Najib: Umno tidak perlukan PAS
Datuk Seri Najib Razak berkata Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS.
Perdana Menteri dan Presdien Umno itu berkata PAS harus menghormati Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini.
Beliau berkata tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan Umno dalam hal tersebut.
“Saya tidak mahu buat apa-apa kenyataan lagi sebab Timbalan Presiden Umno (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telahpun membuat kenyataan. Saya rasa cukuplah dengan kenyataan tersebut.
“Saya cuma nak nyatakan bahawa Umno memang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan kerana kita ini terlalu lemah, kita terpaksa mencari kawan baru dengan PAS,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan, penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 dan Penganugerahan Pembaharuan Pensijilan 5S Perbendaharaan Malaysia di sini.
Semalam, Muhyiddin menyatakan komitmen serta kesediaan Umno untuk bertemu dan menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.
Sebelum ini, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu.
Ekoran daripada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Razak Idris mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas supaya kerjasama antara Umno dan PAS dapati dicapai.
Mengulas lanjut, Najib berkata sama ada kerjasama antara Umno dan PAS itu menjadi kenyataan atau sebaliknya bergantung kepada perkembangan selanjutnya. — Bernama
Ulasan GB
Muhyiddin kata UMNO bersedia temui PAS. Najib pula kata UMNO tak perlukan PAS, UMNO ada kekuatan sendiri, tambahnya.
Masing-masing bertelagah nak pikat PAS atau pun tidak.
Najib adalah benar bila beliau menyatakan UMNO ada "kekuatan sendiri" - kekuatan apa? Ya, kekuatan menipu, kekuatan berbohong, kekuatan memfitnah, kekuatan menabur janji, kekuatan mengeksploitasi agensi-agensi kerajaan, kekuatan memperkudakan SPR, SPRM, PDRM dan lain-lain.
Hei Najib, pinggan tak retak nasi tak dingin. UMNO tak hendak, PAS lagi tak ingin!
PAS juga ada kekuatan, kekuatan PAS terletak kepada kesetiaan ahlinya terhadap prinsip perjuangan, kepada keimanan terhadap Allah dan RasulNya dan kepada doa yang bakal menghantar UMNO BN ke lembah kehancuran!

Muhyiddin: Umno sedia temu PAS jalin kerjasama
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno sedia berbincang dengan Pas sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu seperti disaran beberapa pihak.
Sambil menyambut baik saranan itu Timbalan Perdana Menteri berkata usaha menjalin kerjasama antara kedua-dua parti Islam itu bukan satu perkara baru kerana ia pernah disuarakan sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan.
“Soal perpaduan antara Melayu sama Melayu bukanlah satu perkara tidak baik, lebih-lebih lagi dalam situasi pada masa kini yang memerlukan bentuk kerjasama yang lebih konkrit terhadap isu termasuk ekonomi, kebudayaan dan institusi beraja serta mewujudkan perpaduan untuk membantu membangunkan ummah dan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asean 2010 di sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata terpulang kepada kepimpinan Pas sama ada bersetuju menjalinkan kerjasama itu atau sebaliknya.
Semalam akhbar memetik anggota Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lokman Nor Adam sebagai berkata bahawa hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan Umno bersatu.
Ketika ditanya mengenai kebimbangan sesetengah pihak sekiranya kerjasama antara Umno dan Pas terjalin, Muhyiddin berkata mereka tidak perlu takut kerana kerajaan tetap akan menjaga kepentingan semua kaum.
“Masyarakat bukan Islam jangan rasa tergugat kalau ada usaha sebegitu kerana selama ini pun dengan kekuatan perpaduan Islam, maka negera lebih terjamin selamat dan tiada masalah,” katanya.
Muhyiddin juga berkata kerajaan tidak ada halangan untuk membenarkan siapa-siapa saja menubuhkan pertubuhan asalkan ianya untuk kepentingan rakyat dan negara serta tidak mempunyai muslihat tersendiri.
“Sesiapa sahaja boleh tubuhkan... nak kata Chinese Perkasa ke, Malay ke, Indian Perkasa,” katanya mengulas cadangan Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim baru-baru ini yang mencadangkan agar sebuah Perkasa Cina ditubuhkan. – Bernama
Ulasan GB
Muhyiddin kata UMNO bersedia temui PAS. Najib pula kata UMNO tak perlukan PAS, UMNO ada kekuatan sendiri, tambahnya.
Masing-masing bertelagah nak pikat PAS atau pun tidak.
Najib adalah benar bila beliau menyatakan UMNO ada "kekuatan sendiri" - kekuatan apa? Ya, kekuatan menipu, kekuatan berbohong, kekuatan memfitnah, kekuatan menabur janji, kekuatan mengeksploitasi agensi-agensi kerajaan, kekuatan memperkudakan SPR, SPRM, PDRM dan lain-lain.
Hei Najib, pinggan tak retak nasi tak dingin. UMNO tak hendak, PAS lagi tak ingin!
PAS juga ada kekuatan, kekuatan PAS terletak kepada kesetiaan ahlinya terhadap prinsip perjuangan, kepada keimanan terhadap Allah dan RasulNya dan kepada doa yang bakal menghantar UMNO BN ke lembah kehancuran!
