17 Okt 2010

PKR Sudah Sedia Menghantar Anwar Ke Penjara Semula

Menilai pencalonan akhir jawatan-jawatan di dalam pemilihan PKR 2010, apa yang dapat dilihat ialah PKR sudah bersedia untuk menghantar semula Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, sekali lagi.

Pemerhatian ini diperolehi apabila Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya sebagai Ketua PKR tanpa cabaran, dan Azmin Ali sebagai orang kanan Anwar diletakkan dengan pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden.

Wan Azizah yang telah melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah Anwar bebas dari hukuman penjara dulu, kini terpilih sebagai Ketua PKR dan bererti juga, kerusi Permatang Pauh terpaksa disandang semula oleh Wan Azizah jika beliau ingin peranannya sebagai Ketua PKR terus dihormati dan diterima oleh ahli-ahli PKR sendiri.

Terlalu sukar seseorang ketua yang tidak ada menjadi ahli parlimen mampu memantau pemimpin-pemimpin parti atau mendapat penghormatan dari ahli partinya jika beliau bukan seorang ahli parlimen juga.

Untuk itu, tidak mustahil senario Anwar dipenjara semula menjadi kenyataan. Dan pada ketika itu Permatang Pauh terpaksa berpilihanraya semula.

Tetapi tidakkah ini akan membosankan rakyat Permatang Pauh sendiri? Berpusing-pusing ke situ juga?


Jawatan Ketua Pembangkang juga mungkin terlepas dari PKR selepas ini. Kerana sudah pastinya keadaan berubah apabila Anwar sudah tiada lagi di Parlimen. DAP berkemungkinan tidak berupaya untuk melepaskan jawatan itu kepada selain Anwar.

Cabang-cabang yang menghantar nama Azmin Ali sebagai calon Timbalan Presiden pula tidak menilai panjang "akibat" daripadanya. Azmin sebagai teman paling rapat kepada Anwar dilihat "keterlaluan" di dalam kempen-kempennya sehingga pernah memanggil ahli parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan sebagai "pariah". Inikah nilai sebenar yang ada kepada pemimpin yang kini hendak menjadi Timbalan Presiden PKR?

Lebih buruk beliau sebaik saja beliau memperolehi pencalonan terbanyak, beliau telah menyerang peribadi lawan. Menuduh dan memfitnah lawannya semata-mata kerana takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Walaupun sebelumnya mulutnya manis berbicara menyatakan bahawa lawannya itu tidak akan diketepikan jika beliau memenangi jawatan yang hendak direbutnya. Tidakkah itu ciri hipokrit namanya?

Sebelum itu juga, beliau telah kerap menghentam dan mengkritik MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyebabkan sehingga di satu ketika Khalid hampir-hampir ingin masuk ke gelanggang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bertemunya.

Tetapi, kematangan Tan Sri Khalid yang mengutamakan perpaduan parti serta tidak mengendahkan "pemainan kebudakan" ini telah menarik diri.

Azmin bakal memenangi jawatan yang ditandinginya. Ini kerana taktik berkempennya yang begitu besar dan kotor lansung tidak ditegur oleh Penasihat PKR dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Malah seolah-olah merestuinya.

Tetapi Anwar dan JPP cepat untuk menegur lawan Azmin kerana kononnya menggunakan Utusan Malaysia sebagai tempat untuk mengeluarkan kenyataan. Media-media PKR kesemuanya memberi ruang seluas-luasnya untuk Azmin tetapi tidak untuk lawannya. Ini "mutu keadilan" yang ada di dalam sebuah parti yang bernama Parti Keadilan Rakyat!

PKR perlu sedar diri bahawa kemenangannya selama ini adalah bantuan rakan-rakannya dari PAS dan DAP. PKR hanya bertenggek dan memperkudakan jentera orang lain. Tanpa mereka, PKR is actually NOTHING!

PKR perlu diserahkan kepada ahli-ahlinya untuk berubah. Tidak lagi dibayangi oleh tokoh-tokoh tertentu jika PKR terus ingin menjadi parti yang kuat dan kukoh. PKR perlu melepaskan dirinya dari diimbau oleh apa juga simbol dinasti dan kroni.

