25 Apr 2011

Pendakwa Terus Menggila: Zakar Dah Masuk Katanya

Pendakwa: 'Yang penting zakar masuk'

Peguam cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (gambar) dalam hujahnya berkata bukti persetujuan adalah tidak penting kerana apa yang penting ialah sama ada zakar dimasukkan ke dalam dubur.

Katanya, mahkamah mesti berpuas hati yang kejadian sedemikian boleh berlaku.

"Saiful adalah pembantu peribadi tertuduh dan diamanahkan untuk (menyimpan) telefonnya (Anwar).

"Tertuduh meminta Saiful pergi ke kondominium Desa Damansara pada 25 Jun dan sekali lagi pada 26 Jun (hari kejadian)."

Yusof (kanan) berkata, tanggapan salah pihak pembela ialah dengan menganggap terdapat masa-masanya di mana Saiful boleh lari dari tempat kejadian itu (liwat).

Menurutnya, Saiful juga tidak ditanya mengapa dia tidak berbuat demikian.

Menurut Yusof, Saiful berkata Anwar adalah seorang yang dikaguminya dan telah diberi layanan istimewa, dengan diberi sebuah bilik (di ibu pejabat PKR) selepas dua bulan kerja.

"Saiful berkata adakalanya sebelum kejadian itu, dia merasa takut," katanya.

Yusof menggesa mahkamah supaya menerima bukti dalam kejadian (liwat) sebelumnya.

Pihak pendakwa, tegasnya, tiada masa untuk mengemukakan insiden (liwat) sebelumnya.

Yusof seterusnya berhujah bahawa kejadian (liwat) di Desa Damansara boleh dipercayai.

Menurutnya, rakaman CCTV juga menyokongnya dan bukti bebas menunjukkan Saiful berada di tempat kejadian.

Yusof berkata, masa tertuduh berada di situ juga sama dengan masa Saiful berada di tempat kejadian.

Beliau merujuk kepada kereta Anwar dan Saiful tiba dan meninggalkan kondominium tersebut sebagai bukti. -mk


‘Lelaki Y’ adalah Anwar, kata pendakwa

KUALA LUMPUR, 25 April - Profil DNA “Lelaki Y” yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA “Lelaki Y”.

“Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Datuk Seri Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie,” katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini.

Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala,berus gigi dan botol air mineral diambil.

Ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan dipanggil sebelum ini untuk mengenal pasti barang-barang berkenaan yang ditanda sebagai bahan bukti. -TMI


Ulasan GB

Itu sebab sebelum ini GB katakan bahawa konspirasi untuk memenjarakan Anwar bakal jadi kenyataan.

Kalau GB peguam di situ, GB akan kata hujjah Pendakwa tertolak kerana beliau berhujjah:

apa yang penting ialah sama ada zakar dimasukkan ke dalam dubur. Katanya, mahkamah mesti berpuas hati yang kejadian sedemikian boleh berlaku.

Di situ sudah jelas kegagalan Pendakwa Raya untuk membuktikan kejadian "zakar telah masuk" itu berlaku. Ia hanya andaian beliau sahaja bukan satu kepastian sebab beliau menyatakan: kejadian sedemikian boleh berlaku.

Boleh berlaku bererti kemungkinan sahaja akan berlaku dan bukan ianya telah berlaku.

Hakim mahkamah sepatutnya hanya menjatuhkan hukuman jika sesuatu itu benar-benar PASTI TELAH belaku bukan andaian-andaian "kemungkinan boleh berlaku".

Lihatlah juga bagaimana Pendakwa Raya berhujjah di dalam kes liwat Anwar-Saiful di atas iaitu terus-menerus cuba sedapatnya menghancurkan karakter Anwar sejak dari hari pertama perbicaraan sehingga ke hari ini yang penuh dengan unsur lucah tanpa batas.

Bagi pendakwa raya, yang lain tidak penting, krebiliti saksi tidak penting, prinsip asas kebenaran dan keadilan itu tolak tepi, tetapi kisah liwat itu perlu digambarkan dan dikhabarkan sejelas mungkin supaya umum segera memandang jijik kepada Anwar. Itu matlamat Pendakwa Raya.

Pendirian GB jelas: sekalipun GB tidak sependirian dengan Anwar sebelum ini, tetapi GB akan tetap perjuangkan keadilan untuknya. Beliau berhak mendapat dan menerima penghakiman yang bersih dan adil, bukan berdasarkan di atas perkara yang direka-reka dan bukti yang dicipta-cipta untuk menunjukkan beliau bersalah.

