11 Nov 2010

Amin Iskandar: Pemilihan PKR Nampak Mengarut, Sungguh Memalukan

PKR wajar adakan pemilihan baru pulih imej, kata pemantau pilihan raya

KUALA LUMPUR, 11 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiada pilihan lain kecuali memanggil pemilihan baru bagi mengembalikan kredibilitinya sebagai sebuah parti masa depan, kata pemimpin Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI).

NIEI berpendapat PKR perlu bersikap terbuka dalam mempertimbangkan perkara tersebut, walaupun pedas untuk diterima, memandangkan rakyat khususnya mereka yang pernah mengundi komponen Pakatan Rakyat itu mengharapkan satu pemilihan yang benar-benar sifar masalah dan kepincangan.

Ketika ditemui The Malaysian Insider, Pengerusi NIEI Amin Iskandar berkata, PKR pernah bercakap akan memperkenalkan sistem demokrasi yang lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN) jika memerintah negara pada satu masa nanti.

Malangnya kata beliau, PKR kelihatan sudah tidak mampu dan telah gagal mengadakan pemilihan parti tanpa kecacatan dan kelemahan ketara yang didakwa wujud.

“Nampak mengarut... sungguh memalukan, saya cakap terus terang, saya tiada kepentingan dan saya tidak memihak sesiapa, ini yang berlaku dalam PKR sekarang.

“PKR kata hendak memperkenalkan sistem demokrasi yang lebih baik (berbanding amalan BN), tetapi mereka sendiri sudah tidak mampu untuk menunjukkan teladan baik kepada negara dan rakyat,” kata beliau ketika ditemui malam tadi.

Kata Amin, sudah semakin jelas yang proses pemilihan secara langsung parti semakin dipertikaikan oleh banyak pihak sama ada mereka dalam dan luar parti.

“Sekarang isunya bukan berapa ramai yang mempertikaikan pemilihan PKR, tetapi sudah ada pihak yang mempersoalkan perjalanan pemilihan raya... sama ada 10 orang, 100 orang, nama parti sudah tercalar,” kata aktivis pilihan raya ini.

Misalnya kata Amin, pemilihan semasa boleh ditangguhkan untuk tempoh enam bulan akan datang jika perlu dan parti harus membentuk sebuah jawatankuasa segar dan badan pemantau bagi tujuan tersebut.

“Jawatankuasa pemilihan dan badan pemantau sewajarnya pihak yang berbeza, jangan jawatankuasa pemilihan yang memantau perjalanan pemilihan... kerja mereka mengendalikan pemilihan sahaja,” katanya lagi.

Kata Amin, beliau tidak merasakan keputusan penagguhan jika diambil akan berhadapan dengan isu teknikal di bawah undang-undang pertubuhan kononnya Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan mengharamkan parti jika tempoh enam bulan, yang berakhir bulan ini, terlajak.

“Saya yakin jika PKR memaklumkan kepada RoS, mereka akan layan, saya tidak fikir isu undang-undang akan menjadi satu masalah dan halangan besar untuk diadakan pemilihan baru,” kata beliau.

Dalam pertemuan berasingan, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu The Malaysian Insider parti sudah tiada ruang untuk menangguhkan pemilihan memandangkan tempoh enam bulan yang diberikan oleh RoS berakhir bulan ini.

“Parti sepatutnya mengadakan pemilihan Mei tetapi ditangguhkan dengan dibenarkan oleh RoS. Jadi, kita menangguhkan, ia melanggar undang-undang dan parti boleh berhadapan dengan kemungkinan tindakan RoS... jadi ini perkara yang perlu diambil kira,” katanya.

Beliau yang bertanding mempertahanakn kerusinya memberitahu, sama ada harus ditangguhkan dan diadakan semula, perkara itu perlu diputuskan oleh jawatankuasa pemilihan parti yang diberikan mandat, bukannya Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik.

Bagaimanapun katanya, “saya mencadangkan semua pihak berlapang dada, gunakan satu formula permuafakatan, yang sangat mustahak daripada pemilihan semula.”

