Patung mainan burung kenyalang yang dihasilkan oleh DAP Sarawak bagi kempen pilihan raya negeri hampir habis dijual.
Menurut setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, patung yang diberi nama “Ubah” dan dihasilkan sebanyak 30,000 itu dijual pada harga RM10 sebuah. Ia kini dilaporkan kehabisan di kebanyakan tempat di seluruh Sarawak.
Katanya, parti itu juga menghasilkan 30,000 patung yang lebih besar dan dijual pada harga RM60 sebuah.
“Kami baru bawa bekalan terakhir iaitu sebanyak 300 'Ubah' besar dari Kuala Lumpur. Apabila habis dijual, kita tidak akan hasilkan lagi,” katanya.
Beliau juga berkata terdapat banyak rungutan daripada penyokong DAP yang kecewa kerana tidak dapat membeli patung berkenaan.
“Kami langsung tidak menjangkakan ia begitu laris, jadi kami tidak menghasilkannya dalam jumlah yang besar,” kata Pua (kanan).
Jualan ‘Ubah’ sebegitu laris khususnya ketika DAP mengadakan ceramah-ceramahnya. Penyokong tidak melepaskan kesempatan meminta pemimpin DAP menurunkan tandatangan mereka di paruh maskot itu
Antara yang sering menjadi buruan penyokong adalah tandatangan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.
Pada perhimpunan di Kuching, Ahad lalu, ribuan cuba mendapatkan tandatangan Lim sehingga juruacara majlis meminta kerjasama orang ramai membenarkan Lim beredar kerana terpaksa menghadiri majlis lain.

3 ulasan:
alhamdulillah semoga Bn tumbang di sarawak
Takutnya BN hingga Malaysiakini disekat dari diakses rakyat
Satu idea yang kreatif untuk mendapatkan dana pilihanraya sekaligus melihat sambutan para penyokong. Harap parti komponen PR boleh tiru cara ini.
Kalau BN bagi percuma baru orang nak ambil.
Catat Ulasan