27 Jul 2011

BERS✔H: Biometrik Bukan Penyelesaian Untuk Undi Bertindih


Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk mengatasi masalah pengundi hantu tidak harus bersandar kepada rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semata- mata, kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreneevasan.

Ini kerana JPN sendiri tidak mempunyai rekod lengkap mengenai individu yang telah meninggal dunia, sekaligus memberi ruang kepada pihak tertentu memanipulasi butiran mereka untuk dimasukkan dalam daftar pengundi SPR, kata beliau.

Bercakap dalam forum "Apa Selepas 9 Julai" sebentar tadi, Ambiga mengambil sikap terbuka kepada cadangan SPR menggunakan teknologi biometrik namun mempersoalkan keupayaan JPN memastikan rekod- rekodnya adalah tepat dan terkini.

"Saya risau kerana sistem biometrik akan bergantung sepenuhnya terhadap JPN yang tidak boleh mengesan orang mati. Saya ada masalah dengan itu," kata beliau.

Justeru, saranan supaya SPR memperkenalkan dakwat kekal untuk mengelak isu pengundi bertindih adalah jauh lebih rasional, murah dan mudah untuk dilaksanakan.

Parti Keadilan Rakyat baru- baru ini mengenalpasti lebih 1,607 pengundi yang sudah mati di Perak tetapi masih disenaraikan dalam daftar SPR.

SPR sering dikecam bersabit dakwaan- dakwaan bahawa daftar pengundi dimanipulasi bagi membolehkan pengundian dua kali oleh individu sama atau kes individu menggunakan butiran pihak lain untuk mengundi.

Ambiga hari ini tampil di sebuah wacana untuk membincangkan hala tuju sistem pilihanraya susulan perhimpunan aman Bersih 9 Julai lalu.

Hadir sama di wacana itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar termasuk Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Ambiga seterusnya mempersolkan sama ada SPR mampu melaksanakan sistem biometrik menjelang pilihan raya umum yang dijangka di adakah dalam tempoh beberapa bulan lagi.

"Ia melibatkan jumlah teknologi yang besar. Sistem ini akan mudah tergendala kerana melibatkan sistem yang rumit," ujar beliau.

Beliau seterusnya menyarankan SPR mengorak langkah melaksanakan pendaftaran pengundi undi secara automatik apabila seseorang mencapai usia 21 tahun.

Ambiga gusar sistem yang ada sekarang akan menafikan hampir 3.5 juta pengundi hak untuk mengundi, semata- mata kerana nama- nama mereka tidak sempat diwartakan dalam daftar pengundi terbaru.

"Kita perlu mengorak langkah untuk memastikan (mereka boleh mengundi) dan bukan halang mereka. Untuk daftar pengundi mudah tapi (untuk mengundi mereka) terpaksa menunggu beberapa bulan. Tiga juta orang (kemungkinan) tidak boleh mengundi dan itu melanggar perlembagaan," ujarnya lagi disahut tepukan para hadirin. -tvsnews



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau ada kesilapan dalam JPN kita betulkan, spt tak ada rekod kematian ke apa..komplen secara baik thru website ke apa, sebelum sibuk2 nak buat bersih..dah ada masa berapa thn lepas bersih1, untuk komplen kat JPN, supaya bersihkan rekod penduduk2 malaysia..nih nak desak2 dalam masa singkat..negara2 lain pun alami masalah sama jugak, nama bertindih etc, tapi guna la saluran yg betul..knp bila ura2 ada PRU je baru nak bertindak, tak bertindak lebih awal..nak buat saranan pendaftaran autiomatik ke hapa

Tanpa Nama berkata...

anon 6:00 am menulis
"negara2 lain pun alami masalah sama jugak, nama bertindih etc

Boleh buktikan tak fakta negara mana yang ada begitu?

Atau ia hanya andaian kerana anda seorang seorg pencacai UMNO?

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah SPR dakwa JPN tak kemaskini rekod kematian, apa maknanya bila ada kematian kita wajib serah kad pengenalan simati kat PDRM....? PDRM simpan ka......atau ada maksud lain...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nak tunggu laporan baru JPN nak bertindak...JPN keja takde sistem ke atau makan gaji buta je. maaf kalau bahasa kasar sikit...tapi sy memang tak faham macam mana agensi kerajaan bekerja..

Tanpa Nama berkata...

Hello Anon 6:00 AM,

Orang buat Bersih 2.0 sebab tuntutan yang dikemukakan semasa rally Bersih yang first dulu tak dipedulikan. Ko tulis komen mcm bagus la. Orang ramai dah brapa banyak kali komplen, ada ke tindakan diambil...? Dasar pencacai, hujah takde, bodoh pulak tu.

Tanpa Nama berkata...

Biometric kepala bana.Altantuya masuk keMalaysia pun rekod masuk-keluarnya boleh tak ada dalam komputer Jabatan Immmegresen.Apa macam?