Saya kecewa proses pemilihan bukan kerana tewas saingan, kata Mustaffa PKR
KUALA LUMPUR, 24 Nov — Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, beliau tidak sama sekali kecewa dengan keputusan saingan timbalan presiden, sebaliknya “kecewa dengan kelompongan dan penyelewengan” proses pemilihan bersejarah yang menggunakan sistem langsung.
“Saya kecewa dengan kelompongan-kelompongan yang wujud, penyelewengan, dan kelemahan dalam proses (pengundian).
“Soal keputusan itu perkara kedua, saya tidak kecewa, bagi saya proses itu yang penting dan perlu dijalankan dengan baik,” kata Mustaffa (gambar) yang pertama kali bertanding jawatan timbalan presiden.
PKR selesai mengadakan pemilihan secara langsung membolehkan setiap ahli memilih kepimpinan pusat berbanding sistem lama menggunakan perwakilan selepas meminda perlembagaan tahun lalu.
Mustaffa juga bimbang sekiranya pimpinan parti dan pihak-pihak terbabit dalam parti tidak mengambil tindakan ke atas aduan dan laporan berhubung pemilihan, akan menjejaskan tahap keyakinan di kalangan ahli.
“Ini akan membawa kepada tindakan-tindakan di luar jangkaan, tindakan keluar parti ahli-ahli yang hilang tahap keyakinan terhadap parti,” kata Mustaffa yang walaupun tidak pasti jumlahnya, tetapi yakin ia akan membabitkan kadar signifikan.
Beliau juga mengakui akan ada tanggapan bahawa pandangan-pandangan agar parti memperbaiki kelemahan dan kepincangan akan dilihat sebagai “pengkhianat.”
Kata beliau, ahli-ahli PKR merupakan golongan yang “kritikal”, yang mana sebahagian besar menyertai parti komponen Pakatan Rakyat ini selepas kecewa dengan parti masing-masing.
“Mereka ini kritikal dengan kepimpinan parti masing-masing, dan sebab itu meninggalkan parti mereka dan menyertai PKR.
“Jadi, pimpinan parti mesti mendengar keresahan dan rintihan yang dikemukakan oleh ahli-ahli mengenai pemilihan langsung ini, walaupun sistem satu ahli satu undi memang baik niatnya,” kata Mustaffa lagi.
Mustaffa, Pengerusi PKR Perak, tewas di tangan Azmin Ali yang juga seorang naib presiden parti dengan perbezaan undi yang besar.
Awalnya tiga orang bertanding jawatan itu tetapi Datuk Zaid Ibrahim telah menarik diri selepas minggu kedua proses pengundian atas alasan wujud banyak kecacatan dan kepincangan dalam pemilihan tetapi tidak diambil tindakan sewajarnya oleh kepimpinan parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
Keputusan rasmi pemilihan pusat hanya akan diumumkan pada Ahad ini sempena Kongres Nasional PKR di Petaling Jaya.
Mustaffa sebelum ini dua kali meminta proses pengundian ditangguhkan dan pemilihan baru diadakan.
Bagaimanapun JPP memutuskan untuk meneruskan pemilihan sebagaimana telah dijadualkan. Proses pengundian pemilihan pusat ini diadakan selama 10 hari dan Ahad lalu adalah hari terakhir.
“Saya ingin menegaskan bahawa perjalanan pemilihan beberapa hari yang lalu masih belum memuaskan. Unsur-unsur kelompongan yang paparkan dalam memorandum lalu masih berterusan.
“Beberapa aduan tambahan sedang dalam proses dan beberapa orang calon juga sedang memfailkan beberapa kes khusus untuk disiasat,” kata Mustaffa dalam satu kenyataan 16 November lalu.
Bagaimanapun beliau meneruskan saingannya dalam protes.
“Dalam erti kata kita masih sangsi dengan perjalanan pemilihan yang ada, namun demi menyelamatkan perjuangan dan parti serta keadaan, saya meneruskan pertandingan.
“Saya tetap berpendirian yang juga mewakili sejumlah anggota yang signifikan, bahawa pemilihan 2010 mestilah ditangguhkan bagi memberi masa segala aduan dan bantahan ditangani, proses penambahbaikan JPP, logistik dan semua persiapan pemilihan,” katanya sebelum ini.
