25 Mei 2011

Penyamun Menjelma Jadi Kucing

Skudai – Misteri penemuan seekor kucing hitam didakwa jelmaan individu yang mengamalkan ilmu hitam menggemparkan penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah, di sini.

Kisah berkenaan terus menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan orang ramai kerana haiwan terbabit dikatakan sering ditemui apabila serbuan dilakukan sebaik sahaja suara jeritan penduduk kedengaran setiap kali azan berkumandang.

Berkat doa dan solat hajat secara berjemaah selepas selesai isyak malam kelmarin, sekumpulan anak muda berjaya menangkap kucing hitam itu di tandas rumah seorang penduduk.

Kucing jadian itu dimasukkan dalam sangkar dan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk pengawasan selama 24 jam.

Ia bertujuan untuk memastikan sama ada haiwan terbabit boleh menjelma sebagai manusia, namun tiada sebarang perubahan dilihat selepas sehari kucing hitam itu berada di perkarangan balai polis itu.

Imam Masjid Laksamana, Ahmad Tahir Mohamed, berkata, kucing itu dilepaskan di Sungai Skudai, petang semalam dengan harapan ilmu hitam itu hanyut dibawa arus.

“Kejadian yang berlaku sejak dua bulan lalu menggusarkan penduduk kerana beberapa rumah di sini di pecah masuk yang melibatkan kerugian ribuan ringgit.

“Penyamun berkenaan dipercayai mengamalkan ilmu hitam dan terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya yang didakwa akan berakhir pada malam Jumaat ini.

“Modus operandi penyamun ini ialah masuk rumah melalui atap belakang. Dakwaan orang ramai berasas, apabila dikejar penyamun ini. Ia akan berakhir dengan penemuan kucing itu,” katanya.

Menceritakan kejadian ketika menangkap jelmaan terbabit, Ahmad Tahir berkata, haiwan berkenaan bertindak agresif dengan menggigit salah seorang anak muda yang cuba menangkapnya.

“Keadaan fizikalnya amat pelik dengan mata yang berwarna kemerah-merahan, telinga yang sedikit panjang umpama kucing hutan dan tidak ada bunyi dengusan ketika ditangkap.

“Saya tidak pernah melihat kucing seperti treler (panjang). Tidak sama seperti kucing biasa. Saya percaya ini ada kaitan dengan ilmu hitam,” katanya.

Kegusaran penduduk di situ tercetus sejak dua bulan lalu, apabila lebih tujuh kejadian pecah rumah di kawasan itu dilaporkan.

Atas rasa keprihatinan tersebut, 40 penduduk taman itu lakukan pemantauan secara sukarela di waktu malam

“Kami bersembunyi di atas pokok selama beberapa jam untuk menjejaki penyamun ini. Salah seorang penduduk turut tercedera kerana cubaan menangkap jelmaan itu.

“Kami terpaksa berjaga setiap malam sejak dua bulan lalu, dan turut dapat kerjasama polis. Kami bersyukur dan berharap kejadian ini tidak berulang lagi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan enggan mengulas.

“Tiada sebarang laporan yang dibuat oleh orang ramai,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Dalam pada itu, kejadian mistik ini turut dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata, kesahihan kejadian jelmaan seperti itu tidak dapat dikenal pasti sama ada benar-benar berlaku atau tidak.

Menurutnya, kejadian seumpama itu juga ada kalanya bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

“Saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak dan adanya kewujudannya seperti itu, jelmaan itu benar-benar berlaku atau tidak, boleh jadi betul atau boleh jadi tak betul, saya tidak pasti, ia terpulang kepada kepercayaan individu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam. -SH

Ulasan GB

GB sebenarnya bukanlah dari kalangan yang percaya kepada kisah "jelmaan-jelmaan", tetapi memaparkan kisah di atas utuk direnung dan difikir bersama.


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yg tok nampak, ekoran musibah tu, penduduk2 bersama2 beranding bahu, usaha & mohon pada Allah berjemaah.
Apa yg penting....kerjesama!!

Semuga dikekalkan..

Tanpa Nama berkata...

Sekadar renungan...tapi aku jadi muskyil..apakah selepas ni perompak & penyamun akan membawa haiwan...dan akan ditinggalkan di tempat kejadian, lantas Melayu kita akan percaya...ini semua haiwan punya kerja....entahlah...

