3 perkara wajib bagi Najib-Rosmah Oleh Hishamuddin Rais
Tiga perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib-Rosmah untuk menyelamat harta kekayaan dan kuasa mereka daripada dirampas kembali oleh kuasa orang ramai.
Tiga perkara ini bukan terlalu susah untuk difikirkan. Malah ianya tidak memerlukan bantuan penasihat zionis APCO untuk memunculkan perancangan. Kita sendiri boleh memikirkan tiga pekara ini tanpa memerlukan ijazah PPE dari Oxford. Tahap jaguh kampung dan gedebe politik seperti Ibrahim Ali pun sedar hal ini.
Tiga pekara ini ialah:
1. Anwar Ibrahim mesti di ketepikan;
2. Parti PAS wajib dipisahkan dari Pakatan Rakyat; dan
3. Propaganda untuk menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat wajib diperbesarkan
Ketiga-tiga perkara ini wajib berjalan sarentak. Untuk kerajaan Najib-Rosmah, tiga perkara ini lebih penting daripada dasar ekonomi baru atau model ekonomi baru. Lebih penting dari dasar luar negara. Lebih penting dari Rancangan Malaysia ke-10. Kerana rancangan ini begitu penting sekali, maka kerajaan Najib-Rosmah akan menjanjikan apa saja untuk memastikan tiga pekara ini dapat direalisasikan.
Kerajaan Najib-Rosmah tahu, sedar dan merasakan bahawa susuk Anwar Ibrahim memainkan peranan yang amat penting dalam ikatan setiakawan Pakatan Rakyat. Dengan adanya susuk Anwar maka Pakatan Rakyat dapat berdiri teguh. Mengikut pandangan Najib Rosmah, jika Anwar 'diketepikan' maka Pakatan Rakyat akan londeh terbarai. Sama ada ini hakikat atau sebaliknya bukan penting. Yang penting inilah persepsi politik mereka. Politik bukan kebenaran – politik ialah persepsi.
Apa yang kita lihat hari ini - apa yang sedang berlaku di lanskap politik negara ialah gerak kerja jentera dan apparatcik politik Najib-Rosmah sedang menjalankan tugas untuk meminggirkan Anwar.
Dalam strategi politik, langkah pertama sebelum musuh diserang ialah melahirkan satu imej buruk musuh. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai. Ketika perang dunia kedua dahulu, tentera Jepun digambarkan bermata sepet, bergigi jongang membawa pedang samurai. Sesudah perang tamat, Jepun dilihat sebagai kawan dan rakan berniaga yang baik. Memunculkan imej hodoh ini amat penting. Jika imej telah buruk maka apa sahaja yang diperkatakan terhadap Anwar akan diyakini umum.
Strategi baru
Langkah pertama ialah mengaitkan Anwar dengan Saiful. Ini juga bukanlah satu langkah yang bijak bergeliga. Menggunakan kes liwat yang diadukan oleh Saiful, telah diteroka lebih awal lagi oleh Mahathir Mohamad pada 1998 dahulu melalui kes seumpamanya terhadap Azizan Abu Bakar.
Apabila Saiful diberitakan tidak membuang air besar selama dua hari kerana menyimpan bahan bukti di dalam duburnya, maka tahap jenaka dan genre lawak Melayu telah melonjak tinggi. Rating Lebai Malang dan Pak Pandir berkemungkinan jatuh. Apek Senario telah menjadi lawak basi. Lubang Saiful naik ke mercu kegemilangan.
Seperti kes Azizan, kes liwat Saiful juga telah tergelincir. Kelihatan propaganda berbentuk ini telah menjelak dan menjelikkan orang ramai. Ini mula disedari oleh Najib-Rosmah. Propaganda kes Saiful yang dirancang untuk memburukan Anwar telah menjadi lawak bodoh dan sedang melawan tuan.
Dengan cepat para apparatcik dan jentera Najib-Rosmah bergerak. Kali ini wajib dimunculkan satu lagi strategi baru – ejen asing. Harus disedari bahawa surah - ejen asing - ini juga telah mula muncul pada 1998. Ketika itu duta Amerika ke Malaysia ialah John R Malot.
Dalam kes pertama tahun 1998, memang telah disebarkan surah bahawa Anwar Ibrahim ini adalah ejen CIA. Apabila berita ini tersebar, kerajaan Amerika telah mengambil langkah yang tepat.
Menurut Pak Duta John R Malot - kerajaan Malaysia telah diberi amaran - jangan campur adukkan kerajaan Amerika dengan krisis dalaman politik Malaysia. Bila amaran ini sampai, maka surah Anwar ejen Amerika pun mati tak berasap.