Ramai tertanya-tanya pula, apakah nasib Pakatan Rakyat tanpa PKR? GB kata, PR akan bertambah kuat. InsyaAllah. Pakatan Rakyat sedang dibersihkan oleh Tuhan dari parti dan manusia-manusia yang tak sepatutnya menduduki Putrajaya.

Dan seluruh rakyat dan Tuhan sedang melihat segala-galanya. Tidak mustahil PKR akan "tersungkur" di bawah Azmin nanti.* Memang lunak istilah itu, bukan? You get what you give - dan Tuhan akan memberitahu kita siapakah "pariah" yang sebenarnya nanti.

* bukan bererti GB merestui kepada perbuatan Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi PM. Tetapi waktu sakit dan nazak seseorang, Islam mengajar kita untuk saling ingat memperingatkan. Mana tahu jika Mahathir mahu berubah. Itu sebab GB suruh TDM menggunakan kesempatan zon umur subsidinya dengan sebaik-baiknya.

Ini berdasarkan kisah baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah menziarahi orang Yahudi yang sedang sakit, yang akhirnya disebabkan ziarahnya itu, maka Yahudi itu pun memeluk Islam sebelum dia meninggal dunia.

21 ulasan:

non penang berkata...

Tan Sri Khalid, tindakan anda menunjukkan kematangan anda dalam berpolitik. Tahniah !

Tanpa Nama berkata...

GB,

Walaupun PKR tidak kuat tidak bermakna PAS pun kuat di atas kakinya sendiri buktinya selama 50 tahun PAS bertanding tidak pernah sekali pun dengan kekuatan PAS sendiri berjaya menafikan BN majoriti 2/3..Pada 1990 disebabkan krisis Ku Li dan Mahathir dan 1999 sokongan peningkatan org Melayu kepada PAS akibat ketidak puasan org Melayu kepada Mahathir akibat pemecatan Anwar Ibrahim..itupun PAS cuma berjaya menawan Terengganu dan kalah pulak pada 2008, yg ikut logiknya PAS patut sapu bersih kerusi DUN Terengganu!!Kesimpulan PKR punyai kelebihan sendiri dan kekurangan sendiri, begitu juga PAS dan DAP..terus terang saya cakap..jika tidak ada seorang manusia bernama Nik Aziz dalam PAS..saya rasa mungkin orang tak tau langsung betapa bagusnya dasar Membangun Bersama Islam..Persoalannya kenapa hanya tahun 1999 dan 2008 PAS peroleh kemenangan yg memberasangkan..jawabnya mahu atau tidak disebabkan Anwar Ibrahim..mungkin ada ahli PKR yg tak cerdik dan mungkin ada pemimpin PKR yang bodohnya tahap laban..tapi tak bermakna keseluruhan partinya begitu!! Begitu jugak PAS...ada juga set ahli UG yang beria2 nak nak kahwin lari dengan UMNO...tapi tidak semua pemimpin dan ahli begitu!!
Cabaran saya kepada PAS jika anda penganti kepada UMNO buktikan dengan mendapatkan sokongan org Melayu beralih kepada anda..kenapa majoriti masih lagi menyokong UMNO dan tidak berubah hati menyokong PAS? Apa silap PAS disini?Adakah org Melayu begitu jakun dan dunggu sekali sehingga tidak dapat melihat poltik Islam yg dibawa oleh PAS berbanding poltik zaman batu oleh UMNO? Jika Anwar Ibrahim tidak dipecat pada 1999 adakah Terengganu akan jatuh pada PAS dan Kedah pulak pada tahun 2008?

Buktikan tanpa PKR dan Anwar Ibrahim org Melayu akan tidak teragak2 menyokong PAS..yup seperti anda kata inilah peluang utk PAS sebab semuo org tau Anwar akan masuk Sg Buluh sekali lagi sebelum PRU 13..inilah masa PAS membuktikan PAS mampu menarik sokongan majoriti org Melayu tanpa DSAI!!

GB berkata...

Bukan itu persoalannya. Persoalannya ialah dengan mmeletakkan Wan Azizah sgb Presiden dan Azmin sebagai Timbalan, PKR sebenarnya sudah seperti merelakan Anwar ke Sg Buloh.

