Terkejut lihat anak bergari, tak sedar diri
KUALA TERENGGANU: “Hanya Allah yang tahu sedihnya perasaan apabila melihat Mohd Azizul tidak sedarkan diri dalam keadaan bergari ketika ditahan di lokap Balai Polis Gong Badak, bersama abangnya pada malam Rabu lalu.
Gambar: ZAINUN menunjukkan gambar Mohd Azizul ketika ditemui di rumahnya di Kuala Terengganu, semalam.
“Saya juga kecewa apabila bertanya kepada anggota polis bertugas mengapa anak saya begitu, tetapi dijawab anak saya hanya berpura-pura tidak sedarkan diri dan akan sedar setengah jam lagi,” kata Zainun Mamat, 52, dari Kampung Tuan Mandak, Batu Enam di sini, semalam.
Zainun yang juga suri rumah, mempertikaikan kelewatan polis menghantar anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hingga menyebabkan kematian Mohd Azizul Muda, 24, yang didakwa meninggal dunia kerana kecederaan akibat jatuh motosikal di Taman Semarak.
Beliau berkata, Allahyarham dan abangnya, Mohd Suhaimi, 38, keluar menaiki motosikal ke kedai makan di Taman Semarak, untuk menikmati roti canai selepas menonton siaran langsung perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dengan Taiwan jam 11.30 malam Rabu lalu.
Katanya, kira-kira setengah jam kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada rakan anaknya supaya datang ke Balai Polis Gong Badak kerana dua anak lelakinya itu ditahan polis dan Mohd Azizul cedera di kepala kerana dikatakan jatuh motosikal.
“Saya lihat Mohd Azizul kritikal akibat kecederaan di kepala, malah saya juga tidak mengetahui punca sebenar dia dan abangnya ditahan polis. Selepas berbincang dengan anggota polis di situ, seorang daripadanya memberi jaminan Mohd Azizul akan pulih dan saya diminta pulang tidak lama selepas itu,” katanya.
Zainun berkata, dia datang semula ke balai polis itu kira-kira jam 9 pagi keesokannya untuk melihat keadaan anaknya, tetapi terkejut apabila mendapat tahu Mohd Azizul sudah dihantar ke HSNZ pagi itu tanpa pengetahuannya.
“Saya bergegas ke HSNZ dan terkejut apabila mendapati kepala anak sudah dibedah dan doktor memaklumkan Mohd Azizul meninggal akibat terjatuh motosikal. Saya hairan kerana sebelum ini anggota polis memberi jaminan anak saya tiada sebarang masalah.
“Saya kesal kerana permintaan supaya Mohd Azizul dibawa ke hospital tidak diendahkan polis, sebaliknya berbuat demikian apabila dia sudah nazak dan ini menimbulkan keraguan berhubung punca kematiannya,” katanya.
Zainun berkata, keluarganya bercadang melantik peguam untuk mengenal pasti punca sebenar kematian anaknya dan mengambil tindakan lanjut. -BH

3 ulasan:
Dari Pi Em hingga ke Polis asyik nak menipu rakyat. Manalah jenayah tak berleluasa, yang buat report menyatakan rumah kena pecah masuk, kena pau RM150 dlm resit tulis RM100, yg lebih tu paham paham ajelah manakala pencuri tak dapat dikesan dan bermaharaja lela kerana polis tak ada masa nak pi tangkap, tapi kalau demo Bersih sampai kat hotel pun dia cari. Ini menunjukkan tiori RAHMAN telah sampai kepenghujungnya.
sabar je la makcik..di dunia ni mungkin 'puak-puak tu merasekan merake berkuase'..yg silapnye diorang sudah lupe yg kite masih ade satu lg tempat dimane kite boleh tuntut semule ape yg telah 'puak-puak tu rampas drpd kite' iaitu padang mahsyar..xkire la betapa hebat seseorg tu,betape kaye nye seseorg itu,betape besarnye kuase seseorg itu,semuanya tidak bergune..kite seme adelah same disane..ingatlah dosa dengan Allah kite boleh bertaubat (taubat nasuha) ttp dosa dgn manusia camne?jgn hrap nk hidu bau syurga selagi mereaka xampunkan korang..
ape2 pon makcik..teruslah bersabar..sesungguhnye Allah senentiase bersame org2 yg sabar..
Setuju dengan anon 2:17.
Ingat!Salah satu peristiwa ISRAK
MIRAJ NABI SAW.Baginda mengatakan
Penguasax(pemimpin),Hakimx dan Polisx
yang ZALIM adalah PENGHUNI NERAKA
JAHANAM.Merekax ini semasa didunia
tiada sedikit ketakutan pun dijiwa
mereka dengan JANJIX ALLAH SWT.Itu
adalah JANJI ALLAH SWT yang mencipta
alam ini dan NABI SAW KEKASIH ALLAH
yang dijanjikan SYURGA melihat
sendiri ketentuan ALLAH SWT.
Catat Ulasan