canangkan permohonan maaf itu dan menyiarkannya di halaman utama mereka. -mk
Ulasan GB
Sebenarnya, semasa berita permohonan maaf itu disiarkan, GB terhidu ada semacam bau hancing terbit dari berita itu.
Hancingnya sama seperti hancing di hari ADUN-ADUN Perak melompat dulu dan diikuti dengan beberapa MP & ADUN lain selepasnya.
Begitu juga sewaktu sebuah akhbar Indon memaparkan kisah "Robengah" menafikan beliau dirogol oleh seorang menteri dari Malaysia semasa beliau menjadi amah di kediaman menteri tersebut.
Hancingnya itu datang dari longgokan fulus....
Mari kita amalkan doa ini..
اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ
وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ
1) Allahumma arinaal haqqa haqqaan, warzuqnattiba’ah,
wa arinaal bathila bathilaan, warzuqnajtinaabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.
رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً
وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً
2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathil innal bathila kaana zahuuqa
Ya Allah, masukkanlah kami dengan cara yang benar dan keluarkanlah(pula) kami dengan cara yang benar dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan.
Sudah banyak juga kebenaran terdedah hasil dari pengamalan doa ini. Teruskan berdoa. Jangan bagi peluang untuk kebatilan itu berkuasa.

4 ulasan:
Agaknya berapa harga RM permohonan MAAF itu?
Berapa harga Zul Nordin? Berapa harga Gobala? Berapa harga Katak-Katak yang lain?
Patutlah guna lambang Dacing. Rupa2nya sentiasa 'Runding-Timbang-Harga'...kah kah kah..kah kah
'Malaikat Maut' pun dah tunggu atas dacing tu. Tunggu masa nak pijak bagi patah jer...kah kah kah kah
tetiba je mintak maaf?..ehem3..
Entri Terhangat!! :
Justin bieber Break ??
Justin Bieber Disemadikan.....!!
NAJIB bayar berita luar negara pakai duit rakyat, NAJIB beli cincin 24J usd pakai duit rakyat, NAJIB beli orang politik katak pakai duit rakyat, NAJIB buat pesta kawin anak beranaknya pakai dut rakyat.Najib melancung dan tidur di kapal dan hotel mewah pakai duit rakyat.
Najib tindas rakyat dengan menaikan HAGA BARANG HARIAN adalah bertujuan untuk tekan rakyat sehingga rakyat sentiasa berfikir masaalah kewangan seharian dan untuk menghindarkan rakyat berfikir kekotaran parti politik Rejim NAJIB UMNOBN.
Masa MENGUNDI PRU REJIM NAJIB kenal pengundi atas pagar selepas PRU Rejim Najib UMNOBN akan tekan dan tindas rakyat ATAS PAGAR.
Biar apa pun adaian yang dbuat, biar apapun tulisan yang dicatat. Pemohonan maaf adalah sesuatu yang mulia jika kita terlanjur....
Tidak akan jatuh maruah sseorang jika kita memohon maaf kecuali jika apa yang kita lakukan itu di luar pengetahuan .
Cuma yang paling jelek ialah melakukan sesuatu yang tidak betul kemudian menyorok lalu membaling batu dengan harapan orang lain tidak akan tahu..... lalu memutar belit suasana yang benar. Inilah sifat munafik.....walahualam.
Catat Ulasan