20 Mac 2011

Lelaki Pakistan Nikah Wanita Malaysia Sebab Mahu Dapatkan 'PR' & 'MyKad'

Kangar: Ramai penjual karpet warga Pakistan dikesan berkahwin secara mudah dengan wanita Melayu di selatan Thailand, dipercayai dengan niat tersembunyi untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap (PR) dan seterusnya kad pengenalan atau MyKad agar boleh terus tinggal dan berniaga di Malaysia.

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Encik Mohd Aini Atan, berkata sepanjang tahun lalu, 45 kes perkahwinan membabitkan wanita Malaysia dengan lelaki Pakistan direkodkan di selatan Thailand dengan sebahagian besarnya dilakukan di wilayah Songkhla.

Menurutnya, jumlah perkahwinan membabitkan lelaki Pakistan itu adalah yang tertinggi berbanding lelaki negara lain - iaitu sembilan melibatkan warga Bangladesh, lapan warga India dan tiga Nepal.

'Kami percaya mereka bernikah di selatan Thailand menggunakan jurunikah yang diiktiraf pihak berkuasa agama Islam Malaysia dan kemudian mendaftarkan perkahwinan dengan kami untuk tujuan pengesahan,' kata Encik Mohd Aini.

'Pihak berkuasa Malaysia perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung perkahwinan di selatan Thailand, terutama yang melibatkan warga Malaysia dengan penduduk dari benua kecil India iaitu Pakistan, India, Nepal dan Bangladesh, juga warga asing lain dari seluruh dunia.

'Ini kerana kami curiga perkahwinan itu dilangsungkan dengan niat tersembunyi iaitu ingin memudahkan usaha mereka mendapatkan PR dan MyKad,' kata beliau. -hm



Jual anak tebus hutang karpet

Hashimah, 29 dipaksa ibu untuk bernikah dengan lelaki penjual karpet bangsa Pakistan yang bernama Bakti.

Kes kali ni melibatkan si ibu yang sanggup menjual anaknya dengan menikahkan pada si tukang karpet gara-gara si ibu yang tidak dapat menjelaskan hutang karpetnya. Ibu berkenaan tidak dapat menjelaskan hutang karpet sebanyak RM3000. Dia dikatakan membeli 4 helai karpet secara ansuran bulanan sebanyak RM30.

Oleh kerana si ibu tidak dapat jelaskan hutang berkenaan maka penjual karpet berkenaan meminta syarat supaya mengahwinkan anak kepadanya untuk melangsaikan hutang. Owh begitu mudah si ibu bersetuju sanggup jual anak.

Apa jadi selepas tu? Selepas 6 bulan perkahwinan, dia ditinggalkan begitu saja tanpa berita hah! padan muka. Dalam tempoh perkahwinan tersebut banyak rahsia penipuan terbongkar antaranya suami cuba menjual karpet dengan harga sekitar RM400 kepada penduduk kampung.P adahal karpet tersebut diambil dari kawannya dengan harga RM65 sehelai sahaja. -yokboktam



11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

agaknya...strategi sama digunakan oleh mereka yg berketurunan india, pakistan dll...hingga berjaya sampai ke puncak kuasa dan menguasai kekayaan negara. bahkan membahagikan pulak kpd anak pinak mereka.

sejarah berulang kembali.

Tanpa Nama berkata...

Itulah hasil produk UMNO/BN memerintah selama ini yang ingin melihat Melayu terus bodoh dan mundur.

Mereka lihat orang Melayu kuat berpegang dgn Agama..

lalu mereka hentikan tulisan Jawi dari mata pelajaran disekolah-sekolah Kebangsaan.

Mereka sekatkan bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat, dengan tujuan supaya sekolah-sekolah berkenaan akan tutup.

Mereka hina Ustaz-Ustaz dan Ulamak-Ulamak supaya masyarakat tidak hormati para agamawan.

mereka sabotaj negeri-negeri yang mejoriti kaum Melayu/Islam seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain agar rakyat Melayu/Islam mundur dan ketinggalan dalam bidang ekonomi.

Mereka jadikan hari Ahad sebagai hari cuti bekerja dan tidak pada hari Jumaat.

Inilah agenda untuk melemahkan orang Melayu Islam.

Tanpa Nama berkata...

