Seronok sangatkah dapat bergambar dengan Najib dan Muhyiddin, wahai Presiden dan Timbalan presdien PAS? (Gambar dirakam sewaktu sidang parlimen tatkala Najib meraikan aktivis Rachel Corrie baru-baru ini - ehsan TMI)
Bukankah gambar ini boleh dimengertikan oleh sesiapa juga bahawa UG itu masih hidup segar? Lihat sahaja rawak muka Najib dan Muhyiddin, yang begitu gembira dengan kehadiran pemimpin PAS (Nasyaruddin dan Hadi yang turut kelihatan gembira) bergambar sama.
Mengapakah begitu pantas 2 pemimpin PAS ini menerima pelawaan pemimpin UMNO yang kemudiannya kedua-dua itu "ditipu" apabila sebenarnya yang hendak diutamakan ialah bergambar sama untuk menunjukkan keakraban UMNO-PAS demi menghancurkