Jurutera Perunding Didakwa Berhubung Kes Runtuhan Stadium
KUALA TERENGGANU: Seorang jurutera perunding pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kes runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini pada Jun 2009.
Wan Manan Wan Ali, 51, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen bertarikh 15 Januari 2009 iaitu dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 15 Jan dan 29 Mac 2009 di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu.
Dia didakwa memberi dan menandatangani dokumen berkenaan kepada Pengarah JKR negeri, Rosli Zainal, dan turut bertindak memperdaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong, untuk mempercayai dia adalah pemeriksa yang diiktiraf.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan. Hakim M.Bakri Abdul Majid menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Wan Manan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh diwakili Wan Zainuddin Wan Musa manakala pendakwaan dilakukan oleh Syafinas Shabudin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - BERNAMA

2 ulasan:
Inilah siKambing Hitam yg kena cekup Bakpe Si Tuan Kambing(Derih & The Gang)tak diundang sama.Bahalolnya kerajaan Ganu org macam ini pun boleh ditipunya.
Kambing hitam lagi? Banyak benor kambing hitam kat 1Malaysia nih.
Catat Ulasan