4 Jul 2011

Himpunan Bersih Medan Untuk Pulihkan Demokrasi Negara

Rakyat di negara ini hakikatnya hanya mempunyai dua pilihan iaitu memperjuangkan sistem demokrasi yang semakin pudar fungsinya mahupun membiarkannya terkubur begitu sahaja.

Oleh itu kata Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr Abdul Aziz Bari, satu pilihan bijak harus dibuat dalam memastikan masa depan negara terus terpelihara.

"Pilihan yang ada hanya dua sekarang, hendakkan perlembagaan diperkasa dan dimartabatkan atau hendak perlembagaan itu dipijak dan dinafikan tempatnya," kata Aziz kepada Tv Selangor ketika mengulas perkembangan terkini berhubung tindakan polis dan kerajaan pemerintah yang melakukan pelbagai cara demi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil pada 9 Julai ini.

Selain menahan sesiapa sahaja yang memakai pakaian berwarna kuning dan berlogo Bersih, mengenakan Ordinan Darurat kepada enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM), mengisyitiharkan bahawa Bersih adalah sebuah pergerakan haram, kerajaan Umno-Barisan Nasioanal dilihat terus menggunakan segala kekuatan yang ada untuk menghalang perhimpunan aman berkenaan.

Ironinya, persoalan pokok kepada kebangkitan rakyat ini terus dibiarkan menjadi tanda tanya.

Lantaran itu kata Aziz, rakyat Malaysia harus bangkit menyatakan pendirian mereka dalam hal ini memandangkan tuntutan yang disuarakan oleh Bersih adalah untuk kebaikan bersama.

"Sekarang ini sudah sampai ke tahap, orang biasa pun tahu undang-undang yang digunapakai sekarang adalah undang-udang yang tidak adil. Dan dalam konteks penggunaan Ordinan Darurat ini agak lucu sedikit sebab pada tahun lepas Datuk Seri Hishamuddin mengatakan bahawa Malaysia tidak berada dalam darurat. Jadi dia telah mengeluarkan yang kenyataan yang bercanggah dan bertentangan,"ujar Aziz.

Selain penahanan yang semakin diperhebatkan, hal ini kata Aziz lebih memalukan apabila ia diselang-seli dengan hujah rapuh pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional termasuk media kawalan mereka.

Rata-rata mereka melabelkan Bersih adalah agenda pembangkang untuk menawan tampuk pemerintahan, walhal katanya, setiap orang juga pastinya mahukan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan tanpa mengenal fahaman politik.

"Apa salahnya menyokong pembangkang kalau pembangkang itu hendakkan sesuatu yang baik? Pakatan Rakyat bukannya pembangkang bawah tanah, mereka bukan pembangkang yang bergerak secara haram.

"Mereka adalah pembangkang yang didaftarkan secara sah dan mereka hendakkan perkara yang baik dan rakyat tidak salah kalau menyokong dan memberikan restu kepada mereka berbanding dengan parti yang hendak mengekalkan kelemahan, mengekalkan kekotoran dalam sistem pilihan raya,"
kata beliau.

" Mereka (kerajaan) itu sebenarnya menentang usaha atau inisiatif untuk mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil. Ini tidak ada kaitan dengan huru-hara. Kalau kita lihat dua tiga hari ini, kita sendiri tahu siapa yang buat kacau. Ceramah yang begitu baik dalam premis pun dikacau oleh polis,"tambah beliau lagi.

Malah pensyarah undang-undang ini secara kritis membidas sikap kerajaan yang sanggup melakukan apa jua cara demi memastikan tampuk kekuasaan kekal di tangan mereka.

Lebih malang lagi apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya mengambil pendirian berkecuali dan amanah dalam menjalankan proses demokrasi negara, mudah diperkudakan oleh pihak yang berkepentingan.

Dalam hal ini kata Aziz, kerajaan dan SPR seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya mengapa rakyat bertindak nekad menggunakan saluran jalan raya untuk menuntut hak merekamendapatkan sebuah pilihan raya adil dan bersih.

"Penafian SPR tentang wujudnya pengundi hantu, penafian wujudnya masalah dalam undi pos, adalah satu penafian yang menyebabkan rakyat terpaksa berarak ke jalan raya. Sudah tidak ada cara lain lagi dan mereka takut dengan perarakan itu," jelas Aziz, di sebalik penafian kerajaan bahawa pilihan raya di negara ini dijalankan dengan telus, seraya menyatakan tidak perlu ada sebarang demonstrasi menuntut hal tersebut dilakukan.

Pada hemat beliau, lapan tuntutan yang disuarakan oleh Bersih 2.0 cukup berasas dalam memastikan proses pilihan raya di negara ini dapat dijalankan dengan penuh efisyen dan adil.

