10 Mei 2011

Doktor Muda Bersama Jururawat Mati Lemas.

Kuching: Seorang doktor muda sempat mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' kepada ibunya kelmarin, sebelum lemas ketika cuba menyelamatkan seorang rakan yang turut lemas selepas tergelincir ke dalam sungai ketika mandi bersama dua rakan lain di air terjun Kampung Giam, Padawan, dekat sini, semalam.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Dr Mohd Azri Dollah, 27, dari Semariang, seorang pakar kardiologi Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak (HUS) Samarahan dan jururawat di Hospital Memorial Rajah Brooke, Norfazillah Abdul Kadir, 23, berasal dari Kampung Baru, Samarahan.

Mereka bersama dua lagi rakan yang juga jururawat, pergi berkelah di air terjun yang terletak kira-kira 35 km dari sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi, apabila Norfazillah yang mandi di tepi air terjun dilihat terkapai-kapai meminta bantuan dan apabila menyedari mangsa tidak pandai berenang, Dr Mohd Azri terus terjun dan cuba menyelamatkannya.

Namun, beliau dipercayai menghadapi kesukaran berikutan arus kuat serta badannya yang ditarik Norfazillah yang panik sehingga kedua-dua mangsa lemas dan hilang di tempat kejadian.

Dua rakan mangsa yang menyaksikan kejadian kemudian meminta pertolongan penduduk kampung yang mengambil masa kira-kira 20 minit mencari mayat mangsa yang tenggelam ke lubuk sungai.

Ibu Dr Mohd Azri, Sharifah Mordiah Wan Abu Bakar, 53, berkata anaknya itu menyatakan hasrat membawanya keluar makan malam sempena Hari Ibu semalam selepas tidak dapat berbuat demikian malam kelmarin.

“Dia sempat memeluk dan mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ kepada saya dan berjanji membawa kami sekeluarga menikmati makan malam hari ini (semalam) selepas mahu menanti semua adik beradik berkumpul bersama meraikan Hari Ibu,” katanya.

Sementara itu, ibu Norfazillah, Latifah Led, 47, berkata anaknya itu mula berubah apabila dia memakai baju kurung dan tudung putih ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang saudara mereka di Samarahan, kelmarin.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa ketika Norfazillah memakai pakaian serba putih ketika menghadiri majlis perkahwinan saudara kami, malah dia kelihatan cukup ceria sepanjang kenduri, termasuk sempat bergurau bersama ahli keluarga yang lain,” katanya. -BH

Ulasan GB

Salam takziah kepada kedua-dua keluarga mangsa.

Kepada yang lain jadikan ini satu pengajaran. Apa pengajarannya?

Beberapa kes mati lemas berlaku kebelakangan ini melibatkan pasangan yang belum ada apa-apa ikatan pernikahan bermandi-manda berendam sesama di dalam air (di pantai atau air terjun).

Tanpa bersangka buruk, namun bagi umat Islam perbuatan tersebut melanggar pagar syariat.

Sama seperti kes tragedi Ulu Bendul. Dilaporkan :

Perkelahan empat sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak perempuan berusia dua hingga lima tahun bersama kenalan wanita bapa mereka, berakhir tragedi apabila tiga kanak-kanak itu dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras di hutan lipur berkenaan.


Ada moral yang perlu digarap di sebalik semua kejadian berkenaan.

51 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Air terjun itu tidak rela untuk menjawab ketika di Mahkamah RabbulJalil kelak terhadap apa yang berlaku ditempatnya.. jadi ia bertindak selayaknya sebagai peringatan kepada makhluk lain. Hanya itu yang mampu dia lakukan.

