Boleh maaf tapi tetap mahu saman
KANGAR – Pengantin lelaki yang kecewa setelah majlis pernikahannya dibatalkan oleh pasangannya dengan sekadar menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak akan melupakan detik hitam dalam hidupnya itu begitu sahaja walaupun selepas keluarga pihak perempuan menghantar wakil memohon maaf malam kelmarin.
Menurut pengantin itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aizat, 37, keluarga pihak perempuan menghantar empat lelaki termasuk dua abang ipar ke rumahnya di sini kira-kira pukul 8.30 malam untuk meminta maaf ekoran majlis tersebut dibatalkan.
Katanya, pihak keluarga perempuan ingin masalah tersebut selesai dan memohon agar isu tersebut tidak dipanjangkan lagi terutama mereka bimbang dengan tindakan saman yang akan diambil oleh Aizat.
“Walaupun sudah termakan hati, saya memaafkan pihak perempuan itu, namun tetap dengan pendirian untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Ini soal maruah, saya tetap akan bawa kes ini ke mahkamah,’’ tegasnya ketika dihubungi di sini semalam.
Akhbar semalam melaporkan mengenai impian jurujual kereta itu untuk berkahwin dengan gadis pilihannya berkecai selepas tunangnya itu membatalkan majlis pernikahan mereka melalui satu kiriman SMS.
Lebih melukakan hati lelaki itu, SMS tersebut dihantar cuma 11 jam sebelum majlis pernikahan mereka dilangsungkan di sebuah masjid di Simpang Empat di sini pukul 10 pagi kelmarin. -kosmo
Ulasan GB
Cukuplah dik. Mungkin dia bukan jodohmu. Redha dengan takdir Ilahi.
Bunga tidak sekuntum. Mungkin Allah hendak menurniakan seseorang yang lebih baik daripadanya untukmu.
Kami doakan engkau bertemu jodoh dengan yang terbaik untukmu dunia dan akhirat.

Wali perlu adil
KUALA LUMPUR: Seseorang wali dalam perkahwinan Islam sepatutnya bertanggungjawab mencarikan suami yang soleh dan boleh membimbing gadis di bawah amanahnya, bukan merosakkan masa depan mangsa termasuk membatalkan pernikahan pada saat akhir tanpa alasan kukuh.
Pensyarah Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Mohd Noor, berkata enakmen undang-undang keluarga Islam tidak pernah membenarkan wali menyalah guna kuasa menolak perkahwinan sewenang-wenangnya.
Sebaliknya beliau berkata, wali yang bertanggungjawab perlu bersikap adil kepada pasangan yang ingin dikahwinkan, malah mereka perlu disatukan segera jika kedua-duanya tidak melanggar perjanjian seperti yang dipersetujui keluarga kedua-dua pihak.
“Tanggungjawab wali mencari calon suami yang sesuai dan dalam kes ini (laporan muka depan Harian Metro semalam), saya tidak nampak di mana silapnya bakal pengantin lelaki itu...dia tak langgar perjanjian pun,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. -hm
Ulasan GB
Cukuplah dik. Mungkin dia bukan jodohmu. Redha dengan takdir Ilahi.
Bunga tidak sekuntum. Mungkin Allah hendak menurniakan seseorang yang lebih baik daripadanya untukmu.
Kami doakan engkau bertemu jodoh dengan yang terbaik untukmu dunia dan akhirat.
9 ulasan:
Sdr GB, betul tu. Org 'alim & baik2 di sisi Allah kena jumpa lelaki tu & mengucapkan kata2 semangat & motivasi padanya. Ia akan merasakan kemanisan atas ujiannya tu nanti insyaAllah, sekiranya ia berlapang dada, redha & jadikan Allah & Rasul saw matlamat utamanya.
Ada le hikmahnya tu, wlu pun bukan senang untuk menghadapinya.
Wahai adik,
Adik kata telah memaafkan mereka tetapi tetap akan meneruskan saman KERANA MARUAH ? Tenang dik, sebenarnya itu bukannya kerana maruah tetapi kerana nafsu amarah dan bisikan syaitan ! Kalau adik yakin dan reda dengan ketentuan Allah, maka itulah MARUAH adik sebenarnya ....... Masyaallah, hanya Allah yang mampu memberikan ganjaran !
kalau sume nak mintak halal payah jugak
org tu da prepare beribu utk kawin
tiba2 kena cancel
sape nak tanggung kos tu sume
maaf mmg la boleh, saman jalan jgk
yg penting duit modal dapat balik
Apa pasal persoal pasal maruah. Muhasabah diri dulu. Pasangan wanita solehah ialah lazimnya lelaki soleh. Pasangan lelaki soleh ialah wanita solehah pula. Dalam Quran ada Allah firmankan. Rujuklah.
Saman tak saman itu hak anda. Jangan terburu nafsu. Kelak anda akan berlaku lebih zalim terhadap bekas tunang anda. Jika terbukti anda menzalimi mereka maka padan dan patut mereka meninggalkan anda terlebih awal. Sekarang anda boleh berlaku zalim apa jaminan masa akan datang anda tidak melakukannya. Al-Hasilnya, mereka bijak dan bermaruah sedangkan hakikatnya anda bodoh dan langsung tidak bermaruah.
Ampun maaf. Sama-sama kita beringat.
Anon 0751,
You kata kalau sume nak mintak halal payah jugak, U cakap pasal kos dsb.. betoi, saya tak nafi tetapi kalau REDA dengan ketentuan Allah darjatnya cukup tinggi. Memang anon 0751 tak sanggup ... bagi komen pun tak berani tulis nama ................. he he
Kalau aku...hang mintak blk modal yg dah hang keluaq kat keluarga pompuan tu...klau depa degil...teruskan saman...tak aci la nk cancel last minit...skrg mnyak dh naik semua dh naik.
Saya bersetuju dgn Greenboc. Allah have other n better plans for u insya Allah
SAMAN JANGAN TAK SAMAN. TAK KENA KAT BATANG HIDUNG KORANG BOLEH LA CAKAP. MUHASABAH LA, INSAF LA. PERSIAPAN DAH DIBUAT, JEMPUTAN DAH DIBUAT, DUIT DAH HABIS BANYAK.....BOLEH KER KITA YANG BERGELAR 'insan biasa' BERSABAR...?
KALAU YER PUN TAK SUDI, CAKAP LER AWAL-AWAL, BOLEH CANCEL DAN SELESAI ELOK-ELOK.
DAH NAK NAIK COURT BARU MINTA MAAF.
JANGAN LUPA KISAH PEMAIN B/SEPAK KEDAH SATU MASA DULU...HASMAWI. APA JADI BILA NAIK COURT, SEMUANYA TERBONGKAR !!
BARU KITA TAHU SIAPA SALAH SIAPA BETUL.
cantekla anon 1144pm..
lu memang style!
xkena kt batang idung sndiri leh la kate tu kate ni..haiya..
muke nk letak kt mane chaa..
saman supaya orang lain boleh amek iktibar x buat lg mcm tu..
btol x?
Catat Ulasan