Salah siapa nanti?

Kita bersimpati kerana Anwar tidak diberikan keadilan oleh sistem kehakiman negara yang ada, tetapi pimpinan PKR sendiri sudah menampakkan ketidak-adilannya di dalam pemilihan. Bererti, anda boleh mengharapkan keadilan di dalam sistem kehakiman negara jika di dalam parti sendiri anda tidak mampu untuk berlaku adil.

Ingatlah, jangan dipermainkan perkataan "keadilan" kerana ia satu istilah yang suci, yang murni malah Tuhan menyatakan dengan keadilan itu seseorang mencapai maqam taqwa.

Itu yang GB hendak ketengahkan, bahawa anda, pimpinan PKR perlu menampakkan keadilan, malah perlu dilihat berlaku adil.

Jika anda tidak boleh berlaku adil, wahai pimpinan PKR, then better, GO TO HELL.

Tanpa Nama berkata...

bagus pandangan GB.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kerana ulasan yang baik.

Pas memang hebat,sebabitu 50 tahun membangkang dengan kerusi parlimen bawah 15 kerusi sahaja. kecuali pru 1999 dan 2008.

Jangan ingat parti anda hebat. Tidak ada 1 parti pun dalam Pr yang boleh mendabik dada selepas pru 12. PKR menang adanya undi penyokong Pas,DAP,UBN dan atas pagar(khusus bukan melayu). Pas menang kerana undi PKR,DAP,UBN dan atas pagar.Begitulah seterusnya. Kalu nak cakap PR makin bagus tanpa PKR atau DAP atau Pas adalah satu kenyataan yang salah.

Muhasabah diri jangan hanya pandai lihat salah orang lain

wakil rakyat PR supaya menjaga kawasan dengan baik kerana masih belum banyak perubahan dirasai oleh rakyat d kawasan yang ditadbir oleh PR

Selamat Berjuang kepada GB dan semua yang cintakan Keadilan Islam

Budak Jelebu berkata...

Amat Bersetuju dengan anon 2:44 pm

Tanpa Nama berkata...

kepada anon 2.44 dan 3.57

pas pernah memerintah dua negeri, kelantan dan terengganu sebelum wujudnya pakatan rakyat. sebelum wujud isu anwar ibrahim lagi.

di dlm tahun 1969, pas mendapat 23.75% undi popular berbanding umno yg mendapat 33.67%.

Tanpa Nama berkata...

kerana nila setitik takkan kita nak korbankan susu sebelanga.. Mengapa PKR jadi macam ni tidak seperti sebelum ini. Cuba kita cari penyelesaiannya.. Jangan salahkan pas dalam isu ini. Tanpa Pas PkR tidak akan ke mana...dan tanpa PkR Pas juga tidak akan ke mana.. Kita saling memerlukan.

Tanpa Nama berkata...

Ada benar kata GB. Jika Anwar dipenjarakan bererti kerusi Permatang Pauh akan dikosongkan dan PRK akan diadakan semula. Wan Azizah bertanding semula?

Saya pun tertanya-tanya kenapa Azmin tidak dikenakan tindakan disiplin walaupun telah banyak melanggar etika pemilihan?

Berapa banyak yang telah dibelanjakan di dalam kempen pemilihan? Itu sebab saya setuju saranan Mustaffa Kamil Ayub bahawa calon hendaklah mendedahkan perbelanjaan kempen kerana nampaknya seperti padng tidak rata,
JPP tidak memperlihatkan mereka berkecuali.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat dgn Anon 2.44 pm, tanpa impak Anwar Ibrahim, terbukti pembangkang tidak mampu pergi jauh setakat ini...itu pun kerana PAS masih ada Tok Guru Nik Aziz, nak harap Hj. Hadi & Geng UGnya, mapuh kerahlah kata Ustaz Azhar Idrus...

Apapun aku percaya Anwar ada strateginya yg tersendiri, dia bukan kecik anak dan baru setahun jagung dlm sepak terajang politik...

Tanpa Nama berkata...

Apabila GB seorang ahli PAS menyuruh org go TO HELL!!Wahh..tarbiyah yg amat baik!!PAS juga perlu berlaku adil kepada Khalid Samad dengan menghukum Hassan Ali sama!! Saya tak mau kata org lain GO TO HELL!!

