27 Jul 2011

Ust Zamri Di BERS✔H, TV9 Hentikan Program "Adik & Al-Quran"

Adik & Al-Quran dihentikan siaran

Mungkin ramai yang terkejut apabila program keagamaan, Adik & al-Quran yang disiarkan di TV9, telah dihentikan siarannya sejak seminggu lalu.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar hosnya, Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin (gambar) atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri, ketika terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy, yang dihubungi berkata, arahan menghentikan program itu dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu. Namun beliau tidak pula menafikan atau mengesahkan ia berpunca dari penyebaran gambar hosnya dalam perhimpunan Bersih itu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya lagi, memandangkan program tersebut telah mencapai satu rating yang baik, namun ia sedikit terjejas berikutan timbulnya perkara sebegini.

“Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.

“Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, program itu akan disiarkan semula cuma masih tidak mendapat tarikh yang baru.

“Berehat itu ada kalanya tidak mengambil masa. Namun, ia bergantung pada keputusan pihak atasan. Kadang-kadang cuma seminggu, ada juga yang tiga minggu. Semua itu bergantung pada keputusan mereka.

“Sebagai menggantikan program itu, ia digantikan dengan program Mari Bertarranum,” katanya.

Terima apa saja keputusan Ustaz Zamri

Sementara, Ustaz Zamri, berkata, dia sudah pun berbincang dengan pihak TV9 dan mengharapkan agar perkara itu tidak berlarutan.

“Saya telah dipanggil untuk berbincang dengan pihak TV9 beberapa hari selepas gambar itu tersebar. Alhamdulillah, kami berbincang secara mahabbah (aman). Apa sebenarnya yang berlaku pada 9 Julai itu sudah saya terangkan kepada mereka dan tidak perlu saya ceritakan kepada umum.

"Saya faham situasi ini. Mungkin ia nampak lebih berat apabila ia mendapat komen yang agak mendalam menerusi Facebook, saya sendiri tidak pasti mengenai hal ini dan terima apa sahaja keputusan,” katanya yang kini sedang menuntut pengajian dalam bidang tafsir Ulumul Quran di Universiti Antarabangsa Madinah, Malaysia.

Ulasan GB

Cukup bebal dan bangang jawapan Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy:

“Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.

“Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik,”


Sedangkan penyertaan Ustaz Zamri ke Bersih sebenanrnya lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada TV9 sendiri apabila yang dikatakan "ikon" itu ada bersama-sama rakyat ... dan rakyat sepastinya menyokong program yang dihoskan oleh ikon tersebut.

Berbanding dengan pihak atas Prime Work itu sendiri atau Penerbit Eksekutif TV9 tersebut, Ezzah Aziz Fawzy, orang lebih mengenali dan menonton TV9 kerana rancangan itu dikendalikan oleh Ustaz Zamri, bukan kerana mereka-mereka di Prime Work atau Penerbit Eksekutifnya.

Sekarang lebih bertambah benci rakyat untuk menonton TV9.

Kepada Ustaz Zamri, teruskan perjuangan dan beristiqamah... rezeki di tangan Tuhan bukan di tangan pengarah-pengarah dan penerbit TV9 itu.

TV9 bakal bankrap, apabila setiap peserta himpunan Bersih memboikot siaran TV berkenaan.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apabila kamu menjual dunia utk akhirat, maka kamu akan mendapat keuntungan drp kedua2nya...apabila kamu menjual akhirat utk dunia, maka kamu akan kerugian kedua2nya...

Tanpa Nama berkata...

Itulah komen org tak beriman. Rezqi dtg dari allah. Sukar atau mudahnya rezqi mendarat dipangkuan bukan kerana tv9.

Aku bersama2 dgn org yg mengingati Ku. Brangsiapa mengingati Ku dia selamat. Brangsiapa yg bersyukur dgn nikmat Ku nescaya aku tambahi.

Kalau dah tak percaya janji Allah nak pcya janji tv9? Janji umngok? Janji BN?

Hah bak kata jawa. Takat apa yg tv 9 bagi kira "sipil" Celah gigi. Kalau tv 9 mampu bagi takat taik gigi, nun dluar sana gunung emas menanti. Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

kalau tidak menyokong demer macam tu ler jadinya. Semua nak digam....Walaupun nilai rancangan yang dikendalikan sangat menarik.

