8 Mei 2011

TGNA: MCA Sendiri Tak Percaya Utusan, Takkan Saya Nak Percaya

Nik Aziz ragui laporan akhbar

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui laporan sebuah akhbar arus perdana yang mendedahkan terdapat usaha pihak tertentu jadikan Kristian agama rasmi negara.

“MCA pun tidak percaya akhbar ini, takkan saya mahu percaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Muamalat dan Perbankan Islam peringkat Kebangsaan, di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.

Sebuah akhbar semalam melaporkan terdapat majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut laporan itu yang memetik sebuah blog menyatakan majlis itu dihadiri oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi namun beliau menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog iaitu ‘bigdog’ menerusi entri bertajuk ‘Making Christianity the official religion? dan blog Marahku.

Difahamkan, majlis makan malam dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel kelmarin. -SH


3 ulasan:

otaistillkick berkata...

Aku baca fasal moral Anwar dan Wan Azizah dalam di musramrakunman

Bab moral ni ... bagi aku yang teruk dan tercemar adalah pemimpin BN sendiri sebagai peneraju kini. Bagaimana PM bolih di perbodohkan dalam pembohongan isu PKZ.Bukan satu tetapi lebih sorang PM yang kena .Dengan jentera kerajaan di gunakan sepenuhnya untuk menangkis dan memburukan pihak lawan.Kes kapal selam yang di bicarakan di luar negara. Kematian di pejabat SPRM yang menjadi tanda tanya dengan jawapan yang tergantung. Kes ALTANTUYA walau di anggap selesai , banyak kesan pada kes yang berlaku hampir sama dengannya. Pembunuhan Dato Sosilawati .. adakan dalang akan di pertanggungjwabkan. Jika ini berlaku bagaimana dengan kes ALTANTUYA. Rakyat sekarang sedar ... hak mengundi bukan semesti menjadi ahli parti. Tidak menjadi ahli parti pun ... jika mendaftar sebagai pemilih layak mengundi.Rakyat sebenar nya bosan dengan kerenah paksaan BN dalam menjalankan programe bersandarkan programe Kementerian dan Jabatan.

abu shahid berkata...

salam bro GB..

Sekali Tok Guru Nik Aziz ;tembak' habis terbarai segala fitnah.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

orang UMNO pun tak percaya utusan tak bohong, bagaimana rakyat nak percaya