Tanpa Nama berkata...

janganlah berprasangka sampai begitu. doktor tersebut masih bujang, dia pun pergi bukan berdua saja dengan jururawat - jika pun jururawat itu gf dia. mungkin mereka cuma pergi berkelah dan tempat itu juga tidak tersorok.

jika hendak berprasangka, di hospital tempat doktor itu bekerja pun boleh dia berdua2an dgn jururawat pilihan hati dia. atau dgn makcik pencuci, pak gard, malah doktor perempuan.

kenapa tidak sebut ...terkilan sebab negara kehilangan seorang doktor dan seorang jururawat. bukan mudah hendak melatih seseorang sehingga menjadi doktor.

dan doktor ini bukan sahaja berusaha menyelamatkan nyawa di hospital, malah di sungai pun dia mempunyai instinct hendak menyelamatkan seseorang yg dalam kepayahan.

saya nampak aspek keberanian doktor muda ni dalam berita ini, tidak kah GB juga begitu?

Tanpa Nama berkata...

Tak tau nak cakap. Depa pi beramai, dgn rakan2 sekerja kot. Mcm anak2 kita kdg2 pi sama2 rakan sekolej (mereka beritahu kita terlebih dulu, kita mampu pesan hati2 & berdoa.ok ke?)

Kematian bila2 akan menjemput kita.. pesan memesan le kita agar sentiasa berdoa mohon agar Allah cabut nyawa dlm keadaan ketika taat padaNya. Mana tau sdg seronok tengok poco2 (tu lum turut serta menari lagi), konsert kat tv ke, atau sedang ngadap komputer.. (tapi klu ngadap komputer tengok atau buat yg berkaitan agama, insyaAllah ok le kot)

Tanpa Nama berkata...

ia peringatan bagi yg lalai.

Tanpa Nama berkata...

yg ambo peratikan, tregedi ni macam bermusim pulak. Kurang tragedi bas express berlanggar, tragedi rumah terbakar..la ni lemas pulak.

Apa2 hal, gula dah naik harga, lepas ni isu apa pulak.

Tanpa Nama berkata...

Bro, jangan percaya sangat berita dalam akhbar. Wartawan tu main bantai saja asal jadi berita. Bernama sendiri pun dah tak betul.

Contoh kisah ikan patin berharga 13k.

Tanpa Nama berkata...

salam warahmatullah..

arwah dr. azri yg meninggal dunia tu seorang yg baik..boleh dikatogerikan org yg warak semasa zamannnya menuntut ilmu...jauhilah segala spekulasi dan prasangka...sbb kita bukanlah org yg tahu keadaan situasi sebenar...doakan yg terbaik untuk arwah. wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

org yg baik tidak semestinya tidak boleh diperdayakan syaitan. justeru itu jauhkan perkara yang boleh membawa fitnah dan syubhat.

Tanpa Nama berkata...

anon 12:47

kan GB dah tulis kat situ ia hanya sebagai pengajaran, bukan berburuk sangka.

bebal nak mampos.

Tanpa Nama berkata...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
 
Ketika seorang lelaki sedang berjalan di sebatang jalan, dia mendapati sebatang dahan berduri lalu membuangnya. Allah berterima kasih padanya dan mengampuninya.
 
Baginda bersabda lagi: Mereka yang mati syahid itu ada lima golongan:
 
1.Mereka yang mati kerana taun,
2.mereka yang mati kerana sakit di dalam perut,
3.mereka yang mati lemas,
4.mereka yang mati di bawah runtuhan bangunan
5.dan mereka yang mati kerana berjuang di jalan Allah.
 
(Bukhari dan Muslim)
 
Mati syahid terbahagi tiga:
 
1) Syahid dunia dan akhirat (yaitu sesiapa yang mati di medan perang menentang orang-orang kafir).
2) Syahid dunia (yaitu sesiapa yang mati dimedan perang tetapi ia berperang dengan niat yang tidak ikhlas – seperti berperang kerana hendak tunjuk berani, mahukan harta rampasan perang – atau ia mengkhianati harta rampasan perang atau ia lari dari medan perang).
3) Syahid akhirat (yaitu sesiapa yang mati selain mati di medan perang menentang orang-orang kafir yang di sebut secara khusus oleh Nabi Muhammad SAW seperti mati kerana sakit taun dan lain-lain di atas).
 
Bagi sesiapa yang mati syahid akhirat ini mayat mereka dimandi serta disembahyangkan, dan di akhirat nanti mereka akan memperolehi pahala orang-orang yang mati syahid – yakni pahala syahid dunia dan akhirat – (Imam An-Nawawi, Syarah Soheh Muslim Jilid 7 mukasurat 72 cetakan Darul Hadith Al-Qaherah, cetakan pertama 1994 M – 1415 H)

Dan satu lagi, bersangka baik juga adalah amalan yang mulia. Peace!

Tanpa Nama berkata...

anon 3:00

1) Mati lemas memang mati syahid kalau tidak disertai dengan sebarang perkara yang boleh menghapuskan pahala syahid.

2) Bersangka baik amalan mulia tapi yang dah nyata salah haram hukum bersangka baik. Misalnya tidaklah patut bersangka baik kepada si perompak.

Dalam konteks berita di atas, doktor dengan jururawat... apa hubungan kedua-duanya? dah nikah?
atau sekadar berkawan sahaja?

lain kali anda bersangka baik anak perempuan anda pergi berenang dengan jantan yg belum dinikahkan. oK?

Tanpa Nama berkata...

Yang dah meninggal tu dah le, xpayah nak komen-komen itu ini pasal si mati. Kita yang hidup ni xtentu lagi. Urusan balasan Allah swt kepada sesiapa yang mati adalah diluar pengetahuan kita. Dan yang menentukan kita masuk syurga nanti bukan pada pahala semata-mata melainkan dengan perkenan dan rahmat dari-Nya jua. Kita berusaha je kat dunia cari yang terbaik utk diri kita. Lagi baik disebutkan kebaikan si mati dan menutup aibnya, kerana kita jua akan menempuh perkara sama (kematian) kelak dan memang itu pun anjuran nabi kepada kita. Orang yang menutup aib temannya, Allah pun akan menutup aibnya di hari pembalasan kelak. Ok tu je. Wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

sekor lagi tak faham bahasa melayu agaknya gb,

gb dah kata jadikan ia pengajaran...
apa pulak x boleh komen-komen...

alangkan apa juga yg berlaku adalah "guru" kepada kita, termasuklah tragedi tersebut....

macam kisah kekalahan perang uhud, kekalahan itu memang mengaibkan, sampai Rasulullah pun luk-luka di mukanya, tapi perlu dijadikan pengajaran supaya kegagalan jangan berulang.

addddooooiiii kenapa anon-anon kat atas ni bebal sgt ni

Tanpa Nama berkata...

diorg pi ramai2 tu...xlak dia nyebut dok kat dlm air sama2 lak....dah trg dia nyebut....doc tu selamatkan nurse tu sbb tau dia xleh berenang......cuma blh nak bt ikitibar...xyah le gi tempat2 gitu klu setakat nk amik angin bahaya....

Tanpa Nama berkata...

diorg pi ramai2 tu...xlak dia nyebut dok kat dlm air sama2 lak....dah trg dia nyebut....doc tu selamatkan nurse tu sbb tau dia xleh berenang......cuma blh nak bt ikitibar...xyah le gi tempat2 gitu klu setakat nk amik angin bahaya....

Tanpa Nama berkata...

doakanlah agar arwah ditempatkan d golongan yang beriman..yang baik jadikanlah amalan dan yang buruk tu jadikan lah pengajaran..

pangiran hijau berkata...

umat Islam di negara kita sudah terlalu terikut-ikut cara hidup masyarakat barat yg mengejar duniawi dan ambil akhirat hanya sebagai ikut-ikutan tanpa mendalami hukum dan syariat sebenar yg diajar oleh Rasulullah saw.Sebab tulah bila ada kes2 atau bala bencana tertentu yg terjadi,ramai yg tidak mahu memahami hikmah Allah menjadikkan sesuatu perkara yang sebenarnya mempunyai pengajaran dan tauladan yang harus kita sebagai umat renungi...wallahualam..

syahruddin samsudin berkata...

salam tajuk blog ko tak sesuai lah bro si mangsa tu saudara aku.. tak elok kalau ko cakap tajuk sebegitu. seolah mereka melakukan perbuatan terkutuk.. ginilah jika mereka tidak betbuat apa yang jahat dosa ko post artikal nih adalah finah.. dosa besar tuh.. andai pun benar apa ko kabarkan itu ko tetap berdosa kerana mengata org dan membuka aib sesama kita. so ingat satu jerk tulis tajuk tu biar betul .. kalau ko nak sangat tgk keluarga dia dapat berita meh turun kat umah die kat hadapan unimas nih.. elok ko minta maaf pasal tajuk ko agak kontroversi. ok so harap ko paham

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

ni lemas bukan sebab banjir ker apa ker, tapi sebab bermandi-manda....

jantan betina plak tu, walaupun satu hospital.

no way boleh diterima dalam Islam.

Tanpa Nama berkata...

Lain berita, lain cerita..
Mangsa tergelincir, bkn sdg mandi manda..
Cuma mengambil angin di kpg giam yg sememangnya salah satu pusat rekreasi outdoor terkenal..
Pasal perempuan tak bertudung mandi manda, tak semua perempuan kat negara ni pakai tudung kan?
Nak campak manusia ke neraka, tu hak Allah..
Mereka keluar tu, berempat, bukan berdua saja..
Kalau tak tahu cerita sebenar, tak perlu la comment berunsur fitnah..

azizi berkata...

Satu lagi.. Korang caya sangat dgn news ni apasal? Korang ingat semua tu betul ke? Budak nurse tu tergelincir. Tak kan nak dok tepi tengok dia mati. Lagipun berita tu pandai buat cerita. Sejak bila arwah jadi pakar kardiologi. Dia baru je habis housemanship. Baru 3-4 bln posting di hospital jantung yg baru. Logic ke umur 27 tahun dah pakar. Korang kalau tak tau, jangan lemparkan fitnah. Apatah lagi org ni meninggal dunia. Aku harap korang minta maaf dengan keluarga arwah. Tadi bakal tunang arwah terbaca blog. Sedih dia. Janganlah burukkan nama org yg dah tiada.

Tanpa Nama berkata...

Sy sebagai salah seorg family arwah sgt2 terkilan dgn apa yg di komen di atas. Sebaik2 manusia itulah yg sy puji utk Dr Azri... Bukan krn ikatan keluarga, ttp kerana apa pada dirinya yg amat sy hormati n kagumi n berharap insyaAllah anak sy spt dia... Sungguh sesiapa yg di atas, cubalah letak posisi anda sebagai kwn,sebagai keluarga yg mengenali arwah seumur hidup anda membaca komen di atas? Tolong hormati yg pergi.. Anda tidak berada di tmpt trsbt TIDAK BERHAK menokok tambah cerita.. Jgn lupa, Allah maha kuasa, kalaupun anda tidak ada anak, tetapi anda ada saudara mara dan anda ada KAWAN Anda yg anda sygi yg anda kenali berada di tmpt demikian, apakah perasaan anda? Itu sudah memadai, blm lagi sy tokok tambahkan yg related dgn anda adalah seorg anak yv warak, seorg insan yg baik, bukan saja di mata family malah di mata kawan....mendapat komen spt di atas? Renung2kan n slamat beramal... Islam amat melarang umatnya berburuk sangka... Assalamualaikum...

Tanpa Nama berkata...

x baik berprasangka buruk terhadap arwah. yang x tau citer ni sedap2 je tuduh yang bukan2. Dr tu lemas sebab nak selamatkan perempuan tu. sekurang2nya, smpai akhir hayat dia pun dia masih cuba nak selamatkan nyawa org. Sama2 sedekahkan Al-fatihah kepada mangsa. x pyh nk sibuk2 'suggest' apa diaorg buat kt tmpt situ. yang pergi berempat, bkn berdua.. Aku mmg kenal kt arwah. dia bkn seperti yg 'penfitnah2' ni tuduh.

p/s: blogger pun x pyhla wat tajuk mcm ni. Dah macam memfitnah..

