Harga susu akan dinaikkan 30 sen bermula 1 Januari depan.
Kenaikan harga itu adalah untuk susu tin 400 gm dan 500 gm. Demikian dinyatakan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Lean Hing Chuan.
“Sekarang ini harga susu tin di dalam lingkungan RM2.40 ke RM3.20,” tambahnya dengan menyatakan pelarasan itu disebabkan peningkatan kos.
Pada bulan April lalu harga susu telah naik 5 sen. Kemudian susu dinaikkan lagi 10 sen pada Oktober lepas. Dan pada 1 Januari depan harga tersebut meningkat sebanyak 30 sen lagi.
Presiden Persatuan Peniaga Kedai Kopi Malaysia, Ngo Soo Boon menyatakan beliau percaya harga minuman akan naik awal tahun depan ekoran kenaikan harga barang.
“Ini bukan saja disebabkan kenaikan harga susu, tetapi kos-kos lain seperti upah dan sewa juga telah turut naik,” kata Ngo semalam.
“Ia adalah riaksi berantai berikutan kenaikan harga bagi lain-lain barangan.”
Ulasan GB
Tahniah 1Malaysia.
Apa yang GB kesalkan sedikit ialah konvensyen PR di Pulau Pinang lansung tidak sentuh dan tak beri perhatian terhadap kenaikan harga barang yang kini begitu membebankan rakyat. Yang dihebohkan hal-hal yang tak bersangkut-paut dengan rakyat secara lansung. Yang diperjuangkan ialah agenda pertahankan Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Kemudian menanam impian ke Putrajaya... Itulah berita yang banyak dipaparkan di dalam harakahdaily dan lain-lain media PR.
Kenaikan harga barang semacam tidak penting bagi pemimpin PR, almaklum, pemimpin PR pun ada yang dah kaya raya semacam pemimpin UMNO BN juga. Tak kisah lagi harga minyak, gas, gula, susu dan lain-lain keperluan naik. Kasihan rakyat marhaen.
Malah hal blogger yang hangat diperkatakan dewasa ini lansung tidak ada di dalam agenda konvensyen. Tak penting, menurut YB-YB PR.
Angan-angan PR tinggi melambung tapi prioriti perjuangan tak berjejak di bumi nyata. Tak tengok airmata rakyat jelata. Tu petanda menempa kekalahan juga. Merenung-renung bintang di langit, tapi rumput di bumi sudah dilupakan begitu saja.

8 ulasan:
PRU nanti aku akan pangkah walaupun parti cap Tong Bandaran !
Tahniah pengundi Galas bantu BN naikkan harga barang, minyak dan gula
Angan-angan PR tinggi melambung tapi prioriti perjuangan tak berjejak di bumi nyata. Tak tengok airmata rakyat jelata. Tu petanda menempa kekalahan juga. Merenung-renung bintang di langit, tapi rumput di bumi sudah dilupakan begitu saja.
Tahniah GB. Bukakan mata pemimpin2 PR yang syok sendiri tuh. geram betul aku.
Air naik dari 8 sen kepada 10 sen satu barel di Kedah heboh demonstrasi. PM dan TPM tak kata apa sebab depa yang suruh naikkan. Tapi harga minyak naik yang turut mempengaruhi kenaikan harga barang tak ada siapa pula nak buat demo. Senyap saja.
aku kat kota bharu..susu dah pun naik 20 sen hr ni. tokey kedai cakap rege akan naik lg...
yang susah penyokong pebangkang yang seronok penyokong bn dengan kenaikan harga barang cukai naik duit eruntukan pilahanraya tentu lebeh perojek banyak dapat.
?? GB x paham kronologi PR ni...bila PR boleh tawan putrajaya..Malaysia akan jadi negara berrkebajikan..secara langsungnya harga barang akan diturunkan. Susahla mcm tu nak kupas setiap isu masalah rakyat dalam masa satu hari konvesyen PR.
anon 2:52
nak menang kena dpt sokongan siapa?
sokongan rakyat, justeru, utamakan yang dipentingkan rakyat, bukan yang dipentingkan pemimpin PR.
Konvensyen tak sempat bincangkan? Konvensyen boleh tetapkan / putuskan tarikh dan masa sebenar ia dibincangkan.
Tetapi lansung tiada dalam kepala peserta konvensyen.
Itu petanda nak menang atau nak kalah?
Catat Ulasan