27 Ogo 2010

UMNO Mainkan Isu MP DAP Di Surau Serdang

Naib Presiden PAS: Tidak salah MP DAP Serdang berada di surau

Pemimpin PAS mempertahankan langkah Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi sebuah Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu yang kini dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu termasuk Perkasa dan Umno.

“Tidak menjadi satu kesalahan atau masalah bagi wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid atau surau untuk memberi bantuan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditemui The Malaysian Insider di sini hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, jika hendak mempertikaikan wakil rakyat itu tidak memakai tudung, tindakan tidak mengenakan tudung, “ia tidak mengharamkan seseorang daripada datang ke masjid.”

“Cuma ia menjadi adap, bukan syarat (mengenakan tudung) apabila masuk ke masjid, surau... bukan syarat tetapi adap,” kata beliau.

Terdahulu beliau menyampaikan takzirah di masjlid bandar Kinrara selepas solat Jumaat.

“Ketika di masjid Kinrara, saya ada menimbulkan contoh, bagaimana masjid ini kemungkinan dibina oleh seorang Cina walaupun projeknya diperoleh oleh seorang Bumiputera, dan pekerja-pekerjanya mungkin dari Myanmar, yang bukan beragama Islam.

“Adakah kita melarang dia daripada memasuki masjid dan surau ketika sedang dibina?” kata Mahfuz sambil menambah, dalam kes Teo beliau sebenarnya dibenarkan oleh pengurusan surau.

“Dari hukum tidak menjadi masalah... sama seperti isu doa, membaca doa untuk bukan Islam, bukan satu kesalahan, kita minta hidayah, tetapi isu itu dipolitikkan,” kata beliau lagi.

Teo dipetik sebagai berkata beliau tidak faham sebab kunjungannya ke surau itu menjadi kontroversi dan “dipermainkan-mainkan” kerana hanya berniat ikhlas.

“Kunjungan ke surau Al-Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depan hari ini memetik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Teo menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.

“Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk,” katanya.

Ditanya kenapa beliau tidak memakai tudung ketika memasuki surau, Teo yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP menjelaskan:

“Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu.

“Pada kebiasaannya saya hanya berada di luar surau sahaja. Ini bukan kali pertama saya ke surau itu. Sebelum ini saya berada di luar,” katanya yang sudah mengunjungi beberapa surau sepanjang Ramadan yang bermula 11 Ogos lalu.

Dalam laman webnya Teo berkata:

“Beliau yang hadir berbaju kebaya disambut oleh Pengerusi Surau Ustaz Azemi Ahmad dan ahli dan kariah surau sebaik sahaja selesai ibadah solat sunat tarawih dikerjakan.”

Teo berharap dengan kunjungan beliau kali ini akan menambah lagi kemesraan dan persahabatan di antara masyarakat berbilang kaum.

“Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan negeri Selangor ada membuat penawaran bantuan pinjaman pelajaran kepada lepasan-lepasan SPM di mana pinjaman yang terbuka kepada permohonan anak-anak negeri Selangor ini akan berubah menjadi biasiswa jika keputusan peperiksaan peminjam di universiti adalah cemerlang.

“Beliau menyeru kepada semua agar mengambil peluang tersebut supaya tiada anak-anak yang tercicir untuk memasuki ke universiti semata-mata disebabkan masalah kewangan,” kata laman web itu. -TMI


'Tazkirah' di surau: Saya ikhlas, kenapa dipermain?

Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata beliau tidak faham kenapa kunjungannya ke sebuah surau di Kajang Ahad lalu menjadi kontroversi dan "dipermainkan-mainkan" kerana beliau berniat ikhlas.

"Kunjungan ke surau Al Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya.

"Saya tidak faham mengapa kunjungan biasa ini dipermain-mainkan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyifatkan tindakan Teo menyampaikan 'tazkirah' di masjid sebagai tidak wajar.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan di muka depannya, yang memetik Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Ketika dihubungi Malaysiakini Teo menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar, seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Manakala ucapannya di dalam surau tersebut, jelas Teo, tidak menyentuh langsung soal politik, tetapi sebaliknya hanya menerangkan tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor.

