12 Apr 2011

Rakyat Juga Bijak Menilai Siapa Rais!

Rakyat Harus Bijak Menilai Siapa Anwar Ibrahim - Rais

BINTULU: Insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim melenting terhadap wartawan menjadi barometer bahawa sahsiah beliau sebenarnya sahsiah yang dilakonkan pada masa-masa tertentu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Anwar Ibrahim sebenarnya mempunyai pelbagai facet ataupun permukaan... yang karismatik pun ada, satu lagi yang tidak dikenali kita pun ada, kebengisannya pun jarang kita akui, tapi nyata telah dilahirkan terhadap media.

"Dengan cara itu, media sendiri dapat menghayati siapa Anwar sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan stesen radio Bintulu FM di Studio RTM di sini, Selasa.

Pada sidang media yang diadakan di Kuching Ahad lepas, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu melenting terhadap wartawan ketika diajukan soalan berkaitan jam tangan Omega yang dikaitkan dengan isu video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Rais, yang diminta mengulas insiden itu, berharap agar rakyat sendiri boleh menilai parti pembangkang selepas insiden berkenaan.

Beliau berkata seseorang pemimpin tidak perlu menghalau orang ataupun menggunakan kata-kata kesat terhadap wartawan biar apapun laporan yang dibuat oleh media.

"Saya pun mempunyai saham dalam hal ini dan pengalaman saya adalah tidak perlu menggunakan kata-kata yang di luar dugaan ataupun di luar yang perlu kita nyatakan kepada umum," katanya.

Ditanya sama ada insiden berkenaan akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri 16 April ini, beliau berkata ia terserah kepada rakyat.

"Sepatutnya rakyat terasa bahawa ini adalah sesuatu yang sebenarnya Anwar Ibrahim dan mereka harus tahu siapa beliau," kata Rais yang yakin BN akan dapat memenangi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya ini.-BERNAMA

Ulasan GB

Cuba selepas ini wartawan bertanya kepada Rais mengenai isu siapa menteri yang merogol amah dulu? Cuba buka kisah Robengah di depannya dan cuba minta pandangannya tentang sikap Migrant Care yang berkeras mempertahankan tuduhannya bahawa seorang menteri itu telah merogol seorang amah dari Indonesia yang pernah berkhidmat dengannya? Bagaimanakan agaknya sikap Rais ketika itu?

Perhatikan juga perwatakannya yang mempunyai pelbagai facet (mengguna istilahnya sendiri) bila berdepan dengan orangramai.

Baru sharpshooter cut & paste artikel dari harakahdaily, dah kelam-kabut mohon injunksi mahkamah supaya beliau keluarkan artikel itu dari blognya.

Justeru, rakyat seperti GB berkata: Rais perlu mencerminkan dirinya terlebih dahulu dan tidak perlu menuding kepada Anwar jika ekornya sendiri bergelumang najis. Rakyat juga bijak menilai siapa Rais yang hendak menilai Anwar!


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

melayu mudah lupa mengata orang dia yang lebih...

Tanpa Nama berkata...

Jelebu yg dah sasau dan muflis.

Art Pokon berkata...

Rais kena kata camnie....rakyat perlu bijak menilai kerjaan yang ada sekarang, UMNO dan juga pemimpin-pemimpin mereka yang kurang cerdik serta ketinggalan kebelakang dari semua segi...hanya mengharap rakyat bodoh macam mereka saja....

Tanpa Nama berkata...

Adakah Rais dalam keadaan tenang dan berlapang dada bila mengambil tindakan mahkamah terhadap blgger sharpshooter? Wajah Rais nak dikategori apa pula?

bunbinban berkata...

i change my mode...hahaha...lu rais arrr....lagi hipokrik..dulu mode bakar jambatan skang mode jilat jamban!. napelah malaysia ramai benor menteri bodoh, menteri bodoh penyokong beratus kali bodoh. skang aku lak nak tukar mode...aku mode senyum manis skang hahaha

Tanpa Nama berkata...

MALAYSIAKINI DISERANG EJEN UMNO