Tidak ada aibnya kepimpinan mendengar keluhan akarumbi dalam persoalan ini. Malahan rakyat Malaysia akan melihat betapa kepimpinan PKR benar-benar peka dengan sebarang permasalahan, bermula dengan pengendalian persoalan dalaman dan kemudiannya keluhan rakyat keseluruhannya.
Dalam ulasan hari ini, Mustaffa menambah beliau masih berpendirian bahawa JPP dan pimpinan parti mesti menyelesaikan kesemua aduan mengenai kecacatan dan kepincangan pemilihan mesti diselesaikan sebelum kongres hujung minggu ini.
“Saya berharap semua ini akan ditangani oleh JPP dan pihak kepimpinan parti sebelum Kongres kerana masih ada aduan yang tidak ditangani sehingga sekarang,” kata beliau sambil menambah, pihaknya tiada rancangan untuk membuat desakan terbaru.
“Apa yang dikemukakan sudah mencukupi,” katanya. -TMI
Ulasan GB
GB telah mengulas sbelum ini. Petikan:

Sepatutnya jika anda benar-benar berjiwa pemimpin, anda telah menyatakan pendirian tegas anda lebih awal sebelum ini dengan mengundur diri dari bertanding.
Sekarang, orang Azmin akan dan boleh melemparkan pelbagai tuduhan kepada awak jika awak mengulangi desakan untuk mengadakan pemilihan sepertimana mereka lakukan terhadap Zaid.
Anda telah pun terjerat dengan proses "turn-over" sepertimana GB telah ulaskan sebelum ini.
7 ulasan:
suka hati mu lah GB... Kami tidak suka pemimpin macam zaid tu.. Bagus lah, tulis lah banyak2 mengampu Zaid tu.. Pasni GB boleh promosi parti baru zaid tu plak ya....
Boleh buktikan berapa byk sebenarnya GB tulis menyokong Zaid?
Itulah sebenarnya sikap taksub penyokong Anwar, bila mereka dikritik dan ditegurs terus melabelkan orang sebagai blogger UMNO atau orang kuat Zaid.
Sekarang mana Anwar kamu yang hendak menipu lagi?
GB,
aku bukan penyokong Anwar, aku penyokong PAS tulin, ketua aku adalah TGNA dan TGHH.
aku percaya kau ini tidak membantu Zaid, tapi menolong Zaid.
aku yakin kau tak ampu Zaid, tapi kau tukang cerca Anwar.
aku percaya kau marah kalau kritikan kau dilebelkan UMNO atau org kuat Zaid, tapi tulisan kau memang mengarah kepada itu.
Kau tak percaya, malam ini baca semua tulisan kau mengenai pemilihan PKR, jelas dan terang, kalau kau tak nampak tandanya kau buta.
hey yang menamakan dirnya puakPAS.
Pertama jika benar ahli dia takkan menamakan nicknamenya puakPAS
Kedua, jika benar ahli PAS dia takkan mengaku dirinya "aku penyokong PAS tulin" sebab dah ahli PAS apa perlu jadi peyokong PAS tulin?
Ketiga, tulisan anda tidak perlu dilayan kerana anda jelas seorang PENDUSTA berdasarkan di atas..
Gb nak ditipunya. dia lom kenal lagi siapa Gb ni. kan dah kantoi. hehehe. sure dari puak azmin ni.
Hello Anon 12:30, asal berlawanan dengan GB je dituduh puak Azmin. Apahal? Kalau kami ni tak setuju dengan cara GB menulis, mesti ke kami ni puak Azmin? Azmin tu bukan aku suka sangat pun. GB pun aku memang tak kenal. Tapi yang aku tau, Pilihanraya Umum akan datang, rakyat nak perubahan. Kalau PR asyik berkecamuk mcm ni je, nak berubah apanya?
anon 1:58
abis x kan nak biarkan pkr terus kotor di mata rakyat dengan pemilihan yg senget?
apa hal mintak spr jalan lurus sdgkan JPP sendiri jalan x betol?
Catat Ulasan