8 Jun 2011

Bahana Besarkan Payudara Dengan Doktor Tidak Bertauliah

Kuala Lumpur - Tindakan seorang kerani yang membuat pembedahan plastik untuk membesarkan payudara semata-mata kerana hendak menggembirakan teman lelakinya mengundang padah apabila dia bukan sahaja terpaksa menanggung derita, malah turut dikecewakan lelaki tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Tham, 30, itu kini menderita apabila terpaksa menanggung kesakitan berikutan payudaranya kini bertukar kehitam-hitaman selain berasa gatal dan bernanah.

Lebih membuatkan dia kecewa apabila teman lelakinya telah meninggalkannya gara-gara kejadian tersebut. Tham telah lima tahun menjalin hubungan dengan jurujual itu.

Difahamkan, Tham dari Triang, Pahang, menggunakan wang simpanannya sebanyak RM13,100 untuk membuat pembedahan di sebuah pusat kecantikan dekat sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketika itu payudara mangsa bersaiz 32B dan hendak dibesarkan ke 34B. Berat badannya pula kira-kira 55 kilogram.

Mengimbau semula kejadian itu, Tham memberitahu, dia bertekad melakukan pembedahan tersebut selepas teman lelakinya sering mengadu yang dia malu mempunyai teman wanita berbadan berisi tetapi mempunyai payudara kecil.

Katanya, selepas dicadangkan oleh seorang rakan, dia pergi ke sebuah pusat kecantikan untuk melakukan pembedahan tersebut pada 11 Mac 2010 tanpa mengetahui doktor di situ tidak mempunyai tauliah. -kosmo

4 ulasan:

lim penang berkata...

Pengajaran untuk semua. Lebih baik dibesarkan dengan cara semulajadi bila sampai masanya, tentu lebih selamat.

Tanpa Nama berkata...

Jika tiada kecacatan yang keaiban diri... jangan diubah ciptaan Allah S.W.T.

Tanpa Nama berkata...

Mohon aje pada Allah, klu diizinkan .. kun fayakun .. klu tak diizinkan terima aje.. banyak pekara yg bole menceriakan & membuat hidup tenang & bahagia.

Syukur padamu Ya Allah kerana ana Muslim & diberi peluang mengenaliMu lebih dekat & mencintaiMu mengatasi segala2nya

Tanpa Nama berkata...

Tidak perlu buat pembedahan atau suntikan untuk besarkan payudara. Guna je pam payudara. Guna pelan-pelan pastu besar la nanti.

[url]http://pampayudara.blogspot.com/[url]