16 Ogo 2010

PAS Bakal Kecundang Di Terengganu Dan Selangor

Ambil alih tempat UMNO, Salahuddin Ayub: PAS perlu lebih proaktif

Bagi menggantikan UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan nasib masyarakat Melayu dan Islam dalam negara ini, maka PAS perlu lebih proaktif bagi mengambil alih kepimpinan tersebut. Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, PAS bukannya sebuah parti kecil lagi, malah merupakan sebuah parti yang memperjuangkan nasib semua rakyat yang memerlukan pembelaan.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS di Kompleks An-Nadhoh, Penanti, Bukit Mertajam tengahari semalam.

Salahuddin juga berkata, PAS harus memandang ke hadapan bagi menerajui kepimpinan bersama dengan PKR dan DAP yang berganding dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Bagi mencapai realiti ini, maka kepimpinan dan juga ahli PAS perlu mendokong konsep yang diamalkan iaitu sidiq, amanah, tabligh dan fatanah yang merupakan ciri-ciri penting bagi menuju ke arah kejayaan tersebut."

Beliau berkata lagi, "PAS telah meletakkan dirinya sebagai sebuah parti Islam yang lebih inovatif dalam membawa produk baru yang mampu dimanfaatkan kepada semua golongan masyarakat dalam negara ini."

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, untuk menjadikan hasrat melangkah ke Putrajaya satu realiti, maka reformasi dalam perjuangan PAS adalah salah satu perkara utama yang perlu mendapat keutamaan semua ahli dan pendokong PAS.

Beliau juga menyokong kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang ingin menerapkan nilai-nilai murni dalam kepimpinan yang berteraskan konsep perjuangan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Beliau berkata, Lim Guan Eng sepatutnya diberi peluang dan ruang untuk merealisasikan hasrat beliau menjadikan sistem pentadbiran Khalifah Umar sebagai satu perkara yang akan membawa kejayaan dalam pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Guan Eng perlu mengambil pendekatan untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa DAP mampu untuk menganjak paradigma yang lebih baik di bawah kepimpinan beliau jika dibandingkan dengan kepimpinan Lim Kit Siang."

"Sekiranya beliau mampu untuk membuktikan bahawa kepimpinan yang ingin diterapkan berdasarkan kepada kepimpinan yang telah dibawa oleh Khalifah Umar itu adalah satu sistem yang boleh memberi keadilan dan kesejahteraan kepada rakyat, maka barulah DAP dapat keluar dari kerangka dan persepsi negatif sesetengah pihak," katanya lagi.

Mujahid:

Manakala Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dalam ucapannya menyarankan kepada ahli PAS supaya membuang persepsi negatif bahawa PAS adalah pembangkang di Pulau Pinang.

"Di Pulau Pinang khususnya, kita walaupun mempunyai satu kerusi tetapi PAS adalah bersama-sama dengan kerajaan negeri menerajui Pulau Pinang. Oleh kerana itu persepsi yang seolah-olah mengatakan kita adalah pembangkang harus dibuang jauh," kata Mujahid Yusof Rawa.

"Dalam banyak isu UMNO dan Barisan Nasional (BN) cuba menjadikan isu masyarakat Melayu sebagai modal politik mereka bagi mengaut simpati masyarakat Melayu yang sememangnya semakin tipis menyokong mereka," katanya.

Mujahid yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata, isu tanah perkuburan di Jelutong yang selama ini telah 15 tahun tidak dapat diselesikan oleh UMNO dan BN.

Namun begitu dalam tempoh Kerajaan PR memerintah Pulau Pinang, PAS telah mengorak langkah bagi mengatasi masalah ini bagi manfaat masyarakat Melayu dan umat Islam khususnya dalam kawasan tersebut.

Beliau juga berkata antara kejayaan yang telah berjaya dilakukan oleh PAS di Jelutong ialah menyatukan dua puak yang bertelagah dalam isu Kampung Pokok Assam yang suatu ketika telah diarahkan pindah oleh pemaju bagi projek pembangunan dikawasan tersebut.

