8 Jun 2011

Tak Jadi "Tangkap" Tauge, Bukan Suspek Utama Pembawa E-Coli

Ujian dapati tauge bukan punca E. coli

Pihak berkuasa Jerman masih belum dapat pastikan sumber wabak

BERLIN: Ujian awal yang dilakukan ke atas tauge dari sebuah ladang di utara Jerman telah membuktikan bahawa sayur itu bukanlah punca wabak E. coli, yang telah meragut 22 nyawa sejauh ini.

Pegawai wilayah Lower Saxony semalam berkata ujian awal yang dijalankan menunjukkan kesan negatif.

Para saintis Jerman telah melakukan ujian ke atas tauge dari sebuah ladang organik di utara Jerman, yang mulanya disangka punca penularan wabak E. coli.

Menurut pengurus ladang di utara Jerman itu, beliau tidak mengerti bagaimana sayur tauge yang dihasil ladangnya boleh menjadi punca wabak yang lazimnya menular melalui najis atau makanan dan minuman yang dicemari bakteria najis.

Kementerian Pertanian negara itu berkata daripada 40 sampel yang diuji, 23 dikesan bebas daripada bakteria E. coli

Wabak E. coli yang menular di Eropah telah meragut 22 nyawa selain menyebabkan ribuan orang jatuh sakit.

Pihak berkuasa Jerman masih belum dapat menentukan sumber wabak itu.

Sejauh ini, sayur tauge, timun, tomato dan daun salad telah disyaki menyebabkan penularan bakteria E. coli.

Di Brussels, Suruhanjaya Eropah (EC) berkata ia akan mengadakan mesyuarat khas bagi menteri pertanian Kesatuan Eropah (EU) di Luxembourg hari ini.

Salah satu sumber Reuters pula berkata para menteri akan membincangkan kemungkinan memberikan bantuan kewangan kepada para pekebun sayur dan buah-buahan yang terjejas oleh krisis wabak E. coli itu.

Sebelum ini, para peladang Sepanyol mengalami masalah kewangan setelah timun yang ditanam dipercayai menjadi punca penularan wabak E. coli di Eropah.

Mereka berkata tuduhan terhadap mereka ternyata tidak benar apabila tauge yang ditanam di Jerman pula disyaki sebagai punca pencemaran.

Dua pertubuhan ladang Sepanyol berkata pesanan bagi eksport sayur dan buah-buahan naik sedikit semalam setelah hasil tanaman negara itu didapati bukanlah punca penularan wabak E. coli minggu lalu.

Namun, wakil kededua persatuan berkata ia akan mengambil masa untuk menambat semula kepercayaan pembeli.

Malah, mereka melahirkan rasa marah terhadap pihak Jerman kerana menuduh Sepanyol tanpa sebarang pengesahan.

Walaupun tidak mempunyai angka sebenar, mereka mengatakan para peladang kerugian berjuta euro, sementara industri sampingan seperti pengangkutan turut merasakan kesannya. -- AP, AFP, Reuters.

1 ulasan:

samagreen berkata...

Bakteria jahat, E.coli yg sdg menyerang Eropah ketika ini adalah krana kealpaan manusia sendiri menghargai peranan bakteria2 baik (spt Bacillus, Rhodobacter) dlm mengimbangi alam persekitaran. Dgn lain perkataan, pabila bakteria baik (effective microb) ini berada dlm jumlah yg berkurangan dan tak stabil, maka bakteria jahat (termasuk Salmonella, Idebsielia) akn mengambil tempat; dan ini akn mengakibatkan wabak penyakit, keracunan makanan, dan lain2 kesan negatif terhadap persekitaran alam (spt perubahan cuaca yg mendadak, hakisan tanah, banjir dll).

Allah SAW tak mencipta sesuatu dgn sia-sia; supaya manusia berfikir dan meriset; utk kesejahteraan umat dan alam semester!!

“Sebaik-baik manusia ialah mereka yg dpt memberi manfaat kpd org lain”.

Dgn yg demikian, apabila institusi ulamak berada dlm persatuan dan kesatuan yg tak stabil atas nama kuasa dan kedudukan, maka ini memberi ruang dan peluang kpd musuh ‘dalaman dan luaran’ utk menyerang!!

Apa yg lebih menghairankan kita, bagaimana boleh E.coli ini menyerang negara German, sedangkan penemuan pertama E.coli dlm tahun 1885 adalah oleh saintis mereka sendiri?

Mungkinkah PAS kini sedang diserang oleh wabak ‘E.coli’ ciptaan mereka sendiri?... pabila calon2 ulamak diadudomba oleh ulamak... pabila ulamak sendiri mensamatarafkan ‘Islam’ sebagai jenama barangan di pasar mlm; yg ada muslihat disebalik harganya yg turun naik mengikut kehendak pelanggan?

Wallahualam