16 Apr 2011

Lintas Lansung PRN Sarawak - PR Berpeluang Besar [updated]

Lintas lansung PRN Sarawak:

The Malaysian Insider melaporkan Pakatan Rakyat dilihat berpeluang besar untuk menguasai lebih banyak kerusi ekoran keputusan tidak rasmi menunjukkan gabungan tiga parti komponen itu mendahului di beberapa pusat mengundi.

Pakatan Rakyat yang optimis apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata jumlah keluar mengundi setakat ini “lebih tinggi daripada biasa”, dipercayai mereka mampu untuk menggantikan kerajaan negeri sedia ada.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak Tan Sri George Chan Hong Nam berkata jumlah keluar mengundi yang mengejutkan itu akan mengekalkan penguasaan kerajaan BN.

Beliau menjelaskan jumlah pengundi yang keluar awal perkara biasa dan kebanyakannya adalah penyokong BN.

“Lebih dari 30 peratus sudah keluar mengundi. Ada kawasan yang agak sukar kerana ia kebanyakan pengundi Cina. Tapi peratus mengundi sekarang bagus.

“Ia sesuatu yang bagus bagi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) kerana biasanya pengundi yang berumur akan mengundi pada waktu pagi sementara yang muda pada tengahari. Ini petanda yang baik,” katanya.

Chan, yang juga Presiden SUPP berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau tapi berkata ia persaingan yang sengit menentang calon DAP Ling Sie Kiong.

SPR pada tengah hari tadi berkata kira-kira 800 dari 1,749 pusat mengundi sudah ditutup.

Pada pukul 2 petang tadi, PKR dilaporkan mendapat keputusan yang positif sekurang-kurang enam kerusi - Ba’Kelalan, Tebedu, Layar, Krian, Kakus and Tamin.

Di Ba’ Kelalan, pertandingan yang sengit Pengerusi PKR Sarawak dan disebut-sebut bakal ketua menteri - Baru Bian dilaporkan menang dengan keputusan tipis mengatasi anak saudaranya dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDB) Willie Liau.

3.40pm: Dalam satu tweet, Lim Kit Siang berkata beliau terbang ke Kuching dari Sibu. Katanya, bukan sahaja calon tetapi semua pemimpin politik dalam kebimbangan kerana keputusan terbuka luas”.

3pm: Calon Sibu DAP bagi Pelawan, David Wong mendakwa berlaku kejadian membeli undi di Bahagia Jaya - kawasan pinggir bandar berpenduduk Iban dan Melayu - di mana ribuan pemilih akan mengundi hari ini.

“Saya telah diberitahu bahawa orang ramai beratur untuk mendapatkan wang, tetapi saya tidak panggil polis,” katanya, sambil menambah, usaha itu hanya sia-sia kerana perkara itu sukar hendak dibuktikan.

Pelawan merupakan kawasan bandar berpenduduk majoriti Cina dengan pengundinya terdiri daripada 89 peratus Cina ,7 peratus Melayu dan 4 peratus Iban.

Calon BN, Vincent Goh Chung Siong dari BN-SUPP menang dengan majoriti besar 8, 445 undi pada 2001, tetapi ia kemudiannya menjunam kepada 263 undi pada 2006.

Dalam pilihan raya kecil parlimen Sibu tahun lalu, calon BN SUPP kalah dengan 5,600 undi.

Ramai yang meramalkan BN mungkin kalah kerusi tersebut
.

2.50pm Seorang petugas PAS, Mohammad Izan Yaakob, telah meninggal dunia secara mengejut di bilik gerakan induk PAS, dekat Pusa di Beting Maro tengahari tadi. Alfatihah.

Ia berlaku, ketika Mohammad Izan dari Machang, Kelantan, sedang berbual di bilik gerakan tersebut.

2.45pm: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hampir dua pertiga atau 1,038 pusat pengundi telahpun ditutup setakat jam 1 tengah hari ini dan kebanyakannya adalah di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Menurutnya walaupun kawasan terbabit telah ditutup awal iaitu seawal jam 9 pagi namun proses pengiraan undi hanya boleh dilakukan bermula jam 12.30 tengah hari ini.

SPR juga, katanya, yakin jumlah yang keluar mengundi selepas waktu tengah hari ini bagi semua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka melepasi 50 peratus.

