1 Apr 2011

Video Seks: IGP Digesa Tahan Tiga ‘Datuk T’ Segera

PKR mengulangi desakannya agar polis segera menahan ketiga-tiga “Datuk T” yang awal minggu lalu mengaku bertanggungjawab mempertontonkan video seks kepada umum, yang didakwa melibatkan aksi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah menegaskan pengesahan ketulenan video seks itu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pagi tadi tidak membawa perubahan senario tentang skandal tersebut.

“Kesalahan yang sedang disoal siasat ialah pemilikan dan pengedaran pornografi... tetapi mengapa anda memfokus soal ketulenan,” kata beliau.

Sivarasa berkata, ketiga-tiga “Datuk T” seharusnya telah didakwa sebaik sahaja mereka mengaku bertanggungjawab mempertontonkannya,” kata beliau.

Sivarasa, yang juga peguam PKR berkata siasatan polis setakat ini menunjukkan ada usaha bermotifkan politik untuk merosakkan kredibiliti Anwar.

“Video lucah adalah satu kesalahan sama ada ia tulen ataupun sebaliknya,” kata Sivarasa hari ini.

Pagi tadi, Ismail berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh “Datuk T” awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam adegan seks dalam rakaman video seks itu.

Ismail berkata ia adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pada 23 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran ‘‘Datuk T’’ merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna ‘‘trio’’ iaitu beliau sendiri, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.

Sambil mendakwa kenyataan Ketua Polis Negara bukan sesuatu yang mengejutkan PKR, Sivarasa berkata partinya sudah mempunyai dua teori sama ada video itu direka atau sebaliknya.

“Sekarang IGP berkata ia tulen, tak mengapa. Orang dalam video itu macam Anwar tetapi itu bukan beliau, itu sudah pasti... beliau dari awal lagi telah mengeluarkan kenyataan keras mengenai ini,” kata bekas naib presiden PKR ini. -TMI

Ulasan GB

IGP perlu bertindak adil dan berkecuali. Sikap double standard yang terpapar lewat isu Video Seks ini amat dikesalkan.

Dua IGP sebelum ini (Tan Sri Abd Rahim Noor & Tan Sri Musa Hassan) telah meninggalkan jawatan IGP dengan cara hina dan tidak menerima sebarang pujia atau penghargaan dari rakyat. Mengapa? Kerana mereka tidak layak untuk mendapat pujian rakyat apabila mengamalkan sikap yang bertentangan dengan apa yang sepatutnya dipegang oleh seorang IGP, sebaliknya menjadikan diri mereka kuda tunggangan pihak parti kerajaan.

Kita berharap Tan Sri Ismail Omar bukan IGP yang ketiga yang akan menerima nasib itu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sandiwara politik seperti yang pernah berlaku 13 tahun dahulu bermula. Kali ini mendapat perhatian dunia kerana ia terdedah menerusi internet. Kepincangan undang-undang di Malaysia dengan menghukum mangsa tetapi pelaku jenayah menjadi analisa di peringkat global.

Jeffery berkata...

RATING POLIS MALAYSIA DI MATA DUNIA JATUH MERUDUM....


APA NAK BUAT.....POLISPUN BEKERJASAMA DALAM KOMPLOT NI.

PENYAMUN NAK SELAMATKAN PENYAMUN...CAM TU LAH PERBANDINGANNYA.

Tanpa Nama berkata...

MANA ADA ANJING NAK LAWAN TUANNYA??? JIKA ADA PUN ANJING YG CUBA GIGIT TUANNYA...AKHIRNYA MATI DITEMABK????

Tanpa Nama berkata...

lakonan dan perancangan UMNO, silap-silap anwar yang kena tahan

Tanpa Nama berkata...

Video itu memang tulen. Tak perlu yang panggil pakar pun.

Video blh dihasilkan melalui dua cara samada melalui CGI (Animation) atau pelakun sebenar. Tiada teknologi lain dlm dunia ini selain itu sahaja.

Menyiasat bhw pelakun itu adalah manusia berkaki dua bukan AVATAR yang dicipta menggunakan CGI adalah sangat mudah dan tidak perlukan apa-apa pakar pun.

Isunya siapa pelakun berkenaan ?

Mengapa pulak ada CCTV di hotel yang merakam pelbagai penjuru ?

Bagaiaman trio T mendapat video berkenaan ?

Siapa pelacur Cina dlm video ?

Dan...yang pasti

Penaja tayangan video lucah itu telah mengaku...dan

adalah salah disisi undang2 Malaysia memiliki dan menayang video lucah.

Jadi...setelah disahkan tulen, maka polis wajar segera mendakwa trio T yang terlibat dlm tayangan video berkenaan.