PKR rugi jika menolak orang baru yang mempunyai kewibawaan mempimpin semata-mata kerana statusnya baru menyertai parti, kata ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shahrim.
Sebaliknya, kata beliau, belum tentu orang lama dalam parti mampu memainkan peranan dengan baik dalam parti.
"Setiap ahli parti, tidak mengira baru atau lama mempunyai hak untuk bertanding mana-mana jawatan selagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.
"Ahli-ahli parti hendaklah memilih pemimpin berdasarkan kemampuan memainkan peranan dalam membawa agenda parti dan bukannya berdasarkan emosi orang lama atau orang baru," katanya yang dikenali dengan panggilan Chegu Bard ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, pemimpin yang berwibawa adalah pemimpin yang mampu memimpin semua ahli bukan terhad kepada sesuatu kaum atau kelompok tertentu sahaja tetapi semua ahli dalam PKR.
"Cabaran PKR adalah menyediakan pemimpin yang mampu memainkan peranannya sebagai pengikat dalam PR dan diterima oleh semua parti politik dan kaum dalam PR seperti mana yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Badrul Hisham juga menjelaskan, beliau tidak menyertai mana-mana kem sebaliknya lebih suka bersendirian dalam mendapatkan sokongan dari ahli.
"Bagi saya pemimpin naungan merupakan pemimpin yang lemah dan tidak berpendirian sedangkan dalam politik setiap pemimpin memerlukan idealisme dan proses kematangan yang berterusan.
‘Untuk membentuk kematangan tersebut memerlukan pengorbanan diri bukannya melalui politik naungan," jelas beliau.
Ulasan GB
Demikian seorang yang matang. Bukan seperti Azmin yang dah gentar apabila bertemu dengan orang baru. Ketara sangat ada agenda dan prasangka buruk Azmin terhadap orang lain.
Hanya yang takut bayang-bayang sendiri, yang nafsu tinggi tak terbatas, yang dah keluar wang sekalian banyak, yang dah melobi sekalian orang, itulah yang gentar untuk meneerima kekalahan.

6 ulasan:
betul kata chegubard..
kewibawaan tu penting..bukan pd senioriti..tengok kat umno..utamakan senioriti,kredibaliti takde..pasal tu teruk.
semua yang sokong pakatan rakyat tahniah, tapi bukan semua layak jadi pemimpin, kalau perangai macam UMNO tak payahlah.
Yg sama perangai dengan UMNO ialah Azmin. Takkan tak nampak. Siap ada YB-YB beri sokongan masa pencalonan. Akhirnya Ketuanya, YB Shamsul Bahrain terkangkang kalah. Lepas tu Azmin selepas dpt pencalonan tertinggi, dikatanya Zaid macam-macam.
Zaid setakat ni gentleman, cool and steady jer.
Setuju sangat komen CheGu Bard.Ahli yang baru masuk tu tak semestinya kurang dari ahli lama.Apa gunanya jadi ahli lama sekiranya tidak berupaya memberi sebarang sumbangan,sekadar tukang angguk saja.Ahli baru tu pun kita kena tengok dan lihat siapa dia.Yang berpotensi,berilmu,berpendidikan dan punya masa depan cerah dalam parti,wajar diberi ruang untuk maju.
Saudara GB,
saya ingin mendapatkan pandangan saudara tentang isu Azmin. Mengimbau beberapa tahun yang lalu, ramai orang-orang PKR seperti Ezam Mohd Noor keluar parti kerana dikatakan tidak serasi dengan Azmin. Adakah keadaan hari ini menunjukkan bahawa apa yang dikatakan oleh Ezam semasa keluar parti adalah benar..? Sekadar ingin mendapatkan pandangan GB sebagai pihak yang tiada kepentingan dalam PKR.
Saya sokong saranan che Gu Bard samada ahli baru atau lama yang jelas ahli itu dapat memainkan peranan yang lebih berkesan sebagai seorang pemimpin.
PKR memerlukan seorang pemimpin yang berwawasan, berkarisma serta berprinsip. Ketokohan yang ada pada Zaid atau calun-calun lain yang berwibawa perlu dipertengahkan untuk membawa PKR kearah yang lebih dinamik dan cemerlang. PKR bukan milik pemimpin atasan atau individu tertentu. PKR milik semua ahli. Tanpa ahli kemungkinan PKR dibubarkan. Justeru itu PKR seharusnya bersikap lebih demokratik dalam pemilihan pucuk pimpinannya.
Mereka seharusnya tidak dipinggirkan samada ahli baru atau lama. Yang penting PKR harus bersikap adil dan tidak memihak kepada mana-mana calun. Biarkan pemilhan ditentukan oleh perwakilannya secara demokratik dan telus serta dilihat sebagai sebuah parti alternatif untuk rakyat yang cintakan kebenaran dan keadilan.
Tidak kira samada Zaid ahli baru atau Azmin orang lama. Kedua-duanya diperlukan. Azmin orang lama tidak perlu takut kepada Zaid. Jika beliau telah dilihat berkemampuan memimpin PKR dalam membawa agenda parti dengan baik tentu pewakilan akan memihak kepadanya. Usah curiga dengan Zaid. Penyertaan beliau dalam PKR seharusnya memberi semangat baru kepada pemimpin-pemimpinya untuk sama-sama berganding bahu membuat perubahan politik Negara untuk menuju ke Putrajaya.
Janganlah kerana orang lama atau orang baru PKR akan hancur. Jika PKR hancur, PAS dan DAP juga akan musnah impian untuk sama-sama ke Putrajaya. Ketiga parti ini memerlukan antara satu sama lain. Jangan biarkan rakyat kecewa dengan orang-orang politik...
Catat Ulasan