Tanpa Nama berkata...

kepada anon 6.16.

Yup betul PAS pernah perintah pada 1969 2 negeri dan tumbang jugak sebab ada Adun yg bersekongkol dengan UMNO..maknanya sama ja PAS time tu dengan PKR time sekarangg.,,,oh ya..campur tolak 1999 - 1969 ..dekat 30 tahun jugak PAS ambik alih Kelantan dengan kerjasama S46 pada 1990 dan Terengganu dengan kerjasama dalam Barisan Alternatif!!

Tanpa Nama berkata...

anon 10.22 & 10.46

Ini bererti anwar perlu dipenjarakan semula supaya beri impak positif yg lbh byk kpd pembangkang?

kalau begitu suruh anwar liwat byk2. lbh lama dia dipenjara dan lebih byk undi yg pembangkang dpt...

Tanpa Nama berkata...

Anwar, Wan Azizah, Nurul dan Azmin kena lepas PKR kepada ahli semula. Ketiga-tiga mereka tak sepatutnya pegang apa-apa jawatan supaya PKR benar-benar bersih dari gejala kronisme dan tidak dilihat sebagai parti yang dikuasai oleh dinasti keluarga.

Eh, ya tak ya berapa ratus ribu Azmin perhabiskan untuk kempen Timbalan Presiden ni? JPP pejam mata ker? Silap gaya setiap sorang ahli JPP sendiri sudah disuap oleh Azmin.

Tidakkah SPRM boleh siasat hal ini? Tunggu laporan agaknya.

Martoiriat berkata...

Salam GB...
Antara ketiga-tiga parti samada PAS, DAP dan PKR memerlukan antara satu sama lain. Jika salah satu diantara tiga dari parti ini tidak bersama-sama dalam PR, kemungkinan PR tidak kemana. PR memerlukan sokongan dari kaum Cina melalui undi DAP, kemungkinan Sokongan orang2 melayu pastinya datang dari PAS dan undi dari PKR datangnya daripada orang2 melayu yang benci kepada PAS serta yang tidak berparti atau tidak menyukai UMNO.
Cuba kita renungkan kembali sebelum era reformasi, sebelum wujudnya PR, pembangkang tidak sekuat mana. PAS dan DAP sebagai pembangkang tidak sehebat mana suara-suaranya di Parlimen. Tidak ada kekuatan 2/3.

Cuba diimbaskan kembali Setelah berlakunya tragedi terhadap Anwar, maka rakyat bangkit tuntutkan perubahan. Setelah itu maka lahirlah PKR... dan PAS, PKR serta DAP bersatu demi bersama-sama memperjuangkan kebenaran dan keadilan terhadap Anwar. Bersatu teguh, bercerai roboh maka mereka bersatu dalam satu saf sehingga sepuluh tahun kemudian, hasilnya pada 2008, PR dapat menafikan 2/3 keangkuhan Umno-BN di Parlimen. Itu adalah realitinya..

Pada pandangan peribadi saya, jika ketiga-tiga parti ini tidak bersama dan berpecah, saya yakin sokongan ahli atau rakyat juga akan berpecah. Kekuatan samada PKR, DAP atau PAS memerlukan sokongan ahli dan akar umbi serta juga penyokong masing-masing. Oleh itu jika ketiga-tiga parti itu berpecah nescaya ahli dan penyokongnya akan turut berpecah. Itu hakikatnya. Mereka perlukan diantara satu sama lain.
Tuhan telah beri kita akal dan fikiran, maka fikir dan nilailah sendiri pandangan ini.. sama-sama kita tunggu dan lihat tanpa bersatu ketiga-tiga parti ini akan lemah longlai..

GB berkata...

Saya berharap Tuan Martoiriat memperdalami ilmu tauhid. Tuan terkeliru diantar hukum adat dengan hukum aqal.

Hukum Aqal menyatakan: bahawa sanya Allah melakukan sesuatu mengikut kehendakNya dan adalah tidak wajib bagi Allah mencipta sesuatu yang mumkin.

