Perkasa mahu undang-undang halang bukan Islam kunjungi masjid
Perkasa mahu undang-udang digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau meskipun tokoh agama berpandangan bahawa tidak salah bagi masyarakat bukan Muslim berbuat demikian.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa bukan Islam boleh mengunjungi rumah ibadat umat Islam.
Selain mereka, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga mempertahankan kunjungan bukan Islam ke masjid dan surau.
Malah pandangan Perkasa itu bertentangan dengan fatwa Mac lalu yang membenarkan pelancongan mengunjungi masjid.
“Perlu ada undang-undang bagi menghalang insiden bukan Islam memasuki kawasan surau dan masjid,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada sidang media di sini hari ini.
Meskipun beliau mengakui bahawa bukan Islam pernah memasuki masjid ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w, Ibrahim berkata, menjadi tanggungjawab Islam untuk mempertahankan kesucian rumah ibadat.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini turut menuduh Nik Aziz tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.
“Sebagai Muslim, taqwa mengatakan bahawa kita mesti memelihara kesucian masjid. Nik Aziz seorang yang beriman tetapi kurang bertaqwa,” kata Ibrahim.
Ibrahim menggesa Majlis Agama Islam Selangor agar mengambil tindakan ke atas jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda yang membenarkan Teo menyampaikan ucapan.
“Tindakan ini telah mencemari kesucian Islam,” kata Ibrahim.
Ibrahim menuduh wakil rakyat penggal pertama menyampaikan ucapan dengan bermotifkan politik.
“Beliau bercakap tanpa tudung dan tidak menutup aurat. Ia keterlaluan, beliau mempunyai niat politik,” kata beliau lagi.
Ibrahim berkata walaupun beliau dijemput untuk menyampaikan ucapan di kuil-kuil selaku wakil rakyat tetapi lazimnya akan menolak jemputan sedemikian bagi mengelakkan politik dan agama bercampur.
“Apa akan berlaku jika saya bercakap mengenai politik di kuil atau gereja? Orang Hindu tidak akan menyukai. Orang Kristian juga tidak akan menyukai,” kata beliau.
Ulasan GB
Alahai, Presiden Perkasa cuba kononnya hendak mempertahankan "kesucian" masjid dan surau.
Dan katanya Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda berucap mempunyai niat politik.
Kita cabar Ibrahim Ali sebutkan apa yang sebenarnya diucapkan oleh Ahli Parlimen Serdang itu jika beliau tahu.
Sedangkan apa yang sebenarnya ialah
Manakala ucapannya di dalam surau tersebut, jelas Teo, tidak menyentuh langsung soal politik, tetapi sebaliknya hanya menerangkan tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor.
"Kebanyakan mereka tidak mengetahui tentang perkara ini, dan saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan perkara tersebut kepada mereka," katanya.
Kedua, Ibrahim menyatakan:
“Apa akan berlaku jika saya bercakap mengenai politik di kuil atau gereja? Orang Hindu tidak akan menyukai. Orang Kristian juga tidak akan menyukai,” kata beliau.
Baguslah jika Ibrahim Ali dapat jemputan untuk bercakap (tak kisah lah samada ucapan politik atau pun tidak) di dalam kuil atau gereja. Tetapi setahu GB takkan ada mana-mana pihak kuil dan gereja yang teringin nak jemput Ibrahim berucap. Hidungmu tak macunglah Ibrahim!

18 ulasan:
laye apo are gilo po dio..tuu..sbb pernah dengar satu cerita ore gilo ni keno laye denge hok gilo jugok..jadi kalu ado sapo laye si bereheng ni maknonyo dio tu lebih gilo dari bereheng ali nih..hhahaha...biar dio bengong sore dio lahh...
Abraham Ally tahu tak yang masijid selalu didatangi pelancong kat Mesia ni. SAgaknya dia tak pernah sampai masjid tu yang dia tak tahu. Atau pantang tok nenek dia (dibaca AMNO ) orang masok masjid, dihalaunya habis.
Asslm....
Kepada Ibrahim Ali,jika kita tak arif tentang hukum hakam agama kita yang suci ini diharapkan tuan rujuklah pada para ulamak jangan main sedap hati/mulut aje..jangan HARAMKAN YANG HALAL...jangan kerana nak jadi juara Melayu kita gadaikan Agama kita...
Tidakkah perbuatan tuan akan menjauhkan orang Islam dari agama kita dan menimbulkan ketakutan pada mereka.
Ingatlah jika tuan berjuang untuk ISLAM mati tuan akan didoa untuk berjuta kebaikan dan keampunan tetapi jika untuk KEDUDUKAN.....