1.56pm: Kuching (Batu Lintang) Satu palam elektrik di pusat mengundi Maksab berasap, menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menutup sementara pusat itu. Sebuah kereta bomba dilihat beredar dari pusat tersebut yang mempunyai 559 pengundi. Pusat itu dijangka dibuka semula setengah jam lagi. Ejen pengundian menganggarkan separuh daripada pengundi sudah keluar mengundi.

1.40pm: Miri. Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, mengesahkan secara tidak rasminya, jumlah pengundi muda yang keluar mengundi di dua kerusi yang ditandingi DAP - Pujut dan Piasau - hanya 40 peratus sehingga jam 12 tengahari, lebih rendah berbanding dengan pengundi dewasa.

“Kami telah menghantar SMS meminta mereka keluar mengundi," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini.

1.20pm Stesen radio berbahasa Cina milik kerajaan - Ai FM - melaporkan kira-kira 40 peratus telah keluar mengundi.

1.15pm Pengiraan undi di kerusi yang ditutup awal, menunjukkan PKR mendahului di Layar, Meluan, Kakus, Tamim, Jepak, Tasik Biru, dan Ba'Kelalan. BN mendahului di Saribas.

1pm: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 21.71 peratus atau 233,134 pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 12 tengah ini.

12.49am: Keputusan tidak rasmi dari ibupejabat PKR:

Kakus

PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1



Tamin

PKR - 113
BN - 38


Kedua-dua kawasan majoriti Iban itu, nampaknya undi beralih kepada Pakatan. Tetapi ia adalah keputusan awal tidak rasmi.

12.25pm: Satok (Kuching): Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat Satok dengan diiringi penyandang kerusi tersebut, Datuk Abang Johari Abang Openg. Turut mengiringi beliau ialah kira-kira 20 orang, termasuk mereka yang sebelum itu memberitahu ejen PKR supaya "balik kampung".

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mengunjungi kawasan majoriti Melayu-Melanau pada sebelah paginya,.

Pada 2006, Abang Johari memenangi kerusi tersebut bagi kali ketujuh dengan majoriti di bawah 3,000 undi.

12.30pm: Ba'Kelalan - Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, yang juga calon bagi kerusi Ba'Kelalan, memberitahu Malaysiakini bahawa proses pengundian bagi kerusi tersebut sedang berjalan lancar.



Menurutnya, semua pusat mengundi di kawasan itu akan ditutup pada jam 1 tengahari. Kerusi itu mempunyai 6,958 pengundi. Keputusan tidak rasmi akan diketahui selepas jam 2 petang.

Pengiraan undi telahpun bermula di pusat mengundi yang telah ditutup.

Keputusan tidak rasmi setakat ini:

PKR - 245 undi
BN - 223 undi


12.10pm: Bukit Saban - 29 daripada 34 pusat mengundi bagi kerusi Majoriti Iban ini telah ditutup pada jam 12 tengahari

Semua pusat mengundi itu, yang terletak di rumah panjang, ditutup antara jam 11 dan 12 tengahari. Proses pengiraan undi sedang berjalan.

Bukit Saban, sebuah kerusi luar bandar di bawah kawasan parlimen Betong, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandangnya, Robert Lawson Chuat (BN-PBB), Dayrell Walter Entrie (SNAP) dan Edward Jerah (PKR).

Di pusat mengundi di SK Suri, yang hanya mempunyai 265 pengundi, "BN" paling kerap kedengaran di bilik kiraan undi, manakala "PKR" kedengaran sekali-sekala, dan hampir kedengaran 'SNAP".

Peratusan keluar mengundi ialah 79 peratus dengan 210 pengundi.

11.54am: Piasau (Miri) - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin bermesra dengan para pengundi di SJK(C) Chung Hua Lutong yang merupakan salah sebuah pusat pengundian bagi kerusi Miri.

Pusat pengundian itu terletak berhadapan dengan pejabat Petronas, yang mempunyai kakitangan yang ramai di bandar tersebut.

Ketika ditemui, ahli parlimen Miri dari SUPP itu berkata, beliau masih tidak pasti tentang sentimen para pengundi.

"Mungkin ia akan lebih jelas pada sebelah petang ini."