"Kebanyakan mereka tidak mengetahui tentang perkara ini, dan saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan perkara tersebut kepada mereka," katanya.

Muslimin, muslimat jemput

Sementara itu, mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat utama di surau itu, Teo berkata beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.

"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.

Katanya, tarikh dan masa kunjungannya selepas solat Tarawih itu, juga ditentukan oleh pihak surau berkenaan.

Ditanya kenapa beliau tidak memakai tudung ketika memasuki surau, Teo yang juga timbalan ketua publisiti DAP menjelaskan:

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pihak) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu.

"Pada kebiasaannya saya hanya berada di luar surau sahaja. Ini bukan kali pertama saya ke surau itu. Sebelum ini saya berada di luar," katanya yang sudah mengunjungi beberapa surau sepanjang Ramadan yang bermula 11 Ogos lalu.

Surau: Baca sendiri blog Teo

Di sesetengah masjid terkenal seperti Masjid Negara dan Masjid Putrajaya, golongan bukan Islam dikehendaki menutup kepala sekiranya ingin melawat kawasan sekitarnya.

Teo juga menjelaskan, pada Ramadan kali ini, beliau ada juga mengunjungi dan berbuka puasa bersama ahli jemaah di beberapa surau di kawasannya parlimennya tetapi tidak pernah memasuki ruang solat utama.

Sementara itu, Utusan Malaysia juga melaporkan, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor, Abdullah Mansor memandang serius tindakan Teo kerana menurutnya, ia bertentangan dengan titah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik.

Abdullah juga menyatakan bahawa tindakan itu juga menyalahi hukum.

Justeru tambahnya, jika benar dakwaan itu, ia satu penghinaan yang amat besar kepada umat Islam apabila ada seorang bukan Islam yang keadaannya tidak 'bersih' memasuki ruang solat utama surau untuk mengadakan majlis dan membuat ucapan.

Pengerusi jawatankuasa surau Al-Huda Azemi Ahmad pula dilaporkan menjelaskan Teo masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan moreh kepada surau tersebut.

Bagaimanapun, Azemi berkata, isu itu tidak perlu digembar-gemburkan kerana tiada apa yang boleh dipolitikkan, lapor akhbar milik Umno itu.

Azemi turut meminta orang ramai supaya membaca sendiri laman web Teo untuk mendapatkan penjelasan sebenar. -mk


Ulasan GB

UMNO melalui akhbar pencacainya Utusan menjadikan kunjungan Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah surau di Kajang sebagai satu isu agama dan perkauman, namun ia menjelaskan pula mengenai kejahilan mereka terhadap agama Islam.

Entah siapa mengajar mereka melarang bukan Islam ke surau.

Yang nyata ia hanyalah satu sifat cemburu, irihati dan dengki, kerana MP berkenaan adalah dari Pakatan Rakyat. Jika mereka yang melakukan, 1001 justifikasi diberikan.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya rasa ada sesetengah orang islam perempuan yang masuk kedalam surau atau mana2 masjid pakai tudung tetapi rambut terdedah kira tak berdosa dan haramkah ini..??

mahaza berkata...

Suruh dorang ni pi tanya yang dok akad nikah kad masjid tu bukan dorang buat dah dekat dengan mimbar? 10% yang pergi (pompuan) bersih takde haid? Bertudung dengan sempurna? Ada yang tayang jambul, ada yang tayang tangan dari kain jarang - tak caya pi kat arkib akhbar utusansendiri carik gambar artis nikah kat masjid. (Bila aku komen dorang ni tak hormat masjid 0 sebab ni orang Islam, komen kena delete)
Cuma kes ni AJK masjid kurang prihatindan menyalahi adap tempatan. Seeloknya dielakkan - elak fitnah. 2 - Pi abgi peluru baek punya kat UTUSAN dan UMNO apa hal? ADUN kena pikir jauh sikit la....