"Hasil dari perbincangan yang telah dilakukan maka kita meminta supaya pihak kerajaan negeri menekankan kepada pemaju dasar untuk menempatkan semula penduduk di kampung yang terlibat dengan projek pembangunan. Sekiranya ini dapat dilakukan maka persepsi bahawa kerajaan negeri mengusir masyarakat Melayu dapat ditangkis," tambahnya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah kepimpinan Pemuda, Muslimat dan PAS Negeri Pulau Pinang. -MR


Daftar Pemilih: Apa PAS Terengganu buat?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Aku suka merujuk kepada jadual di bawah. Jadual tersebut menunjukkan jumlah pemilih yang didaftarkan oleh Penolong Pendaftar (PP) oleh parti-parti politik di Semenanjung Malaysia.



Ketika mula-mula melihat jadual di atas, terdetik juga di hati. Apakah PAS Terengganu begini teruk dan lemah berbanding negeri-negeri lain terutama Kedah dan Kelantan? Sekali dilihat, memang Terengganu agak kebelakang dalam mendaftar pengundi baru.

Mengikut rekod SPR, masih ada Kira-kira 28% atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu (2009). Daripada jumlah tersebut, 65% daripada mereka adalah Bumiputera. Daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000), Sarawak (473,000) dan Kelantan (240,000). Manakala di Terengganu sekitar hanya 77,093 orang sahaja (12.3%) yang belum berdaftar.

Jadi, apabila dikaitkan pendaftaran pemilih dengan mereka yang belum mendaftar, Terengganu sebenarnya tidaklah jauh ke belakang. Cuma jika dilihat pada angka, memang ianya kurang pada bilangan.

Wallahua'lam.

p/s: Sekadar menjawab beberapa tulisan yang nakal dan tidak sudah-sudah mengkritik. -amdang81



Ulasan GB

Bagi GB, PAS masih leka dengan kemenangan silam dan parti masih diterajui oleh pemimpin-pemimpin pemalas dan pengamal budaya kepimpinan Pak Lah.

Pemimpin PAS yang ada bukan saja tidak pro-aktif, malah tidak innovatif, tidak kreatif malah lansung tidak ambil pusing bab-bab menjadi teladan di dalam kepimpinan, lantas parti menjadi lemah dan tidak bergerak ke hadapan.

Tanya kini, apa yang dah mereka lakukan untuk parti selama ini? Berapa minit yang diperuntukkan untuk berfikir dalam sehari untuk parti berbanding untuk hal-hal kepentingan diri dan famili? Apa landmark yang mejadi bukti sumbangannya selama ini untuk parti? Ada tak berfikir contohnya bagaimana nak wujudkan lebih ramai teknokrat Islam, usahawan Islam, mengumpulkan pakar-pakar IT dan telekomunikasi bagi membantu parti, menjadikan negara sebagai hub untuk pusat Ilmu mengenai pemerintahan Islam? Illekkk...

Paling tinggi adakan kuliah di surau tempat sendiri. Macam UMNO juga, bincang bab feqah sampai ke pagi. Wudhu sah tak sah jika tahi cicak jatuh ke dalam baldi. Tak berganjak dari dulu sampai kini.

Tetapi mereka (yang jumud) ini handal-handal belaka. Sebab, All The President's Men!
Presiden suka orang semacam ini sebab ampunya lebih.

Ada pula pemimpin cuba menunjukkan dirinya "terlebih kreatif", mencari jalan mudah untuk mencapai kemenangan sehingga melakukan tindakan yang bertentangan lansung dengan Perlembagaan parti dan yang tidak diamalkan oleh Rasulullah seperti idea "kerajaan perpaduang" yang telah digagalkan Allah s.w.t. Pemimpin jenis ini ramai di Selangor dan di Terengganu.

Di Selangor paling teruk, diterajui oleh seorang pemimpin berbudaya UMNO yang melakukan kerja-kerja gelap dan kemudian pandai memutar lidah menjustifikasikan tindakannya. Beliau pengamal budaya cantas mencantas dalam PAS. Awal-awal lagi dua pemimpin yang mengkritiknya dicantas dari Dewan Harian, Khalid dan Shaari.

Pemimpin tertinggi PAS termamsuk Pengerusi Disiplin membiarkan beliau bermaharaja lela. Kerana apa? Satu gangsi - UG namanya!

UG dah mati kata mereka. Tapi timbul cerita pertemuannya dengan seorang mufti UMNO-APCO yang mendedahkan petualang sebenar parti.