“Formula permuafakatan itu lebih penting di mana dalam sistem pemilihan, calon-calon yang bertanding tahu kekuatan mereka dari semasa ke semasa, dan jika mereka merasakan tidak boleh menang, memberikan sokongan kepada calon lain, demi kekuatan parti dan PKR menjadi harapan rakyat,” kata Shamsul Iskandar.

“Calon-calon yang bertanding perlu mengambil sikap terbuka, berjiwa besar, jangan hanya kerana marahkan nyamuk kita mahu membakar kelambu,” katanya lagi.

Mengenai tenaga kerja untuk mengendalikan pilihan raya, kata Amin, “saya pasti rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti DAP dan PAS akan membantu.”

“Mereka kata PAS dan DAP kawan mereka, sudah tentu mereka akan menyediakan tenaga kerja sukarelawan,” katanya beliau yang turut merasakan bahawa kesan masalah semasa PKR turut memberi tempias ke atas PAS dan DAP.

“Jika soal kewangan menjadi masalah, saya pasti rakan-rakan komponen Pakatan akan membantu,” kata beliau sambil menambah, pucuk kepimpinan parti termasuk Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu melihat manfaat jangka panjang.

“PKR bukan lagi parti untuk ahli PKR tetapi parti rakyat, yang diharapkan rakyat. Saya yakin PKR mengambil langkah ini, ia akan menaikkan imej parti,” katanya lagi.

Amin, berpengalaman memantau pilihan raya di negara asing berkata, PKR mempunyai niat yang baik tetapi tidak bersedia dengan mekanisme mantap untuk menghadapi pemilihan langsung ini.

“Nampa niat baik, tetapi (mereka) tidak menyediakan mekanisme, gagal menyediakan kumpulan pemantau yang benar-benar bebas,” kata beliau.

“Saya sudah melihat banyak pilihan raya, dan ini satu pemilihan parti yang sungguh memalukan,” kata Amin.

Amin mengesyorkan sekiranya PKR tidak bersedia untuk mengadakan pemilihan semula di seluruh negara, ia sekurang-kurangnya perlu diadakan di Sabah dan beberapa cabang yang menjadi pertikaian.

“Apabila ada calon-calon jawatan tertinggi mempersoalkan sistem pemilihan, bermakna pemilihan itu sudah tercemar... bermakna ia wajar diadakan semula,” kata beliau.

PKR yang berusia 11 tahun buat julung kali mengadakan pemilihan langsung yang memberikan setiap ahli peluang untuk memilih kepimpinan pusat.

Setakat 87 cabang telah mengadakan pengundian sepanjang lima hari pertama bermula 29 Oktober lalu.

Malam tadi, calon ketua sayap pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin mengadakan pertemuan dan meluluskan enam resolusi - antaranya dipercayai mendesak parti menangguhkan dan mengadakan semula pemilihan sebagai langkah keluar daripada isu semasa yang beliau sifatkan sebagai “krisis”.

The Malaysian Insider difahamkan resolusi itu antara lain menggariskan siri tindakan untuk diambil setiap hari sekiranya permintaan menangguhkan pemilihan dan memperbaiki segala kelemahan dalam proses tidak diatasi.

Keputusan itu diambil ketika tinggal satu hari lagi sebelum hari keenam pengudian pemilihan pusat PKR - di bawah sistem pemilihan secara langsung - dilangsungkan.

“Kami memutuskan enam resolusi, ia akan disampaikan kepada pucuk kepimpinan parti... presiden dan kesemua anggota MPP dalam tempoh 24 jam,” kata Badrul Hisham pada sidang media tengah malam tadi.

Calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu memutuskan pendekatan itu di sebalik keputusan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Langkah itu disusuli seorang lagi calon jawatan itu, Mustaffa Kamil Ayub menyerahkan memorandum kepada parti kelmarin meminta pemilihan parti harus ditangguhkan sementara segala masalah dan isu yang ditimbulkan diselesaikan.

Bagaimanapun Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menafikan pemilihan parti dicemari manipulasi dan penyelewengan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak termasuk Zaid. -TMI

Ulasan GB

Apa yang GB dedahkan selama ini ternyata benar.