Pasti perkara yang sama juga telah terjadi sekali lagi, kerana dengan tetiba sahaja media gerombolan hari ini, tidak lagi melaung-laungkan surah ejen asing ini. Pentabiran di Rumah Putih melihat apa yang berlaku sekarang ini sebagai krisis dalaman - tidak ada sangkut paut dengan jabatan risikan mereka. Justeru apabila dikaitkan Anwar dengan CIA, maka pasti pentabiran Obama ini, seperti tahun 1998, telah mengambil pendirian yang sama.
Langkah kedua yang sedang di jalankan oleh apparatcik dan jentera Najib-Rosmah ialah memastikan parti PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini adalah langkah yang amat strategik dan penting. Kerajaan Najib Rosmah membaca jika PAS dapat dipisahkan dari Pakatan, maka dengan segera Pakatan Rakyat akan luntur dan pecah.
'Merebut kuasa'
Kita harus menyedari bahawa walaupun PAS mengakui parti Islam - ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki dalam politik. Kita semua boleh mengakui bermacam-macam. Dalam politik yang direbutkan bukan Allah, Yahwe atau Siddarttha. Politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa.
Kuasa diperlukan untuk memastikan lubuk kekayaan dimiliki. Apabila lubuk kekayaan telah dimiliki maka di sinilah akan diuji sama ada parti itu bermazhab sosialis atau kapitalis.
Dalam dunia hanya ada dua sistem ekonomi - kapitalis atau sosialis. Dua sistem ini adalah sistem induk. Selainnya - yang mengakui sistem ini dan sistem itu - hanya pecah-pecahan dari dua sistem ekonomi ini. Seperti kuih bahulu – asasnya adalah tepung, gula dan telur. Warna, corak, rekabentuk hanya tokok tambah untuk mengolah keinginan orang ramai.
Dalam sistem ekonomi kapitalis ini, ada pemimpin PAS yang akan, yang telah dan yang sedang tewas dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya, kes cerai bekas ADUN PAS dengan isteri keduanya. Sang isteri sedang menuntut berjuta-juta ringgit. Ini kerana sang isteri tahu bahawa sang suami - ketika berkuasa dahulu - pasti ada tanah di sana dan tanah di sini, Ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa.
United Malays National Organisation sedar hal ini. PAS bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisma. PAS seperti PKR dan DAP, hanya berjanji untuk menguruskan kapitalisme dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisme. Ini hakikat. Ini realpolitik. United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi menteri besar dalam PAS. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh 'dimakan' di dalam PAS. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam - pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib-Rosmah.
Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari. United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk 'berunding' dengan PAS. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan PAS menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik, yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpeluang menobatkan dirinya dan mengumpul harta.
Waspada! Percubaan dan langkah-langkah yang diambil oleh Najib-Rosmah untuk berunding dengan PAS ini tidak ada sangkut paut dengan Najib sebagai anak Razak. Kerana Razak dahulu berunding dengan PAS maka Najib sang anak, juga akan berunding dengan PAS. Ini bukan bacaan politik. Ini sembang di warung Mek Jah. Dalam realpolitik yang hakiki ialah kuasa.
Keinginan berunding dengan PAS ini adalah perhitungan realpolitik. Ini kerana sesudah pilihanraya yang lalu United Malays National Organisation telah dilihat sedang menuju ke hari-hari akhir. Justeru untuk menyelamatkan harta kekayaan, perpaduan Pakatan Pakyat yang kompak, wajib dilemahkan.
Setiakawan Pakatan
Kota yang kukuh wajib dibocorkan. Setiakawan Pakatan Rakyat yang mekar wajib dikacau-bilaukan. PAS wajib dipisahkan dari Pakatan. Kalau tidak semua, sebahagiannya. Ini perhitungan politik untuk menyelamatkan harta dan kuasa.
Lalu kita sampai ke strategi ketiga - mengharu-birukan kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan Kelantan tidak perlu diganggu-gugat kerana slogan 'kita semua Melayu dan kita semua Islam.' Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang boleh digugat tetapi 'slow sikit' kerana
DAP ini lebih senang dikawal kerana Kecinaan mereka. Ahli gerombolan yang meninggalkan parti tidak mungkin akan menjadi ahli DAP.Malah DAP ini juga boleh dibawa berunding jika hari baik dan bulan baik – jika masa dan ketikanya telah ranum. Justeru musuh utama ialah Parti
Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Lalu semua akan dilakukan untuk menggangu-gugat kerajaan Pakatan di Selangor. Lembu, kambing, pasir, tayar kereta, surau, masjid, kuil, sekolah, kasut, punggung - malah apa sahaja yang bersangkutan dengan kerjaaan Selangor - akan digunakan untuk menunjukkan kepada warga Selangor bahawa kerajaan Pakatan ini tidak perlu disokong.
apparatcik dan jentera kerajaan federal sedang digunakan oleh Najib-Rosmah untuk melemahkan kerajaan Selangor. Kes demi kes telah dibuka oleh SPRM terhadap pimpinan kerajaan Selangor. Semua dilakukan untuk menekan agar ada ADUN PKR yang akan berpaling tadah.
