30 Jan 2011

Keluar Mengundi Awal, Petang Dijangka Hujan

Labis,Ramalan kaji cuaca menjangkakan cuaca di Dun Tenang pada sebelah pagi ini dijangka mendung dan hujan di waktu petang.

Pengundi bagi seluruh Dun Tenang dinasihatkan keluarkan mengundi awal pagi bagi melaksanakan tanggungjawab mereka memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, SPR juga katanya sudah mengambil langkah awal bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam 3, Pasukan Bomba dan Penyelamat, pihak polis dan juga Majlis Daerah Labis sekiranya banjir berlaku di kawasan mengundi.

Beliau juga masih optimis, sasaran 80 peratus pengundi akan keluar melaksanakan tanggungjawab mereka walaupun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak lima hari yang lalu di Tenang.

Menjelang hari pengundian hari ini, 12 pusat membuang undi di Dun Tenang dibuka di Unit Peti Undi Kampung Redong, Air Panas, Labis Utara, Labis Timur, bandar Labis Tengah, Bandar Labis, Felda Tenang, Kampung Sawah Baru, Tenang Station, Ladang Bukit Dato', Felda Chempelak Barat dan Felda Chempelak.

14,753 pemilih berdaftar diingatkan membawa bersama kad pengenalan masing-masing semasa membuang undi. -n05tenang



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"dijangka" apa ? memang hujan sejak semalam.

Tanpa Nama berkata...

Jaga...jaga?? Hujan-hujan nie.....UMNO dijangka akan menempatkan hantu syaitannya untuk membantu UMNO dpat mencapai majoriti 5000.