Bukan sekadar orang Pakistan,Bangladesh dan Indon pun ramai yang kahwin perempuan Melayu sebab nakkan MYkad Malaysia.Perempuan-perempuan Melayu ni tak tahu pulak Pakistan dan Abang Bangra tu dah ada isteri dinegara masing-msing.Terkini,ramai pulak perempuan Melayu yang sukakan Mat Gagak.Tak taulah apa nak jadi 1Malaysia ni.

Tanpa Nama berkata...

Itu rezeki masing-masing. Ramai gak wanita melayu yg kena rogol, kena tipu dan kena jual kat boyfriend Melayu. Ramai gak wanita melayu yang terbela kawin dengan lelaki Pakistan yang pandai berniaga dan rajin cari duit.

Tanpa Nama berkata...

Ya betul. Sy kahwin dgn suami org pakistan dah hmpir 4 thn. (kahwin ikut undang2 malaysia ya). Suami sy tk ingin langsung dgn mykard PR. Tak ingin langsung dia nk apply katanya utk apa tak ada beza. Lebih ramai org dengki dan benci lagi ada. Suami sy rajin bekerja dan tk pernah menyusahkan saya. Malah soal agama pun dia selalu igtkan sy. Tu yg penting. Katanya lagi hebat sgt ka mykard 2 blh tukar dgn berlian atau blh dpt elaun apa2? Bumi allah ni di mana pun kita blh duduk tk perlukan kad2 seumpamanya itu asalkan kita berbuat baik pd semua org dan ikut undang2. Jadi jgn la kita menuduh org suka2 hati. Bkn semua org luar ni jahat atau ada agenda tersendiri. Jgn kita ckp seolah org malaysia ni semuanya baik2 ja.. Semua insan ada baik ada jahat , tak kira bangsa. Terpulang pd diri sendri lah..

Tanpa Nama berkata...

Sye setuju. Sye pon bercinta dengan lelaki pakistan. Walaupun die selalu cemburukan sye, sye percaye ade sebab kenape die begitu. Die nk sy jadi seorang wanita yang setia dalam cinta. Die juge tak harapkan pr or ic.. die dengan bangganye memberitahu keluarge dipakistan mengenai perhubungan kami. Ibu dan ayahnye meresetui perhubungan ini. Insyaallah tahun nie kami akan menikah... harap dipermudahkan segala urusan.

Unknown berkata...

assalamualaikum.sy juga stuju..sy juga kini sedang berhubung dengan seorang hamba ALLAH,warga PAKISTAN mix ARAB..beliau juga adalah anak yatim piatu..Alhamdulillah,pertemuan ini sudah diaturkan oleh ALLAH.setelah lama kami berhubung,alhamdulillah,hidup saya semakin tenang..disebabkan dia selalu mengajar saya tentang agama..dan saya juga mengajarnya tentang erti ketabahan seorang anak yatim piatu..beliau hidup sebatang kara dan ingin menumpang kasih sayang ibu&ayah saya.Doakan dia,mencapai sgala hasratnya untuk menjadi imam keluarga kami nnti..ALHAMDULILLAH,kami bertemu kerana ALLAH,dan in sha allah kami akan diijabkabulkan tahun depan..AAMENNN!!

Tanpa Nama berkata...

Lelaki melayu tak diajar tertib untuk beradab dengan anak dara orang,cuma perempuan melayu je yang diajar semua tatasusila tu,tapi contohnya Dari negara mereka Bangla dan Pakistan dan Nepal memang dah diajar cara beradab dan dipraktikkan untuk menghormati perempuan dan mereka sama tarafkan kedudukan perempuan bukan muhrim atau muhrim adalah sama macam ibu kandung mereka sendiri dan,lelaki melayu tak da macam tu ada belajar beradab macam tu,lagipun laki melayu memang tak bela nasib si Dara..

Unknown berkata...

Walaupun saya lelaki melayu, tambah lagi saya ada darah jawa, mamak, Pakistan, rata-rata orang sana ada yang baik-baik belaka, kalau yang taat kepada Islam, lagi bagus perangai depa

Unknown berkata...

Nk tanya yee kak, sya cina, dan laki sya warga pakistan Dan ingin berkawin, mcm mne ke cara dia? Kami brsma dh 5 taun...

Lemon berkata...

bf saya juga pakistan