26 Jul 2011

Bahana Undi BN: Kontraktor Galas Teraniaya, Tuntutan Projek PRK Belum Dibayar

Kontraktor belum dibayar tuntutan projek PRK Galas

GUA MUSANG, 25 Julai: Selepas sembilan bulan pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas berlalu, namun belum pun kelihatan janji projek perumahan rakyat seperti terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN).

Projek perumahan berharga RM180 juta itu telah diletak batu asas oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kempen pilihan raya berlangsung.

Jauh sekali untuk melihat projek mega lain dilaksanakan, antaranya Golf Club dan Country Resort bernilai RM856 juta, Agro Tourism (RM256 juta) dan kampus Universiti Malaysia Kelantan cawangan Gua Musang (RM316 juta).

Lebih memalukan lagi usahkan projek bertaraf mega, projek segera yang dilaksanakan bernilai di bawah RM50,000 pun didakwa belum dibayar kerajaan pusat sehingga sekarang.

Lebih malang lagi masalah itu dialami sendiri anggota jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Wahab Yunus yang juga seorang kontraktor.

Beliau mendakwa projek kecil di bawah Kementerian Pelajaran dilaksanakan semasa kempen pilihan raya Galas lalu belum dibayar sehingga sekarang.

Abdul Wahab merupakan kontraktor kelas F diberi tanggungjawab melaksanakan projek-projek kecil di bawah kendalian Kementerian Pelajaran semasa kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

“Saya telah mengemukakan tuntutan terhadap projek yang dilaksanakan semasa pilihan raya kecil Galas sejak Disember lalu.

“Malah pada 10 Julai lalu saya datang menemui pihak terbabit bagi menyelesaikan bayaran tuntutan nilai projek yang telah saya laksanakan.

“Namun segala usaha saya bagi mendapat bayaran projek yang dilaksanakan gagal,” katanya ketika datang mengadu masalah itu kepada penyelia parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin di sini baru-baru ini.

Beliau begitu kesal kerana kos yang terpaksa ditanggung bagi menyiapkan projek pilihan raya kecil Galas tidak dibayar kerajaan BN sehingga sekarang. -HD

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sapa suruh kerja degan penyamun, kan dah kena tipu. lain kali pangkah BN lagi.

Miecyber berkata...

Janji manis mu...

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah nah ambik habuan...jadi la tu ada juga batu asas, kalau tidak sekali dgn batu depa sapu....kleaaaaaaaaa. baghu ada akai

Tanpa Nama berkata...

dah elok dah tu..penyamun jual penyangak..dua-dua penipu...keh.keh..keh .. ambil dari dialog p.ramlee dalam filem Tiga Abdul...

Tanpa Nama berkata...

mmg tu strategi BN. nanti PRU13 baru laa buat projek tu betul-betul. biasa laa sorong tarik nak pancing undi.

org melayu kan bodoh/tolol/bangang.. senang kena pancing..

umpan dengan mulut manis.. janji manis.. yg penting ada disebut.. "peruntukan berjuta-juta".. melayu mesti cair.

Tanpa Nama berkata...

dh skrg br nk sesal tada guna punya,dulu akal dok mn? kat lutut eh...same la mc kat rembau tu...
kalau x caye masuk kat anakkampungnaksenang.blogspot

Tanpa Nama berkata...

tu balasan dia ko pi tipu org kg supaya sokong penyangak tu semua..padan muka ko.pi le doa kt tuhan ko tu.tuhan ko kan umno yg bg ko rezeki.hahahaha.mampos la ko xraya tahun ni.nah ambik sikit duit zakat buat beli kuih raya.

Tanpa Nama berkata...

Jika PR yg buat hal hari-hari keluar cerita dongeng dlm Tv Rais Yatim dan Tv3 suku.....inilah dia BN(Banyak Nipu)......

Tanpa Nama berkata...

Teringat zaman 60han dan 70han dulu.Bila ada PRU, LLN(nama lama)disuruh pacak tiang letrik kad kampong-kampong nak tunjukkan kampong tu akan dapat bekalan letrik.Habis aje PRU,wakil rakyat UMNO dah menang.Tiang letrik LLN pun dah reput,bekalan letrik pun tak nampak.Dah lama dah Melayu kampong ni kena kencing UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

SIKIT SANGAT TU..DAKWA DIMAHKAMAH PUN TAK MENANG.INGAT TAK KONTRATOR YG BEKALKAN BAHAN2 KEMPEN PILIHANRAYA TEMPOH HARI MELIBATKAN RATUSAN JUTA DIBAKUL SAMPAH PEMIMPIN BN DAN DITOLAK OLEH MAHKAMAH.ENTAH2 KONTRAKTOR (TENTUNYA PENYOKONG UMNO)DAH MERANA KRN MUFLIS.