8 ulasan:
berjuang untuk Melayu..??
Selama ini berjuang untuk siapa?
Selama ini adakah bukan Melayu merampas harta melayu??
Adakah bukan melayu dengan usaha sendiri mencari rezeki dan dari masa ke semasa dan diam-diam bagi melayu apa yang melayu mahu??
sangat bagus tak bersama UMNO altantuya
kita rasa melugai bila dengar najip kata umno perjuangkan islam,sebagai parti yang merentah sewajipnya melaksanakan dasar pemerentahan mengikut hukum islam,oleh kerana umno menolak hukum islam sebagai dasar pemerentahan maka wajip keatas individu yg mengaku sebagai islam menolak umno.
Alhamdulillah, Allah telah membukakan hati ini supaya tidak "teringin" nak sokong umno apatah lagi nak undi umno...bersyukur kepada Allah swt.
Parti yang membawa kecelakaan kepada umat dari dunia hingga akhirat...tak percaya cuba buat kajian apa pemimpin umno buat dan rujuklah pada ulama yang ridak makan nasi dengan umno.
Apabila Najib membuka balik isu perhubungan antara UMNO/PAS yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduang(UG),bererti puak UG dalam PAS sebenarnya tidak tutup pintu sebagaimana yang dilafazkan oleh Presiden PAS,Hadi Awang,selepas Muktamar diPutik baru-baru ini.Bermaksud,cara diam-diam dan dalam gelap,usha untuk menubuhkan UG ini,masih berjalan.Hadi Awang masih mau berjumpa dengan ulamak-ulamak UMNO,Ketua Pemuda PAS,Tantawi turut berhasrat menemui Pemuda UMNO dan Hassan Ali masih meneruskan kritikan terhadap Keadilan dan DAP.Dalam tempoh 2 hari,Presiden dan Tim.Presiden UMNO membuat kenyataan menghulurkan tangan kepada PAS untuk merialisasikan UG.Benar komen GB,kebanyakan ahli PAS tak ingin nak tidur sebantal dengan UMNO dan TGNA sendiri telah membuat kenyataan yang tegas bahawa UG - Out.Tapi ini bukan pendirian Hadi Awang,Nasha,Tantawi dan Mustafa Ali.Puak UG dalam PAS ini meneruskan aginda mereka dalam gelap dan buktinya adalah reaksi dari Najib dan Mahyuddin.Kalau tak ada angin,takkan pohon bergoyang.Ahli-ahli PAS yang tak maukan UG ni,jangan salahkan UMNO semata-mata,dikalangan pemimpin tertinggi PAS ada gayung bersambut,yang membawa harapan kepada UMNO.Fikirkan.
Hanya orang Melayu yang tolol aje mahukan UMNO. Orang Melayu yang Islam, yang inginkan Islam sudah tentu tak inginkan UMNO. Berbuat fitnah tu adalah perkara biasa dalam UMNO. Sesama sendiri pun boleh difitnahkan, apatah lagi lawannya PAS. Hanya Mat Terang Bulan yang buta dan malap saja percaya dan cuba menimbulkan 'fitnah' dan 'sangsi' dalam diri lawan depa. Tak usah guna 'reverse psychology'. Yang terang tu tetap terang dan yang malap tu tetap terus malap.
UMNO memang ada cara tersendiri dalam memperjuangkan Islam menerusi mazhab 1 Malaysia terutamanya dalam soal menghalalkan judi.
AKU,
ko ingat dalam pas tak ada melayu yang tolol? biar betul AKU. nampak sangat ko ni tak ikut perkembangan selepas pru12, muktamar ke 54, ke 55, ke 56.
54 dan 55, tutup, tapi entah macam mana terbuka. penyelak rosak ke atau kunci pendua ada kat orang.
56 baru lalu diulangi 'pas tak akan dukung biawak hidup'. nak buktikan dah tutup? tutup lagu mana AKU?
apabila tgna kata boleh bincang dengan tpm, stopa ali terus sambut 'pas sedia bincang di peringkat g 2 g". laju dia beb. takkan ko tak leh baca benda2 cam ni. entahlah, mungkin ko dok dalam 'melayu yang tolol'?
bab umnop nak laga2kan pas dalam pakatan rakyat ke, nak timbulkan kesangsian pengundi terhadap pas ke, dan apa lagi keuntungan politik yang akan diraihkannya, persoalannya nape ada 'melayu tolol' dalam pas yang begitu seronok dengan irama bincang/jumpa/muzakarah/bertemu dengan umno?
takkan stopa ali tak tahu bagaimana umno layan kerajaan kelantan? sekarang pun dia kata tak ada syarat, tak leh bincang pasal royalti. habis nak bincang pasal apa? apa ada kepentingan kepada pas bincang/jumpa/muzakarah/bertemu umno? dan apa pula kepentingan kepada umno?
ini politik AKU. tg presiden pernah sebut 'jangan biarkan ular mematuk di lubang yang sama dua kali'. sekadar sebut semua boleh sebut. kata tutup, terbuka. buktikan!
wallahu'alam.
Catat Ulasan