Tanpa Nama berkata...

Korang semua ni bodohnke ape...asal mandi je terus maksiat le...kan tmpt ramai org...yg news ni satu hal...bukan sedang mandi ye...budak tu tergelincir...fitnah ni buat aku bengang...budak yg bgs tu korang fitnah mcm2...Kalau nak tahu kisah sebenar,tanya lah dgn org yg ada di tmpt kejadian...jgn nak ckp arwah tu buat maksiat...korang ni komen wat gua bikim panas...

Tanpa Nama berkata...

ehem ehem...
"JANGAN BERPRASANGKA BURUK..."

betul yang lemas tu lelaki dan perempuan. tapi yang temankan diorang pegi situ, "Mereka bersama dua lagi rakan yang juga jururawat" ada 2 orang lagi kan. pun perempuan. jadi diorang bukan pegi berpasangan atau berduaan..

for your info, tempat tu bukan ramai yang nak pegi. hari isnin plak tu. kalau kita faham betul2 berita tu, memang diorang je kat situ.

now you put yourself in his situation. member dah nak lemas. pastu dah takde orang lain dah nak tolong. apa nak buat? tengok je member lemas???

okla... apa2 pun pengajaran tetap pengajaran. nak berbuat sesuatu biarla dengan niat yang baik, ikhlas dan tidak bertentangan dengan hukum2 agama...

"BERBUAT BAIK BERPADA-PADA, BERBUAT JAHAT JANGAN SEKALI-KALI"

Tanpa Nama berkata...

memang banyak pengajaran... dan Allah tidak lakukan sesuatu itu sia-sia.

Kerana doktor itu warak dan baiklah itu sebab mengapa Allah ambil nyawanya di situ.

Tak sepatutnya seorang yg warak dan x tinggal solat boleh bersama yg bukan muhrim pergi ke tempat yg boleh timbulkan fitnah. Sebab Allah sayang dia, tak mahu dia terpalit di tempat ramai org lakukan dosa. Apatah lagi kaum perempuan ke situ bermandi manda dengan baju basah melekat di badan di kalayak ramai. Tunjukkan bukti kpd saya bab mana yang Islam mengizinkan sedemikian?

Dan situ byk pula pasangan lain berpacaran, jantan dan betina.

Lain kali kalau nak merancang sesuatu rancanglah ke tempat yang tidak merbahaya dan tidak menimbulkan fitnah.

Lainlah kalau pergi ke situ nak berdakwah.

Kan pengajaran tuh. Yang lain beremosi menyatakan konon arwah seorang yg baik dsbnya, itu tak timbul, yg penting apa iktibar yg boleh diambil dari peristiwa itu. Itu yg pengulas artikel ini maksudkan.

Kalau setakat nak bela saja budak itu tanpa ambil pengajaran maka Allah tak lemaskan dua orang hambaNya itu.

Kita tak tuduh dia bermaksiat tetapi kita kata tak wajar orang sebaik mereka terpalit ke tempat sedemikian.

GB x payah siarkan komen pihak yg melalut2 yg x nak ambil pelajaran dari peristiwa ini.

wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

Rasul Allah (sal Allahu alaihi wasallam) said: “Judges are of three types, two of them will go to the Hellfire and one type will go to Paradise. The one who knows the truth and judges with it – he is in Paradise. One who knows the truth but doesn’t judge by it, will go to Hellfire. The one who doesn’t know the truth and judges between people with ignorance, will go to the Hellfire.” [Abu Daud, Tirmidhi]

What the truth is, is determined by Allah (subhana wa ta’ala). He has spelt it out for us in the Shariah, that is the Quran and Sunnah. If a person passes judgment according to his or her own standards of right and wrong, rather than what Allah has declared as right or wrong, then that judge is judging with ignorance.

