Kongres Nasional PKR hambar?
PETALING JAYA: Sesi perbahasan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat sambutan diawal pembukaan namun semakin lama semakin hambar apabila perwakilan dan pemerhati kongres dilihat mula meninggalkan dewan.
Perwakilan dan pemerhati kongres dilihat mula meninggalkan dewan selepas sesi perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden PKR bersambung selepas waktu rehat tengahari dan berlegar di perkarangan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Suasana dilihat bertambah jelas apabila kerusi dilihat kosong mula kosong sekitar kira-kira pukul 4petang semalam walaupun ucapan pembahas daripada wakil setiap negeri, sayap wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) masih belum selesai.
"Cukuplah untuk hari ini, saya mahu pulang berehat dihotel sebab penat selepas menempuh perjalanan yang jauh…saya datang dari Pahang," kata seorang perwakilan kepada FMT.
Pemerhatian FMT juga mendapati masih ada perwakilan dan pemerhati kongres yang berlegar-legar diluar dewan dan mengambil keputusan untuk mengikuti kongres di luar dewan melalui layar skrin putih.
"Duduk diluar lebih santai, kami boleh berbual dan makan sambil mengikuti perjalanan kongres…tidak elok pula kalau kami terlalu kerap keluar masuk dewan," kata seorang perwakilan daripada Johor.
Malangnya, suasana dalam dewan yang menempatkan pemerhati kongres didapati lebih mengecewakan apabila hampir 80 peratus daripada kerusi dalam dewan itu kosong.
Perbasahan usul ucapan dasar Presiden menjadi fokus utama kongres pada hari ini, manakala usul pemberdayaan demokrasi, usul pendidikan, usul ekonomi, serta usul memartabatkan maruah bangsa dan ketuanan rakyat akan dibahaskan oleh perwakilan kongres hari ini.
Hari ini juga bakal menjadi acara kemuncak Kongres apabila keputusan barisan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Penggal 2010-2013 akan diumumkan hari ini. -FMT

12 ulasan:
400,000 tu ahli bro...perwakilan dalam sekitar 2 ke 3ribu aje...
kalau ya pun 2,000 orang perwakilan takkan yang duduk dengar cuma x sampai 100 orang.
memang angka 400K tu temberang jer.
panggil lah sedara mara anwar brahim utk penuhkan kerusi kerusi tu....rakyat tak nak jadi alat dan kuli anwar....
Saya berpendapat, PKR mengujudkan sistem pengundian terus memilih pemimpin Pemimpin Pusat oleh ahli-ahli 'satu ahli satu undi' diperingkat Cabang (kawasan Parlimen) adalah satu tindakan yang silap besar kapada PKR.
Matlamat baik tanpa memikirkan risiko yang tidak baik.
Kenapa tidak diujudkan sistem mesyuarat Cawangan atau Ranting. Jika ada sistem ini, akan ada Perwakilan Cawangan atau Ranting yang datang mengundi dimesyuarat Agong Cabang untuk memilih Pemimpin Pusat dan Cabang. Dengan yang demikian tidak timbul masaalah kacau bilau pemilihan diperingkat Cabang. Lagi pun, mana ada parti yang terlalu terbuka 'AHLI MENGUNDI TERUS MEMILIH PEMIMPIN PUSAT'. Sistem begini akan berlaku berbagai-bagai cara penipuan, samada penupuan oleh ahli ada pengurusan pengundian sebagaimana yan berlaku kapada PKR. Sahinggakan bukan ahli berdaftar pun mengundi.
Jika sistem ini bertujuan melaksanakan demokrasi, PKR kena ujud badas bebas macam SPR.