11.35pm: Satok (Kuching) - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengundi di SK Merpati Jepang, beberapa minit selepas pertengkaran antara pemimpin PBB dan ejen PKR berakhir.

Beliau tiba dengan menaiki kereta Rolls Royce warna perak dan berkata beliau optimistik tentang peluang BN hari ini.

Ditanya mengenai ramalan yang BN mungkin kehilangan 30 kerusi, Taib kata: "Saya akan membuktikan mereka silap."

Beliau juga menolak tanggapan bahawa beliau percaya perkara
tahyul, tetapi berkata pilihan raya negeri diadakan pada masa yang tepat.

Ketika hendak Taib beredar, dengan diiringi calon BN Satok dan timbalan presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg, sekumpulan ejen PKR smelaungkan "Reformasi!"

Sementara itu, Datuk Fadillah Yusof berkata ejen PKR tidak faham bahawa orang ramai menggunakan pintu masuk yang berbeza kerana mengundi di saluran yang berlainan di kompleks tersebut - setengahnya di sekolah rendah, manakala yang lain di sekolah menengah.

Penyokong PBB memberitahu ejen-ejen PKR supaya "balik semenanjung". Polis meminta hadirin yang telah semakin, mencecah kira-kira 50, supaya beredar keluar dari lingkungan 50 meter dari pusat pengundian.

Kecuali insiden tersebut, hari pengundian adalah tenang di Satok.

11:35am: Beting Maro - Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, beliau yakin PAS berpotensi besar menang di Beting Maro dan dua lagi DUN.

"Kalau tak menang, paling kurang pun undi akan meningkat (pada kita)," katanya ketika ditemui di Kampung Hilir, Pusa.

Turut ditemui ialah calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang mengunjungi SJKC Chung Hua - pusat pengundian terbesar di DUN ini dengan lebih 1,000 pengundi di DUN ini.

Ketika ditemui pemberita, beliau kelihatan yakin selepas menemui sebahagian penduduk di Beladin – daerah mengundi terbesar dalam Beting Maro.

"Tidak kisahlah berapa majoriti, asal menang sudah," kata nya yang sering disapa isyarat "peace" (nombor 2).

Abang Ahmad merupakan calon nombor dua di kertas undi.

11.25am: Padungan (Kuching) - Kontroversi kecil berlaku di Sekolah Rendah Song Kheng Hai apabila pengundi mendakwa terdapat tandatangan di kertas undi. Mereka bimbang ini akan dianggap sebagai undi rosak.

Petugas DAP, Johnny Ng berkata isu berkenaan telah diselesaikan dengan pegawai pilihan raya silap menandatangani di kertas undi berkenaan.

"Dia ikut peraturan lama. Peraturan baru sekarang tidak perlu sebarang tandatangan,” kata Ng.

Menurutnya, pegawai berkenaan juga memberi jaminan bahawa sebarang bantahan berhubung perkara itu semasa pengiraan undi akan ditolak.

Sekolah ini adalah pusat pengundian bagi kerusi Padungan yang menyaksikan pertandingan antara penyandangnya Dominique Ng (Bebas), Wong King Wei (DAP) dan Sim Kiang Chion (BN).

11.05am: Beting Maro - Kebanyakan pusat pengundian sibuk sejak awal pagi ini kerana ramai menjangkakan hujan pada sebelah petang.

Tiada kakitangan atau pekerja parti yang kelihatan berkempen. Keadaan dilaporkan tenang dan lancar.

10.56am: Simanggang - DAP membuat laporan kepada polis dan SPR bahawa BN terus mendirikan 'pondok panas' di dalam kawasan pusat pengundian di SK Sri Aman Kampung Muhibbah manakala kain rentang BN juga dipasang dalam lingkungan 50km.

Pemimpin DAP, Teresa Kok yang membuat aduan itu berkata selepas mereka membantah BN bersetuju memindahkan 'pondok panas' mereka di luar kawasan larangan dan menurunkan kain rentang.

Simanggang adalah kerusi majoriti penggundi Iban yang menyaksikan pertandingan antara calon DAP Leon Donald dan calon SUPP Francis Harden. Ia dianggap kerusi kelabu bagi BN yang terletak di p[ekan kecil Sri Aman ini.

