Eskay mahu Anwar jawab lima soalan, dakwa video seks ‘anugerah Allah’
“Datuk T”, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”
Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.t.
Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.
Pertemuan semalam turut dihadiri seorang lagi “Datuk T” iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ia disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif.
Kata blog itu, Shazryl Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah “jawapan dari Allah s.w.t.”
“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk ‘check and balance’.
“Saya bukan ahli Umno dan mana-mana parti pun. Tetapi, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga,” katanya.
Bagaimanapun blog itu memetik Shazryl Eskay berkata, “tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat ditipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan.”
Malah Eskay juga berkata, beliau tidak mahu penyokong-penyokong Anwar menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian, Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.
“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak,” katanya.
Jumaat lalu, Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl Eskay ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar dari arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, 21 Mac lalu.
Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.
Menurut Mohamad Mahti, Shazryl Eskay marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.
“Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata ‘saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun,” katanya.
“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan,” Shazryl Eskay dipetik berkata.
Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah “pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?”
“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay.
“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.
“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa. -TMI

14 ulasan:
"Jangan paksa saya dedahkan semua itu… ?"
Berapa banyak kali nak ugut ? Datuk Seri Anuar dah kata, kalau ada yang tak betul tentang dirinya sila kemukakan pada khalayak ramai.
Ini kerana sudah 13 tahun perbuatan memfitnahkan beliau masih tidak ada bukti sahih yang boleh menuduh beliau sebagai mana fitnah itu dicipta.
Zaman Tun Mahathir, boleh lah guna fitnah nak jatuhkan orang, nak aibkan orang kerana waktu itu TV3, RTM, Utusan, Berita Harian mengawal segala maklumat.
Sekarang, kalau Tun Mahathir masih berkuasa lagi pun akan terlungkup sama seperti yang dialami oleh Datuk Seri Mohd. Najib Razak kerana kebenaran boleh dicari dihujung jari.
Dedahlah... apa yang nak ditunggu lagi. Tipu kah ?
TAMBI CIT!!!!! POOOOOOOOOORAH!!!!
Saya adalah sahabat karib Anuar....
Pooooorahhhhhhhh...
Sahabat baik bukan itu macam la....
Lu bukan sahabat....lu hantu berkepala iblis.
Dedahkan lah sekarang kalau lu PERASAN sahabat yang baik....kah..kah..kah...
dedah ajelah kalu dah tahu. buat ape nak main psycho pulak. dah ade dedah itu aje. tak perlu nak bebal dan ugut2 mcm nie.
woiiiiiiiiiiiiii... eskay nmpk ko ni pun x jujur gak.. kalu dh org x nk tlong jgn la paksa.. pastu org x nk tlong ko plak yg sbuk2 nk buruk2kan org tu buat apa wooiiii.. ko ni mmg banggang btul la eskay.. sia2 je ko gi mekah..
Ini bukan penunjuk Allah swt tapi penunjuk syaitan laknatullah. Hanya munafikun dan orang fasik yang percaya akan kata-katanyta.
Kalaulah dia kawan baik DSAI, sudah tentu dia menasihat DSAI jangan melakukan "perbuatan" ini dan bukan mendedahkan kepada khalayak ramai. Lagipun ianya amat dilarang agama kita iaitu agama Islam. Ini bukan tentang rasuah atau salah guna kuasa tetapi hal yang melibatkan "kemaluan" yang amat dilarang untuk didedahkan.
Entahlah, la ni dah ramai munafikun dan orang fasik bercakap tentang kebaikan agama tetapi .....
Saya ni bukan anwar punye fan, mahupon ahli umno tapi the way i see this issue pemimpin
dah takmampu menunjukkan pemimpinan yang baik, pergi menyerang org lain
Secara peribadi pulak. Kan lebih baik focus jer kepada pembangunan negara dan ummah.
Semua org ada dark side, takperlu mencari keburukan org utk meraih undi. Kalau kite buat keje
dgn betul, adil dan amanah insya-Allah semua berpihak kepadanya. Lagipon
mendedahkan keaiban org adalah sangat keji disisi Islam walaupon perkara itu benar.
alar...kalu betulpun aku x kesah,itukan cter lama,setiap org ada buat kesilapan dan kesalahan...yg penting dah bertaubat dan memohan keampunan dengan yg maha Esa..itu dia dengan tuhan,biarlah Allah tentukan.Isu peribadi x perlu di heboh2kan..yang penting ia dah bertaubat dan selagi ia menjaga kepentingan rakyat aku tetap mengokong DSI...SELAMATKAN MALAYSIA...
Alhamdulillah, betullah anugerah Allah SWT... BAGI mrmbuktikan atau menunjukkan siapa eskay sebenar.... pengedar bahan lucah, pertakan, ... sekarang dah semakin naik toncang .. sudah jelas lagi bersuluh..... syaitan sudah menguasainya.... dengar saja apa katanya.... hajinya hanyalah satu pembohongan..... sebagai dalih.... hatinya sudah dikuasai syaitan.... dia semakin bertekad untuk membuat onar.... dendamnya sudah jelas kepada Anwar!!!! Tangkap saja!!!
Mamat ni nak tambah saham dalam firma Fitnah Video untuk dapat dividen lumayan di Padang Mahsyar kelak.
Mentang2lah UMNO, polis dan mahkamah di belakangnya boleh la cakap kosong.
Aku lebih jijik dengan orang yang membuka keaiban orang lain. Sesungguhnya Allah akan membuka keaiban dia kelak.
Kepada Anwar, kalo semua ini betul, bertaubatlah.. sesungguhnya orang yang bertaubat itu mulia disisi Allah.. Insya-Allah... Semoga kita akan dihindari dari pemimpin yang suka membuli, yang lebih suka membuka keaiban orang lain daripada mencari jalan untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat...
E eleh....main suruh-suruh plak blogger tanya Anwar...lepas tu nak cakap pasal anugerah Allah...entah-entah alfatihah pun tak lepas.
Suci sangat ker ko tu? Nabi Muhamad S.A.W. yang Maksum tu pun tak pernah nak dedahkan keaiban orang...inikan pulak fitnah.
Ni apa kes kat Thailand plak? Cakap video tu kat KL....
Sudah...jangan cakap banyak. Pulangkan jam OMEGA aku!
kenapa dedah sekrang?kenapa selepas kejadian tak didedah?kenapa polis tak tahan org tayang video lucah tu?dimana pejabat ugama tak tangkap org yang berzina tu?ini dah sama macam kes pramugara terlampau....tapi dia org semua kena tangkap.kenapa nak pggil suruhanjaya di raja buat siasatan?apa kata kalu kes saman ekor atau saman bawak moto tampa lesen kita pun mintak suruhanjaya di raja siasat....kedua2 kes ini kekadang perlu dapat pertimbangan sewajar gak.
Catat Ulasan