5 Jul 2011

Ibrahim Ali Terkujat, Ambiga Diperkenankan Menghadap Agong

Ibrahim Ali pertikai BERSIH 2.0 jumpa Agong

Datuk S Ambiga tidak harus dibenarkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung perhimpunan yang hendak dianjurkannya memandangkan pertubuhan yang diketuainya adalah tidak sah, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Presidennya Datuk Ibrahim Ali memberitahu Bernama hari ini bahawa Ambiga sepatutnya patuh kepada titah Seri Paduka Baginda supaya membatalkan perhimpunan yang dicadangkan itu tanpa perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Katanya tujuan Ambiga mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong kononnya bagi mendapat titah supaya beliau membatalkan perhimpunan haram itu semata-mata untuk mengabui mata rakyat kerana selepas itu, kumpulan berkenaan akan mendakwa ia berjaya dalam "perjuangannya".

"Kenapa perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong? Kumpulan ini tidak sah. Juga (jika dibenarkan menghadap) ia akan menjadi ikutan kurang baik serta mempersendakan institusi diraja," kata Ibrahim.

Dalam satu titah khas pada Ahad lalu, Tuanku Mizan meminta semua pihak membatalkan hasrat masing-masing menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara.

PERKASA dan satu lagi kumpulan dikenali PATRIOT, yang bercadang mengadakan perhimpunan bagi menghalang perhimpunan oleh kumpulan diketuai Ambiga itu, mengumumkan keputusan masing-masing untuk patuh kepada titah Seri Paduka Baginda.

Ulasan GB

Besar sangatkah kuasa Ibrahim Ali yang nak menghalang orang lain bertemu Agong?

Ambiga sudah pun menghadap ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong dan telah pun mendengar nasihat Agong supaya perhimpunan BERSIH di adakan di stadium.

Diantara salah sebab himpunan di jalanraya dibatalkan adalah kerana provokasi melampau PERKASA sebelum ini dan ia di dalam pengetahuan Agong.

Maka sebab itu Agong menasihatkan BERSIH untuk stadium.

Kini PERKASA boleh menghisap jari... melompat sana-sini untuk mewujudkan provokasi sesama sendiri denghan UMNO.

Sehari dua ini, kita harap kita tidak menerima berita ada Ahli Parlimen yang bakal masuk ICU semula kerana kali ini, jantungnya lemah kerana gagal menjalankan misi busuknya untuk timbulkan huru-hara dan kekacauan di perhimpunan BERSIH.



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bongok betul lah katak ni..nyesal kwe pangkoh dia dlu.

Tanpa Nama berkata...

Brahim Katak bukan Agong.DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong boleh jumpa siapa sahaja yang Baginda inginkan.Ambiga adalah rakyat Baginda dan jika Baginda perkenan,Ambiga boleh mengadap.Brahim Katak tak ada hak sama sekali nak buat apa-apa komen.

sim_2096 berkata...

suruh pulak Ibrahim Ali ngadap Agong utk bt demo balas di stadium lain..utk lawan demo bersih..amacam braheng...ada berani..

cucukerinci berkata...

manusia jenis tak sedar diri.....dah lupa kpd Allah...sebab tu perangai dah semakin jahat mcm setan....

Tanpa Nama berkata...

Kalau perkasa jenis ada teloor...sila buat demo hari lain....kerahkan semua ahli perkasa yang ramai tu....Kita boleh tgk lautan manusia yang hadir demo perkasa....Nanti kita boleh pakat2 shoot pic puak perkasa berdemo.....ada berani kaa brahimm...

udang galah berkata...

Haram jadah....tak guna punya orang...

Ohihihohohi berkata...

elok lah katak ni boleh bercakap pulak

Hot! Padang Golf Untuk Orang Bogel Sahaja




Melukis menggunakan Zakar


Budak Ni Buat Korang gelak sampai sakit

gambar marilyn monroe yang tak pernah dilihat


Vending machine untuk repair basikal

Tanpa Nama berkata...

Woit...brahim. Boring la ngko ni. Aku nak makan pun tak selera tgk muka ngko ni.

Tanpa Nama berkata...

Eini : Bang Brahin...Bang Brahin...tolong Eini kejap.

Bang Brahin : Tolong apa Eini ?

Eini : Tolong blah....

(Dialog Dr filim Pendekar Bujang Lapok )

Tanpa Nama berkata...

Katak seko ni masih tak insaf lagi.

Tanpa Nama berkata...

ini lsh org yg tsk sedar diri.dia ni melalak sebab dia tau PRU13 ni dia dah tak ada tempat sebab tu dia mengampu dan melalak .taraf dia sama saja dgan zul kulim dan zahrain kat penang tu.ini lah contoh kacang lupa kulit.

1 Malaysia berkata...

Kasihan tengok seekor katak ni.

Alhamdulillah Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Kita dikurnia DYMM Seri Paduka yang bijaksana. Baginda dah nampak puak PERKASA, PDRM, UMNO dah mula mengorak langkah-langkah untuk menghuru-harakan negara kita dengan dibantu MEDIA PERDANA yang tidak bertanggungjawab. Satu langkah yang bijak dengan memanggil Dato' Ambiga mengadap demi kersejahteraan rakyat Baginda.
Daulat Tuanku.
Dahlah katak, bodoh pulak dengan kenyataan-kenyataan yang bodoh termasuklah PAK_PAK MENTERI MANGKOK AYUN. Sampai hari ni, depa masih dok kata BERSIH ini ialah satu pertubuhan sedangkan kita tahu bahawa ianya tidak BENAR. HANYA puak UMNO bawahan yang bodoh @ bangang aja mempercayai termasuklah pemimpin jabatan AKU. Dok marah kat Ambiga dengan alasan Ambiga dok melaga-lagakan orang Melayu tanpa menghayati niat suci BERSIH.
AKU sedar dan amat sedar akan tuntutan BERSIH. Tiada satu pun tuntutan yang berbunyi untuk menjatuhkan atau memerangi kerajaan sedia ada. Yang dok dengar ialah geng UMNO termasuk seekor lagi katak iaitu EZAM, bermati-matian mahu menjatuhkan kerajaan PR, Pulau Pinang dan Kedah, bukan saja dengan tindakan aja malahan disusuri dengan kata-kata. Yang AKU dok pening kepala, kenapa orang MELAYU mudah sangat dipermainkan oleh geng "MELAYU KITA" @ MAMAK @ KERLING?
Brahim katak tu patut bertaubat dan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana dosa menghasut. Nasihat AKU ialah sedarlah bahawa Allah swt dah bagi umur subsidi, gunakan sebaik mungkin agar tiada penyesalan. Ingat sebagai seorang Islam, keadilan dan kebersihan wajib kita utamakan, insyaallah.