Loji minyak Petronas terbakar
Gambar: ASAP masih kelihatan pada sebahagian loji penapis minyak Petronas yang terbakar di Kerteh, Kemaman malam kelmarin
Kemaman – Sebatang paip bocor mencetuskan kebakaran kecil di kawasan loji penapisan minyak milik syarikat Petronas Penapisan Terengganu Sdn. Bhd. (PPTSB) yang terletak di Kawasan Perindustrian Kerteh, Kemaman di sini malam kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Khairulhasni Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengurusan loji tersebut pada pukul 11.54 malam.
Menurutnya, seramai 30 anggota bomba bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Kerteh, Balai Paka dan Balai Kompleks Petronas Kerteh dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.
Tambah beliau, sepasukan 30 pekerja dari syarikat loji penapisan minyak dikenali sebagai Emergency Response Team (ERT) turut membantu usaha memadamkan kebakaran itu.
“Kami berjaya memadamkan api kira-kira setengah jam kemudian dan menunggu sehingga pukul 3 pagi untuk menjalankan pemeriksaan rapi bagi memastikan api telah padam sepenuhnya,” kata di sini semalam. -kosmo
Ulasan GB
Sebab terbakar? GB kata: selagi tak bayar royalti, pesta kebakaran akan terus berlaku di dalam Petronas. Jangan salah faham, GB tidak doakan kebakaran atau apa jua bencana berlaku, tetapi membaca dari apa yang Allah TELAH turunkan, memahaminya dan kemudian melihat sebab-musababnya.
Ulasan GB sebelum ini di SINI.

3 ulasan:
Aku tersenyum bila dengar reta benda petronass ni musnah. Bukan apa, dah banyak kali aku baca GB dok peringat pasai kes tak bayag royalty minyak ni... Allah Maha Adil.
Salam,
Jgn la doakan sedemikian rupa.... sbb yg bersalah adalah pihak pemerintah....staf2 petronas kebanyakan penyokong PAS dan mereka mencari rezeki yg halal di plant2 petronas.... termasuklah pihak contractor......
kalau berlaku kebakaran atau bencana, selain dr ujian Allah, kita juga harus ambil iktibar... mungkin tidak menitikberatkan safety semasa bekerja atau semasa mengendalikan plant.......
Allah telah mengkabulkan doa rakyat Kelantan.InsyaAllah.
Catat Ulasan