Adalah tidak wajar samasekali Pemilihan PKR diteruskan di dalam keadaan ia dipersoalkan.

Adalah tidak wajar samasekali Pemilihan PRK diteruskan di dalam keadaan pimpinan tertinggi PKR dilihat tidak berkecuali malah ternyata berpihak untuk calon-calon favorit mereka.

Adalah tidak wajar samasekali Pemilihan PRK diteruskan di dalam keadaan wujudnya konspirasi Anwar-Saifuddin-Azmin di dalam Pemilihan kali ini.

GB pernah bertanya kepada Anwar dan Saifuddin di dalam Anwar & Saifuddin Cuma Perlu Jawab Satu Saja - Kenapa Berpihak Kepada Azmin?
Petikan:


Kedua, tak payah cakap banyak. Anwar dan Saifuddin (dan Syed Husin juga) perlu berdiri sekarang dan jawab, mengapa anda semua dilihat tidak berkecuali di dalam pemilihan? Mengapa terlalu jelas berpihak kepada Azmin? Layakkan pimpinan tertinggi parti bersifat demikian?

Mengapa tidak membiarkan ahli-ahli parti membuat pemilihan pemimpin dengan bebas?

Memalukan sebagai pemimpin yang telah berpuluh tahun berada di pentas politik mengambil sikap yang tidak adil terhadap ahli-ahli parti sendiri. Berwibawakah tindakan sebegitu? Kerana sikap anda yang tidak berkecualilah maka wujud rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli. Bukan kecil bilangan mereka itu.

Hukum kebenaran dan keadilan sejagat menjelaskan anda berdua sudah tidak layak lagi memimpin PKR jauh sekali PR. Itu belum lagi hukum Islam yang ada hukumannya yang tersendiri terhadap pemimpin yang tidak adil seperti kamu.

Saya dan lain-lain blogger bukan benci Azmin dan suka Zaid atau Mustaffa, tetapi kami ingin melihat PKR meletakkan kebenaran dan keadilan itu pada tempatnya yang wajar kerana sebagai parti dominan PR, PKR perlu tunjukkan teladan yang baik. Tanpanya seluruh PR akan terbalik.

Allah pasti selamatkan PR dari dipimpin oleh mereka yang ingin bertindak sebagai para diktator yang liar!


Ramai juga rakan-rakan yang memperli dan menuduh kononnya GB dah jadi blogger UMNO. Nah sekarang, tuduhlah Amin Iskandar sebagai blogger UMNO juga, tuduh sesiapa juga yang meminta pemilihan ditangguh dan diadakan semula sebagai blogger UMNO. Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh nak diajar.

GB sudah jelaskan sebelum ini di SINI. Petikan:


GB telah banyak kali mengingat Anwar, tetapi beliau begitu, begitu juga. Tiada mahu lansung untuk berubah. Oleh itu jangan dikesal, jika selepas ini bebannya menjalar.

GB tak pernah menggunakan kaedah-kaedah keji seperti yang dilkukan para blogawan UMNO tetapi cukup dengan dalil-dalil aqli dan naqli.

GB dan blogger-blogger pejuang kebenaran dan keadilan akan tetap terus menggalas amanah bersama-sama mereka yang mahukan kebenaran dan keadilan tertegak di negara ini. Kami yakin tanpa Anwar pun kami boleh berjaya, mungkin lebih cemerlang lagi.

Tidak ada salah perjuangan PKR, yang bersalah ialah pimpinannya yang diketuai oleh ketua de faktonya bersama-sama apek-apek lempangnya.


Percayalah, PKR akan hancur musnah jika Pemilihan yang kotor ini diteruskan juga.

4 ulasan:

berita lembah pantai berkata...

kalau orang macam Black, matsamankati, harisibrahim, cucumatkilau, artharun, malah greenboc sendiri dah kata macam ni apa tandanya?

kena muhasabah sikitlah tuan.

51 orang sahabat Anwar tendang pungkoq Anwar!

Waris berkata...

Salam...

Masalahnya bila kita tegur kita akan dicop sbg agen umno dan trojan horse. Setakat itu saja tahap pemikiran pemimpin2 serta penyokong2 bodoh mereka. Jgn salahkan kami rakyat yg memberontak kerana kamu sendiri yg ajar kami tentang apa itu keadilan dlm ceramah2 kamu dulu. Kamu semua lupa diri bila Allah anugerahkan sedikit nikmat. Kamu semua lupa akan kata2 kamu sendiri tentang suara rakyat suara keramat. Kamu semua mengata umno itu busuk, spr itu busuk tapi kini kamu semua perperangai spt umno dan spr. Selama lebih setengah abad kami rakyat semua ditipu oleh umno & spr, kini kamu semua cuba utk menipu kami juga?

Kami bukanlah sgt menyokong Zaid Ibrahim tapi antara azmin dan Zaid kami lihat Zaid lebih telus dlm tindak tanduknya. Mustafa mungkin baik orgnya tapi kebaikan seseorang bukanlah ukuran utk dipilih jadi pemimpin. Contohnya pemimpin pas, ramai yg baik2 orgnya tapi tiada kredibiliti serta tidak bijak mentadbir. Bila diberi kuasa sedikit sibuk utk berpadu2 dgn umno. Itulah masalah org yg terlalu baik sehingga bersangka baik sgt terhadap musuh yg berperangai mengalahkan YAHUDI. Saya panggil umno lebih busuk dari YAHUDI kerana setidak2nya yahudi tidak menindas bangsa serta rakyatnya sendiri. Tetapi umno... lebih teruk dari YAHUDI LAKNATULLAH kerana sanggup menindas bangsa serta rakyatnya sendiri demi kuasa.

Adakah pkr akan mengikuti jejak langkah umno yg busuk hingga ke usus?

ZACK berkata...

Setuju sangat dengan apa yang dikata oleh Greenboc. Bila blogger2 terkemuka seperti Raja Petra, Mat Saman Kati, Haris Ibrahim, Amin Iskandar dan ramai lagi semua nyatakan benda sama bermakna persepsi pemilihan ini tipu sangat besar. Wujud atau tidak, besar atau kecil, penipuan itu tak penting, yang penting ada unsur tipu. PKR memang perlu buat semula pemilihan ini dengan dipantau badan bebas seperti anjuran Amin Iskandar. By the way, hanya selepas Datuk Zaid berundur dan ancaman besar tiada barulah mula pemimpin PKR berlembut dan mengakui kelemahan2, tapi peliknya kenapa teruskan juga pemilihan? Ramai dah tawar hati dengan PKR ekoran pemilihan yang teruk ini, termasuk saya dan kawan-kawan.

AKU berkata...

Harus diingat bahawa ramai yang ingin melihat pemilihan PKR kali ni gagal. AKU percaya kalau pemilihan dibuat semula, ianya akan kecoh juga, maklumlah ada pihak yang sengaja memporak perandakan PKR dengan harapan PR pun jadi kelam kabut. AKU respect kat PKR kerana depalah parti pertama yang sanggup menjalankan pemilihan secara akar umbi. Ianya serupa seperti pilihan raya umum. Sudah tentu ada cacat cela atau kekurangan pada kali pertama. Yang hairannya calon yang bertanding bukan saja tak mahu meneruskan pertandingan, sebaliknya menuduh ianya dijalankan secara tidak adil dan seterusnya mengugut akan keluar parti. Inikah orang yang kita mahukan? Bukannya melakukan reformasi dalam parti tapi merajuk bila kalah. Awat tak mampukah Zaid melakukan reformasi dalam parti sedangkan beliau ialah PENGERUSI PKR WILAYAH PERSEKUTUAN. AKU selalu peringatkan bahawa kita harus berhati-hati dengan puak yang sebegini. Pemimpin macam ni kita boleh bakulsampahkan. Tiada semangat lawan yang kental, tu belum kena ISA lagi. Baru bertanding jawatan dalam parti pun, dah tak mampu bertahan. Kenapakah Zaid tak menarik diri dari jadi rakyat Malaysia semasa dia menuduh SPR tidak adil dalam menjalankan pilihan raya kecil Kuala Selangor baru-baru ni? Lu pikirla sendiri, wahai sahabat yang menyokong Zaid termasuk GB.