21 Nov 2010

Garis Panduan Hasutan Siber Akan Dikuatkuasakan

Garis panduan hasutan siber siap minggu depan

Satu garis panduan yang memberi definisi terperinci mengenai kesalahan hasutan dalam konteks dunia siber akan diperkenalkan dan dijangka siap minggu depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Tanpa menyatakan bila garis panduan itu akan dikuatkuasakan, beliau berkata setakat ini, ia sedang diperhalusi.

Katanya, proses merangka draf garis panduan itu turut melibatkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz serta Jabatan Peguam Negara.

Hishamuddin berkata walaupun dari sudut perundangan maksud kesalahan hasutan secara jelas membabitkan cetakan, ucapan dan bentuk elektronik, bagi dunia siber, ia belum lagi diperincikan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan gantian Mykad satu hari di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak di Kuching hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, beliau berkata mulai tahun depan, JPN akan memperluaskan inisiatif gantian MyKad satu hari di seluruh negara secara berperingkat.

"Sejumlah RM42 juta diperuntukkan kepada JPN dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk melaksanakan inisiatif ini melalui projek percetakan MyKad secara teragih,"katanya.

"Pelancaran perkhidmatan di Sarawak jelas menunjukkan rakyat negeri ini turut berpeluang menikmati kemudahan setara seperti dikecapi oleh rakyat di Semenanjung," katanya.

Beliau berkata selain Sarawak, kemudahan gantian Mykad satu hari juga terdapat di ibu pejabat JPN Putrajaya dan Melaka.

Katanya, sebelum ini, pemohon gantian MyKad terpaksa menunggu sebulan bagi mendapatkan Mykad baru. --Bernama

Ulasan GB

GB nak ulas pun bendanya belum ada lagi. Ia sedang diperhalusi. Jika di dalam dunia, polis FRU akan bawa belantan, pistol dan gari untuk menangkap siapa saja yang didakwanya "penghasut", kita belum tahu lagi bagaimana caranya nanti di alam siber.

Malah istilah "hasutan" itu sendiri mempunyai pelbagai interpretasi.

Blogger yang meluahkan pandangannya melalui blog masing-masing tidaklah boleh dianggap "penghasut" semata-mata kerana pandangannya tidak selari dengan pandangan mainstream.

Apa-apa pun kita tunggu garis panduan tersebut.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kes memali bukan jenayah?

Tanpa Nama berkata...

elok lah tu... bagus juga....kerana PRU 13 dah hampir tiba... kalu mereka kalah... tahulah merwka langit tu tinggi rendah... besok bila diaorang jadi pembangkang maka apa saluran pun mereka tak berpeliunag lagi bersuara..... apakah mereka berani memandangkan PRU 13 sudah hampir menjelang tiba?