10.48am: Dudong (Sibu) - Calon DAP bagi kerusi Dudong Yap Hoi Liong mengundi di SK Bandaran Sibu No 2.

Bila ditanya siapa yang dia undi, secara berseloroh Yap berkata, "Undi saya adalah rahsia, anda pun tahu. Dengan bertanya demikian, anda sudah melakukan kesalahan pilihan raya."

Beberapa pengundi memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada DAP.

Ketika hendak keluar, Yap terserempak dengan pencabarnya dari SUPP, Tiong Thai King, yang ahli parlimen Lanang.

Ketika ditemui, Tiong enggan bercakap dengan pemberita Malaysiakini.

admin: Sejumlah 213 orang calon ber tanding bagi merebut 71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri Sarawak yang ke 10

9:31 prkpas:
N24 Beting Maro - Di SK Pusa, pondok panas PAS mendapat sambutan hangat apabila dikerumuni orang ramai yang memeriksa saluran mengundi mereka.

Pusa merupakan pekan terbesar dalam Beting Maro. Sebanyak 90 peratus pengundinya Melayu.

9:29 prkpas:
N24 Beting Maro – Cuaca dan keadaan trafik baik. Bagaimanapun, di sungai berdekatan - Sungai Saribas - agak sibuk apabila pengundi keluar masuk melalui bot daripada kampung seberang sungai.

9:18 admin:
N3 Tanjong Datu - Calon PAS berada di UPU Seling, Sekolah Kebangsaan Bumiputera Lundu. Seramai 904 pengundi berdaftar yang layak mengundi di sana.

9:17 prkpas:
N22 Sebuyau : Cuaca di Dun Sebuyau dilaporkan mendung.

Terdahulu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR, meluluskan peruntukan sejumlah RM45 juta bagi mengadakan pilihan raya negeri Sarawak kali ini untuk keperluan logistik. (24 helikopter, 4,124 kenderaan pacuan empat roda, 919 perahu panjang dan 63 bot laju)

8:40 prkpas:
Tidak terkecuali pasukan Unit Amal PAS yang siap siaga untuk bertugas mengawal keselamatan petugas parti, bilik gerakan dan pengundi.

8:39 prkpas:

Petugas jentera PAS sudah mula mengambil posisi kerja masing-masing sejak awal pagi lagi. Mereka kelihatan bersemangat bertugas bagi memenangkan calon PAS.

8:38 admin:
N3 Tanjong Datu - Calon PAS, mula bergerak meninggalkan pusat mengundi dan menuju ke UPU Perigi. Seramai 151 pengundi berdaftar di UPU Perigi.

8:34 prkpas:
N24 Beting Maro : Calon PAS sedang melawat di pusat membuang undi SMK Beladin
Saturday April 16, 2011 8:34 prkpas

8:34 admin:
N3 Tanjong Datu - Calon PAS berada di UPU Pueh. Suasana tenang dan sehingga kini lebih 150 orang daripada jumlah pengundi 416 sudah membuang undi di UPU ini.

8:29 prkpas:
Setakat suku keempat 2010, seramai 979,796 pengundi telah berdaftar dengan SPR dan layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.

Daripada jumlah itu, 961, 433 adalah pengundi biasa manakala 18,363 pengundi pos.

8:25 prkpas:
Untuk pilihan raya Sarawak kali ini membabitkan 1,749 pusat mengundi dan 2,561 saluran pengundian.

8:13 admin:
N3 Tanjong Datu - Calon PAS sedang menuju ke UPU Sebat. Ada seramai 380 pengundi berdaftar yang layak mengundi di sana.

8:05 admin:
N3 Tanjong Datu - Calon PAS Nani Sahori melawat UPU Sematan. Jumlah pengundi di UPU Semantan seramai 817 orang

7:49 admin:
N22 Sebuyau - Perlawanan tiga penjuru
1. Haji Adam bin Ahid (PAS)
2. Julaihi Narawi (BN-PBB)
3. Ali bin Semsu (Bebas)

Pilihan raya negeri 2006, menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara Julaihi dan calon PKR, Mohamed Akek. Julaihi yang memperolehi 3,748 undi menewaskan Akek, 1,300 undi dengan majoriti 2,448 undi.