Sekarang berlaku berbagai kekalutan dalam PKR tiada sesiapa pun boleh bertanggung jawab. Jadinya, PKR menjadi sabuah parti yang HANCUR LEBUH yang MACAM KACA JATUH KABATU.
siapa sebenarnya JPP tersebut, nak tunjuk kuasa atau dah kena beli atau dibeli oleh UMNOAPCOYAHUDI supaya porak peranda dalaman PKR, PKR sangat popular dan dilebelkan sebuah parti politik yang mudah dibeli oleh musuh mereka.. Jangan perbodohkan RAKYAT MALAYSIA.
Pandangan Anon 1.01pm tepat sekali.PKR konon nak kelihatan lebih demokratik dibandingkan dengan parti-parti politik lain dinegara ini.Nah! terimalah padahnya.Rakyat Malaysia belum lagi sampai ketaraf masyarakat Dunia Maju seperti United Kingdom,Amerika Syarikat atau pun Jepun.Pemerintah sendiri(Kerajaan UMNO/BN)pun masih tak faham apa itu democracy ala-Westminister.Pemerintah sendiri tak kenal apa suara rakyat dan kerap melanggar Perlembagaan Negara.Dalam suasana begini takkan pemimpin-pemimpin PKR tak faham dan tak tahu akan demografi ahli-ahlinya.Sengaja nak cari nahas.
salam... saya melihat seolah ada fitnah besar dari gambar diatas. apakah greenboc terdesak utk memburyukan pkr demi nak pusa hati sampai dosa pahala diketepikan.. tk silap saya gambar ini bukan dewan sivik mppj tk ni gambar dewan MBSA,,, subhanalaah manusia bertukar sekelip mata.. semoga allah ampunkan dosa kita semua...
anon 9.56
rencana asal berserta gambarnya dari sini:
http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=10639
jgn anda gunakan "subhanallah" untuk menulis sesuatu yg anda mengikut persangkaan (perkataan awak :tk silap saya). Nak tunjuk kononnya awak seorang yang beriman sebaliknya andalah munafik terbesar.
saya anon 9:56; subhanallah sanggup tuduh saya munafiq besar... ya allah ampun dosa kami hambamu yg terlalu mngikut nafsu... sesungguhnya kami org yg sgt lemah... ampun kami ya Allah.. ssguhnya tiada niat utk mnjukan keimanan ku padamu tapi sbg muslim dan hambamu kpd siapa lagi harus ku adu bila manusia sudah lupa antara dosa dan pahala... ampun ku ya Allah aku brlindung dgn mu Ya Allah dan bukan dgn manusia dari sifat MUNAFIQ.... satu jari kerah ku empat jari kerah diri sendiri...
Anon 10:37...
Anon 9.56 merujuk kepada posting yg dibuat oleh GB di dalam website ini. mengapa harus merujuk kepada posting sebenar di web lain?? ada kah ini bermakna posting di web GB ini bukan perkara yang benar? Mengapa gambar lain yang GB gunakan dan bukan gambar yang sebenar???
anon 3.00
ikhlaskanlah diri anda.
bila orang menuduh dan mengkritik kita, terima dgn dada yang lapang. tak perlu pula nak tunjukkan munafik kepadanya semula seperti ayat anda "satu jari kerah ku empat jari kerah diri sendiri..."
Kenapa Guna Gambar Lain?? said...
Anon 10:37...
Anon 9.56 merujuk kepada posting yg dibuat oleh GB di dalam website ini. mengapa harus merujuk kepada posting sebenar di web lain?? ada kah ini bermakna posting di web GB ini bukan perkara yang benar? Mengapa gambar lain yang GB gunakan dan bukan gambar yang sebenar???
Bila masa GB gunakan gambar lain? DI laman itu ada dua gambar di lokasi yg sama, GB cuma ambil satu gambar sahaja kerana kedua-duanya hampir serupa.
Dan gambar itu adalah BENAR iaitu semasa kongres bersidang di dewan sivik mppj dan bukannya di MBSA.
Hanya hati yg dibutakan oleh pendewaan terhadap manusia akan menafikannya.
Catat Ulasan