Media gerombolan telah digunakan hingga ke tahap maksimum untuk mengolah persetujuan orang ramai. Seluruh Malaysia cuba diberi tahu bahawa krisis yang amat besar sedang melanda kepimpinan kerajaan Selangor. Kerajaan Selangor ini akan runtuh bila-bila masa sahaja dan Khir Toyo boleh kembali berpesta ke Disneyland tanpa soal jawab.
Di mana akhirnya semua ini? Dalam merancang realpolitik, Anwar Ibrahim pasti akan diketepikan. Ini strategi utama. Susuk ini tidak akan diberi peluang untuk bebas bergerak. Jika diikutkan hati nafsu Najib-Rosmah, susuk Anwar ini akan diketepikan sebelum piliharaya Sarawak.
Tetapi bagaimana nanti reaksi kawan-kawan Yahudi Anwar yang selalu diperkatakan itu? Dan bagaimana pula ejen-ejen CIA yang lain? Apakah mereka juga akan datang untuk membantu Anwar? Kini seperti kes Saiful, senjata dan propaganda akan memakan tuannya.
Dalam realpolitik ada yang lebih 'real''. Yang lebih 'real' ialah kuasa rakyat. Kerajaan Selangor mungkin goyang tetapi tidak akan runtuh kerana akarnya semakin kukuh. Kuasa rakyat ini jugalah yang akan menentukan apa yang akan terjadi kepada Anwar Ibrahim.
Justeru United Malays National Organisation hanya ada satu pilihan: mengajak PAS datang berunding. Najib dalam keadaan ini akan menjanjikan apa sahaja. Kalau PAS minta Najib melempang Muhyiddin - pasti Muhyiddin akan kena satu pelempang. Kalau PAS mahu Najib menampar Khairy Jamaluddin - pasti Khairy akan ditampar. Seperti Sultan Mahmud meminang Puteri Gunung Ledang, Najib akan melakukan apa sahaja kecuali PAS tidak akan dibenarkan bertanya berapa orang sebenarnya anak Rosmah Mansor.

7 ulasan:
Salam Gb & 4 all.
Yang pasti negaraku sdg menuju kearah pemerintahan diktator,lebih zalim drpd jaman era Mahathir.Matlamat Menghalalkan Cara cuba didaulatkan tanpa menghiraukan halal-haram .Idi Amin,Marcos diangkat idealimsmenya utk dijadikan ramuan dlm pemerintahan Sang Najib and the gang.
Zaman gelap yang dikatakan oleh Saudara Hishamuddin Rais dalam artikelnya suatu masa dulu memang benar benar berlaku..dengan penyelewengan dan rasuah yang berleluasa,kronisme dan fitnah menjadi satu budaya serta penindasan dan pengkhianatan berterusan terhadap rakyat adalah agenda sebuah kerajaan yang zalim dan pecah amanah..amanah yang telah diberikan oleh rakyat adalah hak rakyat jadi tunggu sajalah UBN bahawasanya yang dikhianati akan mendapat pertolongan ALLAH berkat keikhlasan, kesabaran dan doa umat yang beramal soleh..
Berapa sebenarnya anak Rosmahlatantuya?..
marilah kita sama2 bersatu bagi menguatkan pakatan rakyat untuk menolah penguasa yg mahazalim kepusat tasik pauh zanyi insyakAllah.
marilah kita berdoa kepada Allah... kerana hanya ALLAH SAHAJA YANG BOLEH MENGHANCURKAN NAJIB ROSMAH DAN DONKEY2NYA.....
amin.. semoga allah tumbangkan BN dan diganti pemerintahan orang beriman yang adil
Rosjibtuya menghina serta mencabar kuasa Allah. Tak perlu disenaraikan kerjajahat2 mereka nih. Semuanya dalam pengetuan Allah. Janganlah kamu kelentong Allah.Kau tunggulah saat kehancuran mu. Insyaallah. Ingatlah setiap yang bermula akan berakhir. Bertaubatlah, ketika pintu taubat masih terbuka. Baliklah ke pangkal jalan. Rosjibtuya pasti hancur. Doa2 mereka yang dizalimi tiada hijab di sisi Allah. Hebat setara mana sekalipun perancangan kamu , perancangan Allah yang maha hebat.
Catat Ulasan