Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia bertanding jawatan Timbalan Presiden atau Naib Presiden pada muktamar parti yang dijadual Jun ini, sekiranya mendapat pencalonan.
Namun, katanya, ia bergantung kepada sokongan ahli sama ada memihak padanya atau sebaliknya.
“Pencalonan belum selesai lagi, tengok lah sama ada undian berpihak pada saya atau tidak. Jika mendapat pencalonan tinggi, dan saya yakin boleh menang serta mampu pikul amanah ketika itu, saya terima lah,” katanya, selepas menyampaikan sumbangan RM300,000 kepada 33 buah sekolah bawah Hal Ehwal Sekolah Agama (Hesa) dan 25 sekolah pondok, semalam. Hadir sama, Pengerusi Hesa, Ahmad Yahya.
Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, keputusan muktamad berhubung perkara itu juga bergantung kepada faktor-faktor lain, antaranya kesihatan dan sokongan ahli yang padu.
“Saya tidak mahu menyibuk dalam hal (pencalonan) itu, tetapi kalau ada sokongan yang banyak dalam kalangan ahli, saya terima tetapi pada masa sama keadaan kesihatan kurang mengizinkan, saya perlu timbang semula,” katanya.
Menurutnya, keputusannya itu mungkin berubah mengikut keadaan terkini kerana tempoh pemilihan masih panjang.
Mengulas ura-ura yang bertiup kencang mengatakan Azizan akan bertanding bagi jawatan kedua atau ketiga tertinggi parti pada pemilihan kali ini, Azizan berkata, kalah menang bukan persoalannya, yang penting ialah kemampuan calon untuk memikul amanah.
“Dari 1990 sampai sekarang saya tak berhenti bertanding; ada menang, ada kalah. Itu perkara biasa. Saya juga pernah bertanding jawatan Naib Presiden dan kalah. Biasa lah, itu perkara kecil kerana kami bukan mahu rebut jawatan, sebaliknya mahu pilih yang paling layak,” katanya.
Azizan berkata, sekiranya ahli Pas memberi amanah kepadanya untuk berkhidmat kepada parti, dia tidak akan menolak, dan menerima dengan penuh tanggung jawab selagi mampu.
“Ini amanah, jika mampu, saya terima,” katanya.
Ditanya mengenai siapa yang layak memegang jawatan Timbalan Presiden parti, sekiranya Timbalan Presiden sedia ada, Nasharuddin Mat Isa tidak bertanding pada pemilihan kali ini, Azizan berkata, ahli perlu membuat penilaian sendiri dan pihaknya tidak berdepan masalah dengan mana-mana pemimpin Pas sebelum ini.
“Itu kerja ahli untuk menilai termasuk cadangkan nama calon. Saya tiada masalah walau siapa pun yang dilantik,” katanya.
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Nasharuddin akan membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu setelah tersebar khabar kononnya beliau tidak akan bertanding mempertahankan jawatan itu.
Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub telah menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan nombor dua itu, manakala Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa belum memberi kata putus berhubung perkara itu. -SH
Ulasan GB
GB angkat tangan tanda sokong.

8 ulasan:
Walaupun dia bagus, namun dia tak sesuai untuk berdepan dengan keganasan UMNO/BN dalam PRU13 nanti. Cengihnya diperlukan di Kedah.
Saya lebih berharap saudara Mat Sabu memimpin di peringkat Pusat. Dia mampu meratah UMNO dengan lidahnya sahaja.
Mereka yang dilihat 'Mesra UMNO' sila batalkan niat anda.
Tanding le. Tapi jangan tanding semata2 sebab nak pecahkan undi untuk calon bukan ulama sudah. Jangan tanding sebab nak hidupkan kerajaan perpaduang!!!
Saya lebih setuju Ustadz Azizan daripada lain-lain. Alasan:
1) Mohd Sabu - tiada ilmu Islam yang mencukupi untuk memimpin "harakah/jemaah Islam". Boleh memimpin organisasi sekular. Lagi pun tidak ada gerak kerja yang menonjol kecuali "crowd puller".
2) Tn Ibrahim - out sebab dia kelompok UG. Naib Presiden pun tak layak.
3) Mujahid - terlalu menampakkan keinginannya untuk jawatan. Ia tidak menepati fiqh harakah.
4) Nizar - masih terlalu baru. Perlu bertanding sebagai salah seorang Naib presiden dahulu.
Oleh itu yang jelas, Ustadz Azizan adalah tokoh paling layak untuk kerusi no. 2.
Sebuah Gerakan Islam perlukan pemimpin yang bukan saja petah dalam berhujah tetapi tahap ilmu yang maksima,bijak berhujah dan mampu mengawal anak jemaah.
Pendapat Ulama Berkaitan Fitnah Zina dan Politik Lucah
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
"Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?
hancur pas kalau mat sabu jadi pemimpin tertinggi
Sokong jika Dr Dzulkifli Ahmad jadi Timbalan Presiden. Ulamak pun ada, Profesional lagi ada. Siap boleh cakap arab dan baca teks arab ..engkau
Lebih baik Ust Azizan, dah jadi MB Kedah, dah ada pengalaman mentadbir sebuah negeri, boleh menjadi asset berguna utk jemaah.
Takdirnya, Ust Hadi menggantikan TG Nik Aziz sebagai Mursyidul Am, Ust Azizanlah yg paling layak jadi Presiden PAS.
harapnye statement sperti ini tak keluar drp seorg pemimpin drp parti yg saya harapkan utk memimpin negara, iaitu PAS..contohi la pemimpin2 Islam agung dulu2, sahabat2 nabi, yg begitu zuhud dan tawadduk, tidak mengharapkan pangkat tetapi lebih mencintai syahid..lihatlah peristiwa Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidillah yg masing2 menolak satu sama lain drp menerima jwtn khalifah, krn tkt gagal mentadbir dan membawa kpd kemusnahan Islam..lihat Umar Abd Aziz, yg menangis teresak2 apabila dilantik mnjadi khalifah, krn tkt tdk brlaku adil..selepas menjadi khalifah, hdp beliau smakin miskin drp sebelumnya, krn sume hartanya disedekahkn kpd Baitulmal..lihat Salahuddin al-Ayyubi Penakluk Jerussalam, xpnah tggl dlm istana, sbaliknye lbh sukekan khemah2 tentera..lihat Muhammad al-Fateh Penakluk Konstantinople yg mempunyai tentera2 yg tdk prnah meninggalkan solat, yg berperang di siang hari dan menjadi abid di wktu malam..adakah ada pemimpin di kalangan2 kita yg lebih baik drp pemimpin2 yg sy sebutkan td, shingga tdk malu mengoffer diri menjadi pemimpin?
-Hamba Allah yg cetek ilmu..
Catat Ulasan