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

Allah telah tarik rezeki seorang Ostat yang bersekongkol menyokong perjuangan si Ambiga kafir yang terang2 sokong murtad dan IFC ..

Ostat Zamri harus ingat ratusan peniaga rugi dan menyumpah bersih dan mungkin doa mereka telah makbul ..

Tanpa Nama berkata...

askum ust zamri...
rezeki bukan umngok yg bagi ustaz...
kami doakan semuga allah berkati hidup ustaz...teruskan perjuangan ustaz..

Tanpa Nama berkata...

al kisah, bila jadi pemimpin yang tidak cerdik dan tidak bijaksana, sekadar pandai sahaja tidak cukup. sepatutnya aktiviti kakitangan diluar waktu kerjanya jangan dikongkong, kita punyai hak masing-masing.
pekerja bukannya hamba semua hendak dipatuhi, sedangkan kamu semua yang menjadi hamba Allah pun tak patuh kepada hukum Allah.

Untuk ustaz zamri, tahniah kerana berjuang bersam-sama menuntut hak dan menentang kezaliman/penipuan umno laknattullah.

Tanpa Nama berkata...

Ini pun kira-kiranya macam menindas golongan ulama jugalah. Satu lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional dalam usaha menindas ulama.

acoy2348 berkata...

ni tak dak lain la ni, kerja krjaan UM-BN la ni....dunia dunia apa nak jadi...pentingkan politik dunia dari alam akhirat....dunia akhir zaman...

Tanpa Nama berkata...

TV9 pun sanggup pentingkan dunia dari ilmu akhirat...sedarlah wahai umat yg dipengaruhi oleh UM-BN...segala akan di tanya DISANA NANTI...

Tanpa Nama berkata...

penyokong umno/bn sentiasa menyokong tindakan kezaliman pehak atasan mereka walau pun mereka ketahui perbuatan itu zalim kerana bersesuaian dengan nafsu mereka.

Tanpa Nama berkata...

pergi bersih kena buang... kantoi ngan jantan lain masa masih ada laki tak kena buang... siap jadik juri program cari personaliti baru lagi... hahaha... bodo nye boss...

Tanpa Nama berkata...

Saya suka rancangan Ust Zamri. Banyak memberi manafaat pada para penonton. Ust jangan takut pasai tok guru saya cakap kalau yang haq tu tetap haq.Takat tak masuk tv9 tu bukan ust mati kebuluran. Bumi Allah luas ust boleh cari rezeki tang mana-mana pun boleh...

Tanpa Nama berkata...

Saya suka rancangan Ust Zamri. Banyak memberi manafaat pada para penonton. Ust jangan takut pasai tok guru saya cakap kalau yang haq tu tetap haq.Takat tak masuk tv9 tu bukan ust mati kebuluran. Bumi Allah luas ust boleh cari rezeki tang mana-mana pun boleh...

Tanpa Nama berkata...

kalau x puas hati dgn ezzah, hantarlah msj pd beliau: http://www.facebook.com/people/Ezzah-Abd-Aziz-Fawzy/100000423254191
http://12wap.net/cos/o.x?c=/nlhub/profile&id=16731&pid=7247

atau pergi sendiri kedai kopi kawan @ kopitiam bangi.

Tanpa Nama berkata...

pemikiran kena profesional untuk pengurusan tv9...jgn jadik katak bawah tempurung...sikit2 nak gam...

Tanpa Nama berkata...

kekadang wartawan atau editor akhbar yg mgada2 siarkn komen macam tu.. sedangkan komen yg diberikan brbeza dari yg sbenar. sy pecaye ezah xkomen camtu. sy sokong ezzah. no to akhbar umngok!

Tanpa Nama berkata...

Berkata benarlah walaupun pahit...
Pd sy utz Zamri membuktikan yg dia bukan hipokrit atau munafik. Dia mengamalkan apa yg diajarkannya kpd umum..

Tanpa Nama berkata...

apa nk jadi ngn bumi malaysia skrg?disebabkn ngr ni xdipimpin oleh pemimpin yg selayaknya,,semuanya berantakan...gara2 ust zamri terlibat dgn bersih,,rncangan adik & Al-Quran dihntikn..tv9 xfikir ke yg ilmu akhirat(bljr Al-Quran) lbeh pnting?

lu fikirla sndiri,TV9!!!