GB mendapat makluman, sebagai YDP Negeri, beliau yang ada kuasa mencadangkan nama-mana calon untuk negerinya akan mencantas beberapa YB daripada dicalonkan semula untuk parlimen dan DUN di negeri tersebut (termasuk Khalid dan Shaari) untuk digantikan dengan calon-calon pilihannya.

Itu merupakan sebab utama nanti jika PAS tewas di dalam PRU akan datang.

Bagi rencana kedua oleh sdra amdang81 dari Pemuda Terengganu yang cuba mempertahankan tindakan PAS Terengganu di dalam usaha melakukan pendaftaran pengundi baru, GB lihat ia tidak lebih sebagai satu sikap bodoh sombong seorang Pemuda PAS Terengganu.



Mengapa GB berkata demikian?

Tengok. Mengapa SPR buat pengumuman yang Terengganu hanya tinggal 12.3% yang belum berdaftar? Supaya PAS leka untuk melakukan kerja2 tersebut... kerana ketika ini UMNO sudahpun mendahlui PAS dari segi pendaftaran dan bilangan.

Bagi negeri-negeri lain pula seperti Selangor, Johor, Perak, Sarawak dan Kelantan - kesemua negeri-negeri itu sebenarnya negeri yang merbahaya buat UMNO - BN. SPR mendedahkannya supaya nanti rakyat jangan terperanjat jika di tahun hadapan angka pendaftaran pengundi baru meningkat mendadak... siapa melakukannnya? SPR sendiri!

GB membuat tuduhan di bulan mulia? Sembah sujud kepada Allah untuk diperlihatkan kebenarannya. InsyaAllah kita akan diberikan jawapannya.

Marah dengan GB kerana mengkritik pemimpin parti? Mudah, pecat saja GB dari menjadi ahli parti. Mungkin lagi aman dan lagi cepat parti bersemadi?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemuda PAS Terengganu macam amdang tu memang syok sendiri.

mentang2lah presiden org ganu. dia ingat PAS Trg dah cukup kuat ler ni.

Tak sedar dah nak terlingkup!

Tanpa Nama berkata...

terenganu mungkin wang esan dah turun kepada penyokong dan ahli pas .

Tanpa Nama berkata...

kerja tak buat, tu pun berangan nak kembali memerintah... cheh!!!!

usaha tak sebanyak mana, pas tu asek salahkan pengundi hantu lah...

takkan sampai seratus ribu ekor hantu amnu nak bawak...

Tanpa Nama berkata...

yang sebenarnya berapa ramai lagi muslimin dan muslimat pas yang memegang jawatan di surau2 yang hanya ada jawatan aje... tapi tak bersunggoh2 untok memainkan peranan... buat kuliah, suroh orang lain datang, tapi diri sendiri tak pernah nak berubah... kalau bab buat makan2 disurau maka datang lah mereka2 ni meraikan majlis makan, more bulan puasa juga dipenohi oleh orang2 yang jarang2 nampak muka dibulan2 yang lain. bukan lah nak sokong umno... tapi umno memang pandai memainkan peranan untok tawan penduduk setempat, tapi pas hanya untok yang ada jawatan aje... yang penduduk setempat tidak dihiraukan, makan ke .. tak ke... susah ke.. senang ke... sakit-demam tiada pun ajk pas yang nak menjengok dia orang ni... macam mana pas nak disokong oleh mereka2 yang memang dah 3 - 4 inci karat umno kat badan dia orang... fikir2kan lah sendiri wahai insan2 yang mengaku diri mereka berjuang untok pas atau hanya nak glamor aje...

Tanpa Nama berkata...

Budaya ahli-ahli PAS juga makin berubah dengan kemenangan yang dicapai. Lihat saja di negeri-negeri yang dikuasai PR.

Usaha-usaha membawa imej PAS sebagai parti rakyat tidak semeriah dulu lagi. Kenapa? Adakah sindrom syok menang menjadikan kepimpinan peringkat kawasan dan cawangan leka? atau masing-masing sudah ada rasa tidak puas hati apabila tidak mendapat itu dan ini? atau ada kepimpinan yang berkira-kira untuk mendapat jawatan tertentu, paling tidak ahli majlis?

Jika dulu markaz hidup dan banyak aktiviti, kini makin sepi. Hatta bulan ramadhan ini pun tidak ada aktiviti seperti edaran bubur lambuk atau kuliah. Nak harap ceramah macam dulu jangan harap lagi.