18 Jul 2011

Lagi BERS✔H Ditekan, BN Kehilangan Lagi Banyak Undi

BN merasakan kerajaannya terancam, kata Marina

BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.

“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Pada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.

Ulasan GB

Thanks Marina for reminding them in time.

Benar, selagi pihak kerajaan dan polis terus-terusan menahan, menangkap dan menyiksa mereka yang menyokong perjuangan BERSIH, merampas baju mereka, atau menghalang rakyat dari menyebar dan mendapat maklumat mengenai BERSIH, Barisan Nasional akan kehilangan lebih banyak undi di dalam pilihanraya yang akan datang!

Yang menyokong perjuangan BERSIH, seperti kata Marina, "sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya".

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul tu..

Kamek pun dah tawar hati nak sokong BN..

Kinik

Tanpa Nama berkata...

anak tun mahathir pun sendiri berpendirian demikian, zaman sekarang bukan seperti zaman terdahulu, rakyat sudah padai menialai mana baik dan mana buruk, media x usah merapu , rakyat pun dah meluat asyik dengar kerja fitnah mehnah x berasas nie.. kamik sayang sama bangsa dan ugama.. jgan duk berkelahi dak tentu pasal.. biar rakyat tentukan kerajaan mereka suka lah.. kalah menang adat bertanding.. jgn pie rasuah pengadil perlawanan (spr) lah.. baru syok tengok persaingan sihat..dak gitu ayahku kata

Tanpa Nama berkata...

Yang paling banyak mengampu TV3 1/3(suku)......hahaha melauat aku tgk berita di TV3