8 Jun 2011

Kenapa Rais Sensitif Sangat Dengan Bahasa Indon?

Rais sindir golongan suka cedok istilah Indonesia

JELEBU: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, hari ini meminta supaya penggunaan istilah "mantan" untuk merujuk kepada bekas Perdana Menteri atau bekas Ketua Polis Negara, dikaji semula.

Beliau berkata, istilah mantan itu digunakan secara meluas di Indonesia dan sebenarnya ia memberi maksud "orang yang tidak bekerja".

"Kita di sini tanpa usul periksa suka mengambil perkataan luar seperti mantan. Janganlah kita begitu mudah meniru perkataan dari Indonesia tanpa faham erti sebenarnya," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Persatuan Bekas Polis Malaysia di Dewan Petaling hari ini.

Beliau hairan mengapa sesetengah pihak di negara ini terlalu beria-ia mengambil bahasa luar untuk disesuaikan dengan keadaan masyarakat tempatan tetapi meminggirkan istilah yang sedia ada dalam bahasa kebangsaan.

"Sikap saudara-saudara semua yang tetap menggunakan 'bekas' untuk menggambarkan persatuan anda amat saya gemari. Bayangkan jika terjadi begini...Persatuan Mantan Polis. Tahniah kepada saudara semua kerana tetap menggunakan bahasa kebangsaan," katanya.

Sehubungan itu, Rais meminta Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat kajian mengenai penggunaan istilah ini.

Menurut laman pencinta bahasa Indonesia, istilah mantan diperkenalkan oleh seorang tokoh bahasa Indonesia, Profesor Dr Anton Moeliono.

Perkataan mantan juga digambarkan sebagai bekas isteri atau suami, orang Indonesia juga menggunakan istilah "pensiun" atau "eks" yang dicedok daripada bahasa Inggeris.

Perkataan itu tidak pernah wujud dalam penggunaan seharian rakyat Malaysia sehinggalah media negara ini sendiri yang mencedok istilah Indonesia itu untuk digunakan, sekali gus menggantikan istilah "bekas" yang sedia ada dalam bahasa kebangsaan. - BERNAMA

Ulasan GB

Sensitif sangat menteri ini dengan Indonesia, sampaikan perkataan mantan pun dijadikan isu. Kenapa ya?

Bukankah Malaysia dan Indonesia itu satu rumpun di nusantara ini?

Proses assimilasi telah lama berlaku, apatah sekarang ini dimana ramai "amah-amah" dan tenaga kerja Indonesia bekerja di negara kita, justeru pertukaran istilah, perbendaharaan kata dan perkataan sering berlaku dan ia patut dilihat sebagai pengkayaan bahasa Malaysia kita sendiri.

Fobia?

Kalau tak da apa-apa masakan tempua bersarang rendah!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sbb tak lama lagi Pak Rais akan jadi mantan.

WARTEL?? hehehe berkata...

hehehe BN pun akan jadi 'mantan' jugak :)

apa kata 'wak' rais tukar dulu nama 'UMNO' hehehe

Tanpa Nama berkata...

dia ni faham ker..ini dimalaysia bukannya di indon.....dia ni suka sangat indon le..

Tanpa Nama berkata...

Pak Menteri patut merujuk kepada Kamus Dewan, mantan bermaksud dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas; Ayat contoh: Ayahnya seorang mantan ketua pengarang sebuah penerbitan. Tidak ada yang pelik dan patut diubah. Bahasa Melayu yang ada ini pun kadang-kadang sebilangan kakitangan RTM "yang memiliki kuasa" tidak berupaya untuk memperkasakannya. Bagaimanakah dapat kita harapkan bahasa Melayu menjadi bahasa dunia jika kita masih lagi bertelagah tentang soal-soal yang remeh.

Tanpa Nama berkata...

DIA NI MEMANG AKAL PENDEK. TAK BOLEH PAKAI OTAK DIA NI. CUBA CHECK DIA PUNYA OTAK....NTAH-NTAH KOSONG....

Tanpa Nama berkata...

Ngetot pak

Tanpa Nama berkata...

Benar, biasanya di sini, di Indonesia, kata 'mantan' digunakan untuk orang, sementara kata 'bekas' digunakan untuk barang atau hal lain. Jadi, kata 'bekas suami' akan terasa lebih kasar daripada 'mantan suami'.
Contoh untuk 'mantan': mantan istri, mantan perdana mentri, mantan gubernur (governor).
Contoh untuk 'bekas': baju bekas, celana bekas, majalah bekas.