Tanpa Nama berkata...

semua ini syirik belaka, kerana percaya kepada benda karut, itulah daya pemikiran orang melayu hari ini, naya kucing tu duduk balai takde makan dan minum

Tanpa Nama berkata...

kerja gila... macam mana imam pun terlibat menyiksa kucing sehingga dialirkan ke sungai (harap2 pemahaman saya salah tentang kucing tu 'dihanyutkan')... Kalau iapun kucing tu jelmaan, kenapa tak dibaca surah2 yg sepatutnya dibaca secara berjemaah utk ungkaikan masalah? Adakah semua yg ada di sekitar tu fasik belaka sehingga kalah dengan jelmaan?

AWAS GB....GB pun diperhatikan, jangan sampai macam UTUSAN yg seringkali bawakan cerita2 mistik...dgn bahan cerita di atas, apa pun alasan GB, itu la hakikatnya, tak perlu defensive.

Unknown berkata...

Anonymous said...

"kerja gila... macam mana imam pun terlibat menyiksa kucing sehingga dialirkan ke sungai..... "

itu yg saya suruh fikirkan. Ia iatu bagaimana di syariat masih ada golongan yang bergelar imam yang sudah sampai ke pringkat boleh mempercaya hal-hal sedemikian.

nak perhatikan saya nak buat apa?
salam tidka apa tidak, datang beri komen kat sini nak tunjuk lagak plak. mamcam2 perangai manusia ni, lebih dasyat dari binatang pun ada rupanya.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kuching yang didakwa berlainan dari kuching biasa tiada gambarnya ?

Orang kampung disana duduk dalam hutan ke sehingga seorang pun tidak ada kamera untuk merakamkan binatang tersebut ?

Zaman UMNO Baru bersaudara dengan yahudi ketika ini, setiap berita dan cerita kita perlukan bukti yang sahih untuk dipercayai.

Apakah anda percaya bahawa Osama ben Laden dibunuh kemudian dibuang ke laut adalah Osama yang asli..?

UMNO Baru cuba buktikan bahawa Anwar Ibrahim berzina dengan pelacur dalam video lucah, mereka kuatkan tuduhan itu dengan bersumpah laknat disamping polis menguatkan cerita kononnya video tersebut adalah asli. Dan anda sudah melihat video tersebut. Apakah itu benar-benar Anwar Ibrahim ?

Itu pun masih berbelit lidah nak buat pengakuan pelakun itu siapa sebenarnya apatah lagi dengan isu penyamun boleh bertukar jadi kuching yang tidak ada gambar dan buktinya...?

Realitinya ialah penyamun jadi kuching itu menanggohkan kenaikan harga minyak petrol RON95 kerana rakyat sedang marah.

sw00sh berkata...

woi anon...yg ko eja kucing jadi kuching tu apsal?

Tanpa Nama berkata...

"Anonymous Anonymous said...

Kenapa kuching yang didakwa berlainan dari kuching biasa tiada gambarnya ?

Orang kampung disana duduk dalam hutan ke sehingga seorang pun tidak ada kamera untuk merakamkan binatang tersebut ?

Zaman UMNO Baru bersaudara dengan yahudi ketika ini, setiap berita dan cerita kita perlukan bukti yang sahih untuk dipercayai.

Apakah anda percaya bahawa Osama ben Laden dibunuh kemudian dibuang ke laut adalah Osama yang asli..?

UMNO Baru cuba buktikan bahawa Anwar Ibrahim berzina dengan pelacur dalam video lucah, mereka kuatkan tuduhan itu dengan bersumpah laknat disamping polis menguatkan cerita kononnya video tersebut adalah asli. Dan anda sudah melihat video tersebut. Apakah itu benar-benar Anwar Ibrahim ?

Itu pun masih berbelit lidah nak buat pengakuan pelakun itu siapa sebenarnya apatah lagi dengan isu penyamun boleh bertukar jadi kuching yang tidak ada gambar dan buktinya...?

Realitinya ialah penyamun jadi kuching itu menanggohkan kenaikan harga minyak petrol RON95 kerana rakyat sedang marah."

org2 PKR ni... asyik3 sentuh bab politik.. UMNO la, UMNGOK la, Anwar la, aperla... u dh out of topic..