Tidak ada sebab katanya, SPR harus mengambil sikap dingin terhadap tuntutan yang disuarakan oleh gabungan NGO itu demi masa depan negara.

"Jadi saya tak nampak bagaimana Tun Dr Mahathir, Najib (Razak) atau siapa juga patut menentang perkara seperti ini. Semua ini telah dituntut dan diminta secara baik selama ini tetapi SPR buat tidak endah dan tidak buat apa-apa. Malah menafikan bahawa ada masalah,"kata Aziz.

Pada Jumaat, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengisytiharkan bahawa Bersih sebuah pergerakan haram yang boleh mengancam keselamatan negara.

Malah Khutbah Jumaat di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya turut disajikan dengan peringatan dan amaran bahawa Bersih adalah gerakan pelampau yang memperjuangkan kepentingan individu.

Malah himpunan Bersih itu dikatakan akan berarak ke hulu ke hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta benda awam dan sanggup mencederakan pasukan keselamatan.

Walaupun ditegaskan berkali-kali bahawa Bersih adalah sebuah perhimpunan aman namun kerajaan pemerintah melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terus melancarkan fitnah ke atas Bersih demi menghalang hak rakyat bersuara.

"Kita lihat bagaimana masjid digunakan untuk menghentam Bersih. Saya rasa ini satu perkara yang tidak patut berlaku oleh kerana Bersih tidak seburuk itu.

"Apa yang disebut dalam khutbah itu jelas satu fitnah, pembohongan. Jadi bagaimana masjid itu boleh digunakan untuk perkara-perkara seperti itu?,"soal Aziz. -tvsnews



6 ulasan:

wored berkata...

sokong sangat-sangat dengan statement di atas..

Memang Gempak!!Bahaya!!Jangan Klik!!

Tanpa Nama berkata...

whats so great about democracy system? cuma satu sistem ciptaan kafir dan bukan sistem yang digariskan dalam alqur`an. Mat Sabu pun terikut-ikut perjuangkan sistem demokrasi. Bunyi cakapnya nak perjuangkan sistem Islam. Betul ke..?

1 Malaysia berkata...

Hello anon July 4, 4.46pm,

Kalau tak tahu sistem pemerintahan Islam, jangan cakap sebarangan. Semua sistem yang ada masa kin pernah berlaku semasa pemerintahan Islam.
Demokrasi ini memang namanya diberi oleh orang kafir dan memang tak ada perkataan demokrasi dalam Al-Quran. Kalau dah kau pandai sangat, sistem apa yang hendak kau cadangkan? Kalau ubah sistem, sudah tentu pada permulaannya iaiah ubah kerajaan yang sedia ada yang menjadi pendokong kepada sistem demokrasi. Lagipun appa salah sistem demokrasi ni. Rakyat yang memilih pemimpin secara sukarela dan depa tu lah yang kena tanggung akibatnya. Jadi sebagai seorang muslim sejati, sudah tentu kita pilih pemimpin yang BERSIH bukan saja rupanya, jiwanya, tindakannya, percakapannya dan mampu berlaku keadilan sejagat.
If you are a true muslim, then you know what I mean unless you just pretend to be a good muslim. Don't be munafikun like what had been stated in Al-Quran.

Unknown berkata...

memang ,..demokrasi ciptaan orang kafir,tapi sebelum sistem islam ditegakkan,PAS kena ambil tampuk pemerintahan melalui sistem pilhanraye demokrasi ni

Tanpa Nama berkata...

sebagai seorang muslim yang beriman kita sudah tentu mahu sistem islam terlaksana dinegara ini,sekarang halangan untok melaksanakan sistem islam ialah sistem yang sedia ada terpaksa diturunkan dulu yang menjadi masaalah untok menurunkan sistem kafir ini ditentang oleh sebahgian orang islam yang telah sebati dengan sistem dan budaya barat yang sediaada ini dan mereka menganggap inilah sistem yang terbaik kerana dalam anggapan mereka islam hanya ibadah khususiah seperti sembahyang puasa zakat dan haji dalam mentakbir negara terpulang kepada pemerentah kerana pada anggapan mereka politik tidak ada dalam agama.

Tanpa Nama berkata...

Benar kata Prof.Aziz Bari,Bersih cuma hendakkan satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih bukan nak jatuhkan kerajaan seperti diMesir. Perkara yang senang macam ni pun Najib dan Hishammuddin tak faham.Kalau tak kotor orang tak minta untuk bersihkan.Rakyat bukan bodoh lagi.Yang masih bodoh ahli UMNO dan ahli Perkosaa.