1 Jul 2011

BAZAR TOK GURU: Kejayaan Gemilang K'jaan Kelantan Melepasi Segala Fitnah & Cabaran

Biar pun masih ada usaha cuba menghalang peniaga Pasar Lama MPKB berpindah ke Bazar Tok Guru, namun berlainan pula bagi peniaga, mereka seperti tidak sabar lagi mahu berniaga di premis baru.

Ramai peniaga ketika ditemui semasa mengambil kunci di pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) hari ini meluah rasa gembira.

Mereka seperti tidak sabar lagi mahu memulakan perniagaan di Bazar Tok Guru.

Seorang peniaga Siti Mastura Ismail, 33, meluah rasa gembira ketika datang mengambil kunci lot kedainya di Bazar Tok Guru.

Beliau berniaga di Pasar Lama MPKB sejak 10 tahun lalu berharap perniagaannya di tempat baru lebih maju kerana kedudukannya begitu strategik.

“Tidak ada apa yang kami harapkan semoga perniagaan kami bertambah maju di tempat baru ini, InsyaAllah,” ujarnya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang peguam Nor Azli Ahamed menasihatkan peniaga menangguhkan menandatangani perjanjian jual beli lot Bazar Tok Guru kerana mendakwa terdapat sedikit kekeliruan.

Manakala Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad pula dilapor mahu kerajaan negeri sekali lagi menangguh perpindahan peniaga.

Difahamkan sebelum ini Umno menyediakan peguam bagi membantu peniaga dalam isu Bazar Tok Guru.

Bagaimanapun apa yang berlaku pagi tadi peniaga tidak menghiraukan nasihat peguam dan Salim. Ramai peniaga menyerbu pejabat PMBK sebaik sahaja dibuka jam 8.00 pagi.

Peniaga menandatangani dokumen tertentu sebelum diberi kunci lot kedai masing-masing. Peniaga juga diminta membayar kos maintenance termasuk elektrik dan air bagi tempoh setahun sebanyak RM838.

Seorang lagi peniaga, Zaharah Mohd Salleh dan anaknya Rafeah Yusoff juga tidak sabar untuk memulakan perniagaan di tempat baru.

Katanya, mereka akan berpindah segera ke Bazar Tok Guru untuk meneruskan perniagaan di tempat baru.

Peniaga diberi peluang berniaga percuma dalam tempoh setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu sebagai usaha kerajaan negeri meringankan bebenan mereka. -HD

BERITA SEBELUM INI


Impian Umno punah, peniaga dapat kunci Bazar esok

Usaha Umno menjadikan isu Bazar Tok Guru sebagai modal besar menjelang pilihan raya umum ke-13 kini punah apabila hampir kesemua peniaga menandatangani perjanjian memiliki lot niaga di situ.

Hampir kesemua 336 peniaga dari Pasar Lama MPKB dan Arked Uda telah menandatangani perjanjian pembelian lot kedai dan dokumen berkaitan urusan peguam.

Program menandatangani perjanjian itu diadakan mulai 27 Jun lalu dan dijangka berakhir esok.

Pengurus Pemasaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Khalili Abdul Kadir berkata, esok peniaga terbabit akan diserah kunci lot kedai bagi membolehkan mereka memindahkan barang.

“Sehingga hari ini sebahagian besar daripada 336 peniaga sudah menandatangani perjanjian dengan PMBK untuk memiliki lot kedai di Bazar Tok Guru.

“Dijangka pada Jumaat ini mereka boleh membawa masuk barangan jualan masing-masing,” katanya di sini.

Sebelum ini Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan negeri berkaitan isu Bazar Tok Guru.

Malah berdasar kepada laporan media persatuan itu juga mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno Kelantan termasuk pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ahli persatuan juga dilapor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penjualan Pasar Lama MPKB, namun tiada sebarang penyelewengan ditemui.

Isu perpindahan peniaga Pasar Lama MPKB dan peniaga Arked Uda juga dimuatkan dalam akhbar Umno, Khabar yang disebar secara percuma di kaki lima masjid April lepas.

Biar pun dikecam hebat persatuan, kerajaan negeri tetap berusaha menyelesaikan bagi kebajikan peniaga termasuk menawar lot di Bazar Tok Guru secara percuma selama setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu.

Selain itu mengurangkan harga setiap lot sebanyak RM25,000 menjadikan harga ditawarkan RM63,000 jauh lebih rendah berbanding harga asal RM88,000.

Tawaran memiliki lot di tingkat bawah dan tingkat satu dengan harga RM63,000 hanya sah sehingga 31 Mei lalu.

Dan selepas 31 Mei sehingga akhir Jun harga setiap lot ditawarkan sebanyak RM70,000 dan setiap peniaga perlu mengurus sendiri pinjaman bank.

Daftar awal boleh pilih

PMBK juga memberi peluang mana-mana peniaga yang mendaftar awal boleh memilih lot dan pendaftaran lewat akan diberi lot secara pengundian.

Selain itu PMBK memperluaskan lorong di bahagian belakang di mana 29 lot kedai diroboh.

Khalili berkata, 29 lot diroboh bagi memberi keselesaan kepada peniaga biar pun PMBK kehilangan pendapatan lebih RM2 juta, di mana setiap lot bernilai RM88,000 pada harga semasa.

“Jumlah RM2 juta yang dimaksudkan hanya kehilangan pendapatan ekoran 29 lot kedai diroboh,” katanya.

Beliau juga berkata, 96 peniaga yang mendaftar awal diberi peluang memilih sendiri lot tanpa perlu mengundi berdasarkan kepada polisi ditetapkan daftar dahulu dapat awal.

Bazar Tok Guru yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim setinggi tiga tingkat mempunyai 860 lot. Lot di tingkat satu dan dua ditawar kepada orang ramai yang berminat berharga antara RM84,000 hingga RM92,000.

Lebih separuh lagi lot di tingkat satu dan dua dibuka tawaran kepada orang ramai yang berminat.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Bahagian Jualan PMBK di talian 747 4545 atau 013 907 3209 (Norin) atau 014 507 9001 (Izziani). -hd


4 ulasan:

hairan berkata...

woww tak pernah aku dengo org bagi berniaga percuma setahun dan 2 tahun!!! TAHNIAH TGNA!!! Kalo kat JB orang melayu hanya mampu berniaga tepi2 jalan aje... bukan takat tak mampu nak beli kedai, nak sewa pun tak mampu! semua mahal2 gila... biasalah kan KETUANAN MELAYU DIUTAMAKAN.... last2 org melayu dok dalam hutan!!!

Ah Tie berkata...

mmg manusia susah mau berubah, sbb itu ada kalamullah yg menerangkan bahawa kita bertanggungjawab mengubah nasib kita sendiri bukan sesiapa dan Insyaallah manusia yg mau berubah dr jahilliyah kp manusia beriman dg Allah akan berjaya kelak.

Kp pemimpin...mmg membuat perubahan akan menghadapi halangan dan kesilapan berbanding dengan pemimpin yg tidak buat apa2 perubahan,,,,,namun Allah Maha Mengetahui siapa yg berlaku ikhlas dan jujur terhadap tindakannya.

Tanpa Nama berkata...

terbaik la TGNA.memang berkebajikan habis!umno nak bagi free???sampai umno diharamkan pun aku tak caye!!

Ninja Glock,Dari Casing Handset Jadi Pistol Sebenar!!

Tanpa Nama berkata...

semoga umat islam makin maju dan makmur