Fahmi Reza: 709 adalah jari tengah kepada elit pemerintah Oleh Lim Hong Siang
Reaksi kerajaan Barisan Nasional terhadap BERSIH 2.0 mencungkil ketidakpuasan orang ramai, terutamanya orang muda, yang melihat bagaimana elit pemerintah semakin hari semakin tidak mewakili rakyatnya.
Kerajaan telah menyalahgunakan institusi awam untuk menjaga kepentingan diri - termasuk memanipulasikan media, mempergunakan polis untuk menguasai rakyat, seolah-olah dirinya raja yang mana rakyat kena ikut cakapnya.
"Jadi, 9 Julai (perhimpunan BERSIH 2.0) tu, is a big middle finger (jari tengah) to them, sebenarnya. It's a big f*** you to them juga. Ya, dia suruh kita jangan pakai yellow (kuning), we say f*** you, kita akan pakai apa-apa baju yang kita nak pakai. They said you tak boleh turun ke jalan, we say f*** you, this is our country, this is our rights. Dan kita akan jalan, whether you like it or not, because we are only exercising our rights untuk kebebasan berhimpun."
Demikianlah kata-kata Fahmi Reza, Pengarah filem "10 tahun Sebelum Merdeka" dalam forum "Sebelum & Selepas 709: Apa Kata Anak Muda?", anjuran bersama Free Public Forum Malaysia (FPF), Amnesty International Malaysia, dan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS) di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.
Ramai panelis dan hadirin yang bersetuju, malah kagum dengan kejayaan rakyat Malaysia untuk menembusi sekatan polis dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0, lebih-lebih lagi dibadai dengan ugutan, amaran keras dan sebagainya daripada pihak pemerintah sebelum 709.
Selain Fahmi Reza, forum ini membariskan bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysiam Shazni Munir; Faisal Aziz dari Amnesty International, Setiausaha Pentadbiran DEMA, Wong Swee Nee, aktivis JERIT dan PSM Bawani, dan Afif dari IDEAS sebagai ahli panel. Diskusi yang bertindih dengan forum isu Teoh Beng Hock (di bangunan yang sama diskusi diadakan), candle light vigil untuk EO6 (di Dataran Merdeka) semalam, menarik kira-kira 80 orang.
Beberapa orang hadirin yang berkongsi pandangan dalam sesi soal-jawab menyahut apa yang dikatakan Fahmi, iaitu reaksi kerajaan terhadap BERSIH yang mengeruhkan keadaan. Seorang hadirin mendakwa dirinya tersinggung dengan label negatif yang dilontarkan Perdana Menteri terhadap peserta perhimpunan sebagai pengkhianat (traitor), kurang ajar dan sebagainya, sedangkan beliau hanya berhimpun untuk meluahkan pandangannya.
"BERSIH" menjadi buah mulut
Perhimpunan BERSIH 2.0 disertai mereka yang berasal dari latar belakang yang pelbagai, malah ramai antara mereka yang turun ke jalan raya buat kali pertama, menurut pengamatan Fahmi Reza. Beliau melihat 709 mungkin petanda awal manifestasi kebangkitan rakyat, khususnya orang muda; bagaimanapun mengingatkan bahawa sama ada kebangkitan itu mampu diteruskan atau dimatikan bergantung kepada usaha kita semua.
Faisal Aziz yang terakhir berucap untuk pusingan pertama, mendahului dengan "ucapan tahniah kepada rakyat Malaysia, kerana "terma demokrasi itu kini diraihkan di jalan raya, dan bukan hanya di buku sahaja". Beliau menyifatkan penyertaan perhimpunan sungguh menggalakkan, terutamanya "anak-anak muda yang tak pernah terlibat dengan organisasi human rights, atau organisasi seperti IDEAS, ataupun tampil ke depan untuk berdiskusi intelek, atau discourse intelektual lain."
Menurut pemerhatian Faisal, anak-anak muda yang tidak menyentuh soal politik dalam sembang-sembang teh tarik mereka sebelum ini, kini semakin "celik" dan mula berbincang mengenai "BERSIH". Bagaimanapun, beliau melahirkan kebimbangannya terhadap penduduk kampung yang lebih terpengaruh dengan maklumat media arus perdana, di mana mereka enggan berbincang mengenai "BERSIH".