9 ulasan:

anti-zul noording alghuyub berkata...

buletin TV3/4 mlm ni....ayat pertama dr pembaca berita lelaki @bapuk..."SAHHH...DNA lelaki Y milik Anwar Ibrahim...."
pokemon punya pemberita....sure penerbit yg suruh keraskan suara kat perkataan SAH...nasib baik wa punya tv lcd...kalau 14" punya dah lama lempar buang...

Tanpa Nama berkata...

Perbicaraan ini hanya membuang masa saja.... tidak telus.. mohon Mengadap Yang diPetuan Agung untuk satu perbicaraan diraja yang bebas. Selagi tidak digunakan suruhanjaya perbicaraan bebas selagi itulah saudara Anwar akan dipermainkan..... Mohon mengadap kepad duli yang DiPertuan Agung dengan kadar segera.... kalau andaian pun dikira benar maka dengan apa lagi alasan yang boleh diberikan. Bukankah semasa kejadian berlaku, anwar ada bersama dua orang saksi sehingga dia berangkat pulang...kenapa tidak dipanggil untuk disoal?????

Tanpa Nama berkata...

Jika dok buat andaian sahaja perkara berlaku dalam mana-mana kes...mudah aje kerja para hakim. Tapi ingat hukum Allah akan mengatasi sehala-galanya. Hukumlah anda selagi anda boleh berhukum. Nanti di akhirat Allah akan hukum kamu kelak.

Tanpa Nama berkata...

keh keh..
abender ler tu

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul zakar dah masuk buktikan. Siapa yang nampak. Sebab itu dalam Islam kena ada 4 orang saksi. kalau setakad berada di tempat yang sama bukti yang sangat lemah.

Tanpa Nama berkata...

Sah Mamat ni memiliki saham yang besar dan dividen lumayan akan diterimanya di Padang Mahsyar kelak.

Tanpa Nama berkata...

Lu nak sangat itu bukti wa kasi bukti....
-NUjib dah 3 ari tak gosok baju gi keje sbb sterika dia rosak.Kat ofis kena perli, "bini boikot ke"...Perghh bedesing...Balik amek sterika ngamok2, hantar kedai Alok.."lok, lu tolong tengok wa punye streika, klau rosak tlg repair aaa"..."orait, nanti wa tngok" balas alok.Esok balik keje dia singgah kedai. "Lok, dah siap?...tanya najib"...." Haiya..ada satu balang tebakau maa..esok latang tengok, wa kasi oder itu barang".
Esok balik keje singgah lg...siang2 alok da ckp "haiya.. susah maa.. balang susah cari...". NUjib jadi hangin.." ai, barang mcm tu pun susah cari ke?.." .." wa sulah kontek 1 MLYsial maa tp tatak balang"..NUjib pandang alok tak kelip2..Alok jadi cemas "Ini mcm laa..kalu lu boleh angkat sama itu balang aaa, wa kasi lu lg satu sterika free maa" kata alok. NUjib lg hangin..balang..balang tak abis2 balang. Dia ingat balang aku tak kuat ke..bisik NUjib dlm hati
"mana lu punya jamban?..tanya NUjib dgn marah. " Beelaaakng..." kata alok agak gigil...
10 mnt kmdian alok dengau najib jerit" woi alok ,lu sini mari..ini wa bukti sama lu aaa...lu tak kasi wa streika baru wa sondol jubo luu..". Gigil2 alok jengah dlm jamban.." Haiya....ini mcm pun ada kaa...takpa2 lu sikalang angkat ini streika ,waa kasi baru pasai lu ala bukti maa". Najib balik suka hati beritau isteri sisemah birat abg beli sterika baru. Mlm tu Semah Birat pasang badan pasal dpt sterika baru. Tunggu2 najib tak masuk bilik. Mana pegi owgtua ni, bisik hati semah. Dia keluar jengah kat depan tak de, kat beranda takde...lalu dia kedapur. Tiba2 dia dengau bunyi owg mngerang..arggh...arghh...
Kau owg tau NUjib buat apa...
tengah try Ice box beb, wa ckp lu.... nak ice box baru..kah.kah.kah.
MOTS - lupikir la sundri..

Tanpa Nama berkata...

salam gb,

rakan2 sekelian minta harap bersabar, pembalasan kepada mereka yg terlibat dgn kes fitnah ini akan kunjung tiba x lama lagi.
harap bersabar, ALLAH itu maha berkuasa & adil kepada hamba2Nya.

kita tunggu & lihat!

abu shahid berkata...

Salam bro GB..

Tahniah diatas ulasan tuan yang mantap dan terang untuk rakyat Malaysia khususnya.

Walaupun tuan tidak sependapat dengan Anwar dalam lain hal tetapi demi Kebenaran dan Keadilan tuan persembahkan apa yang perlu Anwar dapat dari Mahkamah malaysia.