Apa ini katak cakap? Dulu disuruh sekolah agama dan belajar agama tak nak, tak ada klas konon, sekarang memalukan diri dengan cadangan yang tak menepati semangat Islam itu sendiri; tapi mengaku diri Islam. Sanggup pulak dia kata Nik Aziz kurang takwa!! Apa dia tu lebih takwa. Ntah ntah makna takwa pun tak tau.!!
Buat apa layan katak ni.Dia tak tau apa yang dia cakap.
Berahim..Berahim! Ketidakcerdikanmu semakin menjadi-jadi.
Ibrahim Ali tidak pernah mengenali dirinya sendiri. Beliau hanya menyalak untuk kepentingan politik beliau yang semakin nak mampus tanpa berpandukan kepada hukum. Sebenarnya beliau tak layak nak bercakap tentang Islam. Jika kita hadiri ceramah2 beliau, banyak ucapan2 beliau menghina Islam. Apakah Ibrahim lebih arif dalam hukum hakam? Kenapa nak haramkan kunjungan orang bukan Islam melawati masjid? Adakah ianya bertentangan dengan ajaran Islam atau Ibrahim nak membelakangi hukum hakam yang telah sedia ada. Buatlah kenyataan yang boleh dijadikan pengajaran untuk semua umat supaya Islam dilihat lebih mulia dikaca mata orang bukan Islam. Janganlah kerana nak jaga hati pemimpin Umno Berahim rela mengharamkan yang halal dan yang haram pula nak dihalalkan. Janganlah nak jadi jaguh melayu dengan tidak mengikut hukum hakam dalam Islam.Kita ada mufti dan ulama, biarkan mereka buat keputusan.
jgn layan org gile ni....dia ni tgh pening..PRU dekat,,,UMNO x offer kt dia...PAS dh buang lama dlm longkang....so...tgh cr partiyg nk sokong dia kot...pergi jahanam kau pengkhianat,,,,,,dasar lidah bercabang..dulu.. dan selama2nya...
suruh dia berucap kat topekong siam lg baik. woit brahim... org lain pun melayu jgk tp tak lah bangsat mcm kau...
baru-baru ini Presiden OBAMA dan ramai Senat Amereka melawat Masjid Kaherah di Mesir dan diiringi Imam besar masjid tersebut.
Cuba kita tengok video ni pulak...
http://www.youtube.com/watch?v=sOFWamqnrMU
Tidakkah ini lebih menghinakan Islam? agaknya kalau puak gerombolan buat apa2 pun semuanya takpe.. apa pulak komen ke sang mufti? Al-Sultan taknak bertitah apa2 ke? Mana NGO? mana??
rasanya tak payah lah kita layan sikatak ni... dah dia macam orang gila... biarkan dia dengan puak2 umno termasuklah muftike.. ketua agama mereka gila sesama mereka aje... jangan kita juga gila macam dia... dah lah dia biol... kita pun diajaknya jadi biol macam dia... oh.. tidak.... aku tak rela gila bersama2 umno bahlol ni....
MACAM ADA BUNYI KATAK LAH PULAK MASA AKU TULIS AYAT NI... LAPAR AGAKNYE....
rugi jer kerajaan umno dan BN buat masjid mahal2X kalu takde org nak masuk tengok
woit!!!janganlah kita melayan org gila yg kuat melalak ni tak de paedahnya...katak katak katak
biarkan siluncai terjun dengan labu-labu perkasanya
Kesian aku dengan member UiTM aku ni. Aku kenai sejak dulu lagi. Pak Berahim apa ni koey mereben ni ?
dia ni bila pakatan rakyat menang keputrajaya dia akan lompat sokong pula
Keluar air mata aku bila baca kenyataan Mamat Katak ni. Dia terlepas pandang kot pasal Mat Saleh dan Minah Saleh laki bini pernah masuk masjid. Seperkara lagi yang buat aku ketawa sampai keluar air mata ialah kenyataan yang amoi bukan Islam tu masuk madrasah tak tutup aurat, tak pakai tudunglah katakan. Yang buat statement tu juga tak tutup rambut dengan sempurna; terjojol rambut kat depan. Kih... kih... kih... bini Najib, Kak Mah tu lagi dahsyat. Lain kali sebelum buat statement tengok cermin dulu. Jamil Khir, menteri ugama tu kalau tengok cermin mesti nak tentukan misai dia, masih adakah? Handsome lagi tak dia? Itulah lagak UMNO la ni. Patutlah gejala sosial, maksiat dan jenayah masih berterusan serta makin bertambah pula tu.
Catat Ulasan