Biarlah Allah SWT menjadi hakim. Siapalah kita didunia ni nak jadi penentu syurga neraka. Put urself in his shoes, or the family's. Sesungguhnya semua perkataan dan amalan akan dibalas setimpal mahupun baik atau buruk. Wallahu'alam.

nurhidayah berkata...

ya, saya bersetuju bahawa kerana Allah sayangkan mereka maka itu diambilnya nyawa mereka itu supaya tidak terhindar dari percikan dosa org lain di situ.

alfatihah.

Tanpa Nama berkata...

GB suruh ambil pelajaran bukan suruh membela atau mengutuk... aparaaaa

Musa berkata...

dudes, I am his good friend. nih orang dah meninggal,toksahla buruk2 sangka. do'alah jangan nanti korang mati time kena urut kat rumah urut.

whatever it his, tujuan baik,buruk,ninggal sama nurse, atau ninggal sama doktor, let ALLAH SWT judge. no need for the gallant act as wiseguys to judge.

besides, kalo xtau syif doktor,toksahlah dok merapu macam tau. its like me catching you lepak kat shopping complex during your annualy leave, be it monday, wednesday, etc. lagipun, tempat2 berkelah neh boleh pegi ujung minggu je ke? ada signboard cakap macamtu ke?

Musa berkata...

Anon &:01a.m. were u there??

Tanpa Nama berkata...

dosa pahala, syurga neraka...urusan Allah, sembahyang 5 waktu x pernah tinggal blom tentu dpt masuk syurga weii..!! tajuk tu mengundang ulasan yg mengaibkan arwah...semoga Allah mengampuni dosa kamu...

Tanpa Nama berkata...

agaknya Tuhan buat sesautu tu saja-saja ker wahai orang yang mempunyai akal fikiran!

waktas berkata...

anon 8.27 salahkan tajuk plak.

tajuk ok saja. "Doktor Muda Bersama Jururawat Mati Lemas, Moralnya Apa?"

Bukan bermaksud mempersoalkan moral mereka yang meninggal dunia tetapi bermaksud, "pengajarannya apa?"

teruk sangat jika x faham bahasa inggeris mudah macam tu.

GB plak yg jadi mangsa.

Tanpa Nama berkata...

buat mereka yg berperangsaka buruk..
anda tidak mengenali peribadi mangsa..
anda tidak mengetahui kenapa mereka ke sana..
anda tidak berada disana dan sudah tentu anda tidak tahu cerita yang sebenar..

dan beberapa artikel agak kurang tepat isinya..

mereka BUKAN BERMANDI MANDA..
sebaliknya jururawat itu TERGELINCIR dan doktor cuba menyelamatkannya...

daripada anda membuat kesimpulan sendiri dan dlm masa yg sama menyumbang ke arah fitnah, bukankah lebih baik kita menyedekahkan al-fatihah buat c mati...

urusan syurga neraka bukanlah di tgn kita.kita hanyalah hamba dan tiada hak untuk mengadili arwah.

sesungguhnya Allah maha adil lagi maha mengetahui...

Tanpa Nama berkata...

Teringat pesan Nabi bahawa salah satu tanda-tanda kiamat makin hampir adalah dengan adanya Fitnah yang berleluasa. Takutkan!!! Ya Allah lindungilah kami, selamatkan kami & keluarga kami dari tipu daya syaiton dan manusia. Ya Allah Ya Tuhan Kami. Engkaulah Penguasa Yang paling Agung dan yang Paling Berkuasa. Kami hamba2Mu memohon perlindungan dari segala fitnah dan kezaliman oleh golongan yg sesat. Berilah kami Ketenangan dan Istiqamah bermunajat kepada Mu dalam menghadapi dugaanMu Ya Allah.


Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.� (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Tanpa Nama berkata...

tinggalkan saja mereka yang x nak amik pelajaran.