Jumlah Pengundi: 8,042
Malay/Melanau: 64.26%
Chinese: 3.85%
Iban: 31.77%
Bidayuh: 0.11%

7:48 prkpas:
Statistik Pengundi Muara Tuang:

Jumlah Pengundi: 18,820

Malay/Melanau: 52.65%
Chinese: 15.63%
Iban: 18.85%
Bidayuh: 11.45%
Others: 0.42%

7:46 prkpas:
N15 Muara Tuang : Pada 2006, Ali menang di DUN dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi).

7:46 prkpas:
N15 Muara Tuang : Noraini hampir menang percuma di DUN ini semasa sesi penamaan calon tempoh hari apabila Ali gagal mengemukan penyataan kewangan pilihanrayanya bagi tahun 2006 sebelum tempoh penamaan tamat.

7:43 prkpas:
N15 Muara Tuang : PAS meletakkan calon wanita di N15 Muara Tuang, Noraini Hamzah yang akan menghadapi tentangan dari BN-PBB yang diwakili oleh Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, adik kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri.

7:37 admin:
N20 Sadong Jaya - perlawanan tiga penjuru
1. Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi (PAS)
2. Aidel Lariwoo (BN-PBB)
3. Mahayudin Wahab (Bebas)

PRN 2006, calon BN-PBB Wan Wahab Wan Sanusi menewaskan calon PKR, Plee Ling dengan majoriti 858 dengan mendapat 2,715 undi berbanding 1,857 undi yang diperoleh oleh Plee.
Jumlah Pengundi: 7,656 Malay/Melanau: 82.84% Chinese: 7.64% Iban: 9.42% Orang Ulu: 0.01% Others: 0.09%

7:31 admin:

N3 Tanjung Datu - Statistik Pengundi:

Jumlah Pengundi: 7,936
Malay/Melanau: 53.06%
Chinese: 19.63%
Iban: 17.34%
Bidayuh: 9.97%

7:29 admin:
N3 Tanjung Datu - Pada pilihan raya negeri tahun 2006, Adenan menang kerusi ini dengan mendapat 4,545 undi menewaskan Sobey Daud, PKR (409) dan Larry Dominic Linang, Bebas (357).

7:24 admin:
N3 Tanjung Datu - perlawanan tiga penjuru
1. Tan Sri Adenan Satem (BN)
2. Nani Sahori (PAS)
3. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)

7:22 prkpas:
Pada pilihan raya negeri 2006 sebelum ini N24 Beting Maro dikuasai BN melalui calon mereka Bolhassan Haji Di.

7:21 prkpas:
Beting Maro mempunyai komposisi kaum Melayu/Melanau 90.99%, Cina 2.28% dan Iban 6.73%.

7:15 prkpas:
Calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus akan ditentang calon BN, Razaili Gapor sekaligus menyaksikan perlawanan satu lawan satu bagi Dun Beting Maro.

7:03 prkpas:
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini bakal menyaksikan 5 kerusi DUN yang dipertandingkan PAS iaitu N3 Tanjung Datu, N15 Muara Tuang, N20 Sadong Jaya, N22 Sebuyau dan N24 Beting Maro.












TAMAT KEMASKINI

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,
masa dalam kempen, kata peluang PAS untuk menang di Beting Maro cerah..dan akan lahirkan anak sulung di situ..tp sekarang nampak lain citer...BN dah menang walau secara tk rasmi...

Putra IJ80 berkata...

Quote"2.50pm Seorang petugas PAS, Mohammad Izan Yaakob, telah meninggal dunia secara mengejut di bilik gerakan induk PAS, dekat Pusa di Beting Maro tengahari tadi.

Ia berlaku, ketika Mohammad Izan dari Machang, Kelantan, sedang berbual di bilik gerakan tersebut"unquote.

Innalillahiwainnailaihirajion.

Salam Takziah untuk keluarga.

Smuga warga PAS berdoa agar Roh nya di limpahi Rahmat,dan diletakan di kalangan orang yg.beriman.

Alfatihah.,Aminnnn..

Tanpa Nama berkata...

PAS kena lakukan tranformasi jika mahukan Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya???? DAP memang pengundi melayu & Cina bandar akan memberi solid sokongan.....PAS kena mainkan peranan untuk meningkatkan kemenangan di negeri yg majoriti melayu.