"Sebab-akibat" atau apa yang dikatakan "sunnatullah" memang ada dan ia tidak berubah seperti yang tuan terangkan iaitu ketiga-tiga parti memerlukan diantara satu sama lain untuk menang. "Sebab" perpaduan ketiga-tiganya, melahirkan "akibat"nya iaitu kemenangan. Itu hukum adat, bukan aqal. Ertinya "adat saja" untuk menjadikan akibat dengan adanya bersebab.

Tetapi hukum aqal menjelaskan "kudrat" Ilahi tidak terbatas. Dia boleh melahirkan "akibat" tanpa "sebab". Contohnya: pisau yang tajam boleh "tidak melukakan" dan api panas boleh "tidak membakar". Begitu juga, PR boleh menang tanpa perlu orang bernama Anwar, PR boleh memerintah walaupun PKR tidak wujud.

"Keajaiban" adalah di luar batas manusia memikirkan. Sewaktu Perak diperintah PR, tiada siapa menduga Nizar boleh menjadi MBnya, sekalipun PAS adalah parti minoriti di dalam PR.

Dalil naqli pula terhadap hukum aqal ini dijelaskan di dalam Al-Quran yang dinyatakan dengan tegas:

"Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." Al-Imran : 26

dan wirid yang dibaca setelah solat menjelaskannya lagi:

Allahumma laa mania, limaa a'thaita, wa laa mu'thia limaa mana'ta, walaa ra adha limma qadlaita, walla yanfa'u dzal jaddi minkal jadduu.

Ya Allah! Tidak ada yang dapat menghalang jika Engkau memberi, dan tidak ada yang dapat memberi jika Engkau menghalang. Tiada siapa yang boleh merubah apa yang Engkau kehendaki, dan tidak dapat memberi manfa'at orang yang mempunyai kebesarannya itu.

Wallahu 'alam.

Tanpa Nama berkata...

ulasan yang hebat drp GB...kemahh

Tanpa Nama berkata...

Kita tengok sokongan org Melayu kpada PAS di Galas?? Jangn jadi macam Manik Urai sudah.Memnag Allah akan jadikan apa yg dia mahukan..cuma Allah tidak mahu manusia sombong kepada orang lain dan ego kepada orang lain!Allah boleh tarik balik apa pun sepertimana dia tarik balik Nizar dari menjadi MB di Perak!! Apa sebab dan hikmah perkara itu terjadi?

bunbinban berkata...

Aku dah cakap, Anwar dan Wan Azizah perlu berehat atau di rehatkan demi parti. Terlalu byk kesilapan Anwar termasuk memilih orang2 yang berada di sekeliling dia sehinggakan sendiri teraniaya. Bukan salah sesiapa tapi salah Anwar sendiri. Orang yg selayak-layaknya menjadi presiden adalah Syed Husin Ali dan timbalannya Tan Sri Khalid. Itu yang sepatutnya di pilih ahli akar umbi. Perjuangan PKR mestilah berlandaskan perjuangan rakyat bukan bergantung cuma kepada keadilan untuk Anwar. PKR sudah terlalu banyak menghabiskan masa menjawab dan berpencak isu Anwar sehingga terabai agenda parti untuk rakyat yg mana ianya kesilapan Anwar sendiri. Bersangka baik ada batasnya. Mungkin bukan rezeki Anwar nak jadi PM, mungkin rezeki Nurul Izzah?. Bersedialah untuk Anwar ke penjara dan bersedialah juga PKR untuk berubah kepada lebeh baik.

Tanpa Nama berkata...

Anon 2.27 menulis:

...
Allah boleh tarik balik apa pun sepertimana dia tarik balik Nizar dari menjadi MB di Perak!! Apa sebab dan hikmah perkara itu terjadi?


Tak nampakkah Allah dah hantar Nizar ke Parlimen?

Nizar menunggu untuk menjadi PM satu hari nanti!

GB berkata...

Anon 2.27 menulis:
... Allah boleh tarik balik apa pun sepertimana dia tarik balik Nizar dari menjadi MB di Perak!! Apa sebab dan hikmah perkara itu terjadi?

Tak nampakkah Allah dah hantar Nizar ke Parlimen? Nizar menunggu untuk menjadi PM satu hari nanti!

bukalah mata hatimu.