Senarai Hitam Saman Ditarik Balik Hingga 28 Februari 2011
Kabinet pada Rabu memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri.
Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di sini.
"Namun tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira," katanya.
"Pada masa yang sama kepada mereka yang disenarai hitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya."
Katanya selepas 28 Feb 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula.
"Saya nasihatkan bahawa mereka yang mempunyai notis-notis itu perlu menjelaskan sekaligus atau secara ansuran."
"Untuk mereka yang membayar dan menyelesaikan notis-notis itu dalam tempoh masa kelonggaran ini, mereka tidak akan dikenakan markah demerit.
"Sistem yang lebih terperinci supaya mereka yang mempunyai notis yang belum selesai, berapa lama mereka boleh memperbaharui lesen memandu dan untuk memperbaharui cukai jalan akan ditentukan dalam satu dua hari ini," katanya. -BERNAMA
Ulasan GB
Setelah GB melaporkan semalam bahawa rakyat berkeras tidak akan membayar satu sen pun kepada JPJ dan Polis ekoran dari kenyataan Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan sekalipun diberikan kelonggaran membayar secara ansuran, kabinet hari ini akhirnya memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, tetapi hanya buat sementara waktu.
Kita hairan apa halnya Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berbuat demikian sedangkan ianya TETAP merupakan satu penghinaan kepada keputusan mahkamah.
Sikap seorang menteri BN yang tidak menghormati keputusan mahkamah adalah serius yang juga perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak.
GB sebelum ini telah menyatakan:
Mahkamah sebelum ini di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor pada 2009 secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.
Ini kerana, tindakan menyenarai hitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.
Berdasarkan kepada keputusan mahkamah berkenaan, apa juga pungutan hasil daripada penyenaraian hitam saman ekor adalah bertentangan dengan undang-undang.
Seandainya kerajaan masih berdegil untuk meneruskan pungutan dari senarai hitam kerana saman ekor, Menteri dan kementerian berkenaan, JPJ dan Polis boleh didakwa di mahkamah kerana menghina keputusan mahkamah.
Langkah untuk menyaman pihak-pihak berkenaan perlu dilakukan untuk memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak sewenang-wenangnya melanggar keputusan mahkamah selepas mereka menekan, mempermain dan menindas rakyat dengan membelakangkan undang-undang dan perlembagaan.
Kerajaan yang tidak mematuhi undang-undang tidak boleh diberi peluang memerintah lagi dan kerajaan yang tidak mematuhi undang-undang tidak boleh mengharap rakyat akan membuat perkara yang serupa (mematuhi undang-undang).

6 ulasan:
PAS patut lancarkan sticker dikenderaan awam. NAK HAPUS SAMAN EKOR, HAPUS BN PRU13.
Tahniah, Pas lebih menjaga kebajikan rakyat berbanding UMNO.
saman ekor masih berjalan, rakyat jangan tertipu dengan UMNO, nak bayar roadtax tak boleh selagi tak bayar saman atau BN memerintah malaysia.
kempen untuk pilihanraya la tu... SEBAB DIA KATA UNTUK SEMENTARA... JADINYA KALAU PRU 13 MENANG... DIA SAMBUNG BALIK LA SAMAN TU.... ingat... wahai rakyat.. lepas ini jangan pangkah bee end... kita kuborkan aje bee end....
Saman Ekor adaalah saman yang tak adil kerana kadang-kadang kereta kita dibawak oleh orang lain seperti adik beradik / kawan...bukan aras kesalahan kita,,,kalau tawaran saman ditandatangani dilokasi kejadian saya setuju oleh pembawa kereta,,tiada masalah,,,pembawa kereta perlu didakwa bukan pemilik,,,Oleh itu Saman Ekor perlu dihapuskan,,,bukan hanya nak cukupkan kouta saman harian,,,salah tetap salah tapi bukan cara saman ekor,,,
PAS kena buat sticker kempen untuk tampal dikereta, kalau kena beli pun insyaallah kami bayar..
Catat Ulasan