Tanpa Nama berkata...

salam semua....knp UMNO semakin gile....ditambah pulak oleh org no 1 JAIS yg x da lulusan agama nk ckp pasal agama..memang haru biru jdnya islam kt M'sia ni....org x da lulusan agama..pegang jawatan no 1...lps tu beri pandangan...mampus lah macm ni....lps tu org yg jarang2 g masjid dan surau pun nk bercakap bab agama jg...sudahlah berpolitik murahan...kalau mcm ni cr UMNO berpolitik...jahanam m'sia...cina ..india..melayu akan kembali bermusuh...dn itu sebenarnya impian UMNO waktu ni...nt boleh nyanyi lagu ..anakkecik main api...Khusrin...letaklah jawatan....kau hanya jd proksi UMNO je...masa umno buat program kt masjid hulu selangor..kenapa kau diam...memang kau ni yg dikatakan syaitan bisu...takut dgn tuan kau...org macam kau lah jdkn islam makin dihina oleh org bkn islam...sbb kau tu lg hina...ingat....kau dh dihujung usia...mati tu pasti....gunakan sisa2 yg ada menegakkan agama Allah pd tempat yg sepatutnya..kau jg institusi agama kt selangor ni...jatuh bangunnya islam kt selangor ni atas bahu kau.....WAHAI KHUSRIN....

Tanpa Nama berkata...

Sedih aku kalau macamana jangan haraplah nak dakwah org masuk islam.Gajah pun takut nak hampir tambahan manusia.

Tanpa Nama berkata...

Aduh benda simple macam in pun susah nak di settlekan , suruh sahaja puak DAP anjurkan atau sponsorkan berbuka puasa hari jumaat depan dan ajak/jemput 501 orang ( berbilang kaum) sekitar Surau Kajang Sentral. Alah buatlah macam puak MCA Negeri Sembilan buat sponsor berbuka puasa di surau kat sikiamat , Negeri Sembilan yang kena simbah cat baru baru ini. Kalau MCA Negeri Sembilan boleh kowtim kes simbah cat , tak kan DAP Kajang Sentral tak boleh kowtim dengan Surau kajang Sentral.
Kita kan ni 1 Malaysia?

ANTIHIPOKRIT berkata...

SURUHLAH BINI NAJIB PAKAI TUDUNG DULU... TAKKAN NAK TUNGGU DLM MASJID BARU NAK BERTUDUNG?... PAKU DULANG PAKU SERPIH, MENGATA KAT ORG HAMPA YG LEBIH2...

Tanpa Nama berkata...

Geli hati nak mampos bila ada orang cakap yang pi masjid tu tak tutup aurat. Apa lagi yang bercakap tu wanita Islam yang pakai tudung tak sempurna! Sedangkan rambut wanita tu bukankah aurat? Bini Najib lagi hebat!!! Terdedah terus!! Kalau tengok majalah Mingguan Wanita yang kini berada di pasaran lagi hebat; satu keluarga dedah rambut. Orang Islam di Malaysia nak ikut perangai keluaga Satu Malaysia ni ka? Nak bercakap tengok-tengoklah diri dulu, kuman di seberang laut nampak, gajah didepan mata langsung tak nampak. Bravo Satu Malaysia yang makin bercelaru!!

Tanpa Nama berkata...

umno bodoh piang.. selidik tak, apa pun tak.. terus balun 'tazkirah' kt surau.

umno jgn cakap bab agama la.. bodoh piang..

Tanpa Nama berkata...

adab islam pakai tudung, tapi bini itu UMNO penting juga tarak tudung, amacam???

Tanpa Nama berkata...

Kes ini jelas menunjukkan hari kiamat telah sangat hampir. Antara tanda hari kiamat ialah apabila pemimpin terdiri daripada orang yang jahil dan fasik. Marilah kita sama-sama berpegang pada ajaran Islam, semoga bila tiba hari kiamat itu, kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat.

Unknown berkata...

Salam,tahun ni zakat fitrah pada yg tggal di slangor,tak yah buang duit byr pada JAIS/MAIS..korang yakin ker derang akn smpikan zakat kita kpd asnaf yg spatutnya..bab2 hukum asas pun blh main2,apatah lg bab duit..buat jer mcm aku,byr zakat fitrah direct pd asnaf..bkn susah nk cr org ssah kat slangor..pd yg tak phm hukum silalah tanya blh ke tidak byr zakat direct pada asnaf pd yg lbh pakar..yg pntg aku tau,mmg blh..