Namun, pengalaman Bawani agak berbeza, beliau mendapati orang-orang kampungnya yang sebelum ini tidak bercakap pasal politik, kini bercakap pasal "BERSIH". "Sekurang-kurangnya mereka tahu sesuatu mengenai BERSIH, lebih baik daripada langsung tidak tahu apa-apa mengenainya," kata Bawani. Mungkin ia bukan kesedaran yang tinggi, tetapi memadai buat peringkat permulaan, kata Bawani.
709 lebih daripada 8 tuntutan BERSIH
Afif pula bersetuju dengan Fahmi, bahawa makna perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 lebih daripada lapan tuntutan yang dikemukakan BERSIH 2.0. Beliau menghurai bagaimana masalah yang menimpa rakyat dalam kehidupan harian, misalnya inflasi, korupsi, penyelewengan dan sebagainya telah mendorong mereka untuk turun ke jalan raya.
Swee Nee pula menuduh bahawa media yang sepatutnya memupuk kesedaran masyarakat terhadap "lapan tuntutan BERSIH', mengalihkan tumpuan kepada isu-isu seperti "sama ada BERSIH haram", "adakah BERSIH mendapat permit perhimpunan", "siapa dalang di sebalik BERSIH" dan sebagainya, ketika membuat liputan sebelum perhimpunan 709.
Afif mengambil kesempatan untuk menyanggah logik kerajaan bahawa hak berhimpun golongan minoriti perlu dinafikan demi kepentingan majoriti. Beliau menyimpulkan bahawa apabila kita menafikan hak segelintir orang minoriti, pada masa yang sama kita juga akan menafikan hak semua orang. Beliau mengambil contoh 709, "Untuk menafikan (hak) 50 ribu orang yang masuk KL itu, polis telah menafikan (hak) ratusan ribu orang yang duduk dan nak masuk KL."
Impak BERSIH: Sebelum atau selepas 709?
Shazni Munir memberi pandangan bahawa bilangan yang turun pada 709 sebenarnya tidak penting, tetapi impaknya merebak kepada rakyat yang neutral dan tidak turun ke jalan raya selepas 709 - apabila rakyat menyaksikan sendiri bagaimana mereka yang mahu menyampaikan pandangan dilayan sebegitu rupa oleh polis dan kerajaan.
Faisal bersetuju dengan pandangan Shazni, bahawa orang ramai mula berfikir sama ada lapan tuntutan BERSIH itu relevan, atau terlalu berat untuk dilaksanakan selepas 709. Impak BERSIH lebih terasa selepas 709 berikutan keganasan polis, yang menyebabkan orang ramai mula bersimpati terhadap BERSIH, pada masa yang sama, cuba menyelami apa sebenarnya BERSIH 2.0.
Bagaimanapun, ketika mengulas pandangan yang dilontarkan Shazni Munir, seorang hadirin menganggap impak BERSIH telah bermula sebelum perhimpunan pada 9 Julai. Penangkapan mereka yang berbaju kuning, kerajaan yang berdolak-dalih dalam isu stadium - telah memaksa orang di atas pagar untuk membuat satu pendirian, menurutnya.
Beliau turut membangkitkan bagaimana peranan Facebook untuk menghapuskan ketakutan rakyat sebelum 709. Apabila laman sosial ini ditenggelami dengan gambar profile berwarna kuning, atau dengan badge BERSIH 2.0, maka ia memberi makna bahawa orang ramai berada bersama BERSIH, dan keadaan ini membantu untuk menyingkirkan rasa takut pada diri mereka yang menyokong BERSIH - kerana solidariti yang diberikan warga internet. -MR
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia

1 ulasan:
Tidak dinafikan. Semenjak perhimpunan BERSIH anak-anak muda lebih peka (dari pemerhatian aku dipejabat yang ramai dikalangan anak muda sebelum ini semacam tak ambil perhatian sangat).
Mereka melihat segala kenyataan dan tindakan BN dan polis yang terlalu menonjol akan kebodohan dan tak masuk akal kepada BERSIH
Walaupun mereka tidak membeli Harakah tetapi apabila dibawa, maka mereka akan berebut-rebut membaca tajuk dan membelek isi dalamnya.
Ada juga seorang dua penyokong umno (menyokong ada sebab bukan kerana perjuangan umno)dalam pejabat tetapi riak air muka mereka serba salah dan cuba mengelak-ngelak berbual bab isu semasa.
Kesimpulanya bagus juga apabila menteri dan polis berhujah dan bertindak secara bodoh kerana ia telah membantu menarik perhatian arah minda anak-anak muda sekarang.
Catat Ulasan