13 Okt 2010

Rais Buat Laporan Polis Terhadap Penulis Blog

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam membuat laporan polis terhadap penulis blog, Rocky's Bru kerana membuat tuduhan palsu terhadap anak lelakinya seperti yang disiarkan dalam blog berkenaan.

Blog tersebut mendakwa anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian terbabit dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Difahamkan, Rais turut membuat laporan sama terhadap blog Taikors and Taikuns (TnT) dan Bigdogdotcom di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Siasatan akan dilanjutkan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya ketika dihubungi semalam. -Kosmo


Rais Yatim lodges police report against this blog

Wassup, Minister? The Information, Communication and Culture Minister Rais Yatim this morning lodged a police report against me for my posting Who gets Santa Rais' RM1 billion handout?

I'm not really certain what inspired Rais to go to the police. As far as I remember, no Cabinet minister has lodged a report against a blogger.

The Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC ) has summoned me to its office in Cyberjaya to assist them with an investigation they have been ordered yesterday to conduct into my blog. I've agreed to meet them at noon tomorrow (Wednesday).

The cops have not contacted me but they will have to. I guess it's back to Bukit Aman's cyber unit for me, again. -rocky's bru

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Laporan polis tidak menunjukkan pelapor itu dipihak benar. Sekarang ini laporan kepada polis itu lebih merupakan helah semata-mata. Lebih-lebih lagi jika yang melapor itu daripada kalanagan UBN. Rakyat bukan bengap sangat nak memahaminya.

Tanpa Nama berkata...

polis pun dok dibawak ketiak hampa, apa saja pekara yang hampa rasa boleh mengancam kedodokan hampa, hampa guna polis nak tunjok kat awam kata hampa tu betui peeeraaaaaah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau saman minta ganti rugi macam mana?

Tanpa Nama berkata...

Rais membuka pekungnya sendiri. jika disiasat dan jika didapati benar anak Rais ada menerima kontrak demikian, Rais boleh ditahan dan dipenjarakan

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,

Ingatkan anak-cucu Menteri tak perlu lagi main kebel. Mereka sepatutnya dah pandai berdikari sendiri. Orang sekolah melayu dia sekolah inggeris. Orang belajar U tempatan depa dihantar kat sinun. Dulu orang kata kalau emak-bapak pandai, anak cucu mesti jadi ginius. Nak pakai sistem merit konon. Tapi ada juga yang jadi YB sebab emak bapak ada nama.

Kalau nak niaga gunakanlah duit sendiri,asyik air liur orang saja yang hendak ditibai. Orang lain nak jual runcit sikit pun shusyah ada saja penyamun tarbusnya. Dulu lampu kereta pun macam ini, rupa-rupa nya anak Menteri dah jadi pembekal, bersambung-sambung.

Baru-baru ni dilaut sana ada orang besar yang jaga pintu keluar masuk negara kata semua orang dapat habuan. Bodoh punya bos orang dah lama dengar, dak kena cekup baru nak tuding jari. Malaysia tanah airku, mengapa yang tidak jujur juga yang dapat naik pangkat, dapat jadi YB.

Pak-Pak menteri kerjalah baik-baik ya. Lainlah YB yang bukan dipilih rakyat. Baca betul-betul kertas yang hendak YB sain tu, nanti surat bini minta apa-apa pun pakai sain saja. Anak saya buat repot Polis pasal kena selok saku hilang kad pengenalan, rupa-rupanya repot Polis Pak Menteri ni yang bukan-bukan sahaja ceritanya. Esok lusa tahulah kita cerita sebonarnya. Wassalam.