13 Okt 2010

Ular Menyusur Akar Takkan Hilang Bisanya....

Demikian perumpamaannya. Perhatikan....


Berpakaian macam rakyat biasa.. sehingga tak dapat dikenali bahawa beliau Sultan Mohamad Ke V, Tengku Mohammad Faris Petra





Isk, siapa sepatutnya di depan... Tuan Guru Menteri Besar sendiri gamam apabila Tuanku Faris memberikan laluan kepadanya supaya berada bersama Baginda di hadapan



Membawa kenderaan sendiri... tanpa pemandu, tanpa pengawal..



Bersama rakyat jelata tak kira siapa


... dan berita terkini dikhabarkan Tuanku Sultan akan berangkat menunaikan haji bersama TG Menteri Besar Kelantan awal bulan depan.

Pergilah ... rakyat senang hati dengan tuanku dan tuan guru, dan rakyat akan sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejarahteraan kedua-dua insan mulia yang tak tahu erti apa itu darjat dan kedudukan...

8 ulasan:

Hati berkata...

Ya ALLAH.....

Panjangkan umur kami, agar kami dapat merasai nikmat beragama islam sehingga pemerintah melaksanakan undang-undang islam.. amiin

Tanpa Nama berkata...

Adakalanya saya menanggis kerana menginsafi keagungan dan kebesaran Allah swt. dalam menyusun perjalanan hidup hamba-hambanya didunia maya ini.

Ini kerana bertepatan dengan janji-janjinya yang dujelaskan dengan terang dalam Al-Quran dan melalui Al-Hadiths saw.

Oleh kerana Negeri Kelantan D.I. sejak 1990 dibawah pentadbiran TGNA telah berusaha bersungguh sungguh untuk mendaulatkan Syiasah Islamiah sepertimana yang diperintahkan Allah SWT demi untuk mendapatkan keberkatanNya, maka kini Allah SWT. telah mengurniakan pula seorang Umarak (Sultan) yang alim dan warok kepada Negeri Kelantan.

Dalam hal tersebut, saya yakin sebilangan ramai umat Islam di lain-lain negeri di Malaysia juga mengidamkan kepimpinan-kepimpinan mereka yang berintegriti bersih lagi soleh menerajui pentadbiran dan pemerintahan negeri masing-masing.

Oleh itu, bagi mencapai cita-cita tersebut, marilah kita disamping bertawakkal kepada Allah SWT. kita perlu bekerja keras untuk menegakkan AD-DEEN sepertimana di perentahkan dalam semua aspek kehidupan.

InsyaAllah, Allah tidak akan memungkiri janji-janjiNya.

Ini telah terbukti sepertimana dikurniakan pada Negeri Kelantan yang bertuah itu. ALLAH HU AKBAR.

otaklunyai berkata...

ALHAMDULILLAH!!!

SYABAS Tuanku... semoga Allah S.W.T., akan terus merahmati dan memberi petunjuk kepada Tuanku untuk terus berjuang menegakkan Syariat Islam dalam pemerintahan Tuanku... dan semoga Allah S.W.T., memberkati Tuanku dan memberi kemuliaan di Singgahsana Pemerintahan Tuanku... ALLAHUAKBAR!!!

Kami hamba rakyat akan bersama-sama Tuanku, Raja yang Beriman dan Bertakwa Kepada Allah S.W.T. AMIN YA-RABBAL ALAMIN

Mohamad Ali berkata...

Semoga Allah merahmati pemerintahan tuanku dan didoakan semoga tuanku panjang umur.

mtgbertam berkata...

Kalau siapa masih ingat tatkala Tok Guru Nik Aziz menjawat jawatan MB dulu, pihak istana amat tidak suka. Kalau duduk dalam majlis pasti Sultan mengadap ke lain.

Tok Guru sabar, tak pernah mengadu dalam mana2 kuliah pada rakyat.

Setelah 20 tahun, Allah kembali memuliakan Tok Guru berkat kesabarannya. Diberi seorang Sultan yang baik, menghormati ulama', rendah diri dan yang terharunya ialah Sultan itu daripada zuriat Sultan yang dahulu juga.

Begitu percaturan Allah.

Tanpa Nama berkata...

salam,
sudahkah tuanku faris berkahwin?

Waris berkata...

Aku jeles dgn berita ni sb sultan negeri aku tak mcm ni... huhuhu

Sedih aku dpt sultan yg ntah solat ntah tidak...wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

Syukur kepada kami kepada Mu Ya Allah, Tuhan sekelian alam.