Tanpa Nama berkata...

org nasihat baik-baik amik pelajaran dari kematian tersebut, elakkan diri dari pergi ke tempat2 yg boleh mengundang fitnah dan sbgnya, lain pulak pengkomen2 di sini fahamkan.

mana ada GB kata berburuk sangka?

saya x nampak pun GB tuduh secara khusus kepada arwah. Baca betul2:

Beberapa kes mati lemas berlaku kebelakangan ini melibatkan pasangan yang belum ada apa-apa ikatan pernikahan bermandi-manda berendam sesama di dalam air (di pantai atau air terjun).

ayat mula-mula tu dia kata "kes mati lemas kebelakangan ini melibatkan..."

Ia hanya satu pengajaran umum. tak pula beliau merujuk khusus mengenai peristiwa di kg giam itu.

Tanpa Nama berkata...

buka minda!!!sesungguhnya kami rakan2 yg pernah bersama dgn arwah dr azri tahu dia tak kan mcm tu...org yg tak knal dia tak usah nak komen n beri pendapat kalau tak tahu...sesungguhnya itu akan menjadi dosa apatah lagi arwah sudah tiada...lebih baik kita sedekahkan al fatihah..hanya yg mengenali nya yang akan tahu siapa dr azri sebenar..dia insan yang mulia sehinnga hujung nafas pun masih lagi mahu menyelamatkan nyawa manusia...

Tanpa Nama berkata...

Tak sepatutnya seorang yg warak dan x tinggal solat boleh bersama yg bukan muhrim pergi ke tempat yg boleh timbulkan fitnah. Sebab Allah sayang dia, tak mahu dia terpalit di tempat ramai org lakukan dosa. Apatah lagi kaum perempuan ke situ bermandi manda dengan baju basah melekat di badan di kalayak ramai. Tunjukkan bukti kpd saya bab mana yang Islam mengizinkan sedemikian?


komen di atas ini bagus dan rational.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum... Sebagai Umat Islam kita seharusnya mendoakan semoga roh2 mereka dicucuri rahmat...Amin...Dh ditulis dlam takdir...
Harus di peringatkan bahawa kita sebagai MANUSIA tidak layak menilai atau memberi pengajaran keatas apa yang berlaku pada org lain....Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang layak.... Jangan lah memandai2 nak menuduh yang tidak baik terhadap orang lain..KITA BUKAN TUHAN...salam....

123 berkata...

kitak org ya lebih2 jak..ya kerja tuhan ...ajal maut di tgn tuhan, sik paham ka?mun ko rs bagus gilak, ktk org mati kelak lom tauk mcm nei.org dah ninggal gago gago nak nganok/crita /buat andaian ikut suka ati...sapa ktk org nak masok campor dlm urusan tuhan?

Tanpa Nama berkata...

Salam. Secara umum, beberapa fakta yang harus difahami di sini adalah:

1: Islam tidak membenarkan wanita muslim (seorang atau pun lebih) keluar dengan lelaki ajnabi. Walaupun 3 orang perempuan dan satu lelaki - tidak dibenarkan. Sedangkan adab dlm menuntut ilmu pun sebaik2nya lelaki dan wanita perlu dipisahkan cth di sebalik tabir. Perlu diingat dan difahami, Islam adalah agama yang mencegah mungkar dan sangat memelihara maruah diri. Kalau pun perlu hadir di tempat yang ada percampuran lelaki dan perempuan, masing2 perlu menjaga aurat dan batas2 pergaulan supaya tidak timbul fitnah.

2: Islam tidak membenarkan wanita muslim mandi manda di tempat awam kerana dibimbangi berlaku fitnah (maklumlah bila baju basah, maka akan terlihatlah susuk tubuh wanita tersebut).

Harap2 kita semua berada dalam petunjuk Allah dan jangan jemu menuntut ilmu. Wallahu a'lam

Tanpa Nama berkata...

itu la mentaliti org kita...asal bila nak komen...komen nak bagi sedap aje...

pertama, jika kita memainkan sentimen prasangka seolah-olah kita telah menyabit-burukkan si mati sekaligus memalukan keluarga si mati...tak kisahla pakai lenggok bahasa macam manapun..tetap jika ada baur-baur membuka keaiban si mati...(kalau takde, takkan la sensitiviti kawan dan ahli keluarga si mati tersentuh)

jika benar si gadis yg juga telah meninggal dunia itu gf si mati, maka itu sudah masuk kelas membuka aib, manakala jika si gadis bukan gf si mati, malah menjadi fitnah....

so, abang2 semua mesti arif apakah akibat nya membuka aib dan memfitnah apatah lagi yg diaib dan atau yg difitnah telah tiada dan tidak mungkin berkesempatan menjawab tohmahan yg telah dilemparkan....

abang2 yg dihormati, usahlah berlagak pandai agama...bukan apa, risau ntah2 suboh pagi tadi ade ke idak solatnya....

suatu pendekatan yg mulia utk kita saling memperingati, tetapi harus kita beradab tatkala mau melontar kata....

kita sensitif sebab kita kenal sapa Dr Azri...apatah lagi si mati cuba utk menyelamatkan kawannya yg perlukan pertolongan....

Bukankah ada pengecualian tatkala berada dalam emergency??

dan jika abang2 mahu ulas pula....bagaimana pula apa yg mereka buat sebelum kejadian...jawapan saya mudah...abang2 pun tak tau...saya juga tidak berada di tempat kejadian....

dan yang paling penting sekali, ridiculing si mati pasti tidak akan menjadikan abang2 semua lebih alim, malah sikitpun tidak menguntungkan barang satu sen pun kepada abang2 yg masih nak tunjuk alim dan bijak agama....

barang diingat, Dr Azri telahpun meninggalkan kita semua....menyelamatkan nyawa adalah tugasan beliau..dan beliau telah buktikan sehingga ke hujung nyawa....

apa pula sumbangan abang2 yg 'bijak dan alim-ulama'???

Tanpa Nama berkata...

Allah Ta’ala berfirman, artinya, “Apa saja musibah yang menimpa kamu maka disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS. Asy-Syura: 30)

“…dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka.” (QS An-Nisaa’: 63)

Musa berkata...

senang cakap la, aku mohon kepada admin blog to please remove this post, as you can see, it invites macam2 cerita. aku taknak salahkan Admin, and everyone have their own rights to their own opinion. just that, i hope sesapa pun to keep their own opinion to themselves.

thank you

Musa bin Ayub Abd Rahman
Kuching, Sarawak

Tanpa Nama berkata...

ni sama cama kes sosilawati,
memang pembunuhan sosilawati itu kejam, tetapi bukankah banyak pelajarannya? misalnya, jgn ikut org sesuka hati ke mana nak di bawa, jangan bertindak sesuka hati sebelum maklumkan kpd polis (jika berkaitan dengan kes-kes sivil dan perjanjian), jangan berurusniaga dgn org yg x dikenali sbgnya.

x kanlah x der pelajaran yg boleh difikirkan dan diambil dari peristiwa dan sesuatu kejadian.

Tuhan x buat sesuatu epritiwa itu sia-sia. bukankah begitu?

Musa berkata...

again, this request on post removal is done on behalf of the deceased family. harap mendapat perhatian.

terima kasih

Musa bin Ayub Abd Rahman
Kuching, Sarawak

Musa berkata...

Anon 10:57am. memangla Allah SWT jadikan setiap kejadian berkehendak. just that banyak laporan daripada banyak sumber boleh manjadikannya lain daripada yang asal. the thing is laporan/post berbau seakan2 mengatakan bahawa mereka sengaja pergi ke tempat terpencil,sedangkan tempat tersebut juga sumber air kepada orang2 kampung tersebut, bukan tersembunyi.dan saya sendiri pernah ke sana bersama Allahyarham 2 minggu lepas.

again, to blog admin, please remove post. thank you

Musa bin Ayub
Kuching, Sarawak

Musa berkata...

and talking on GF@bakal tunang, its not d person yang sama meninggal/pergi sekali dengan Allahyarham. GFnya orang Sabah,and I myself yang pergi ke lapangan terbang pagi selasa to pick her up and bring her to the funeral.

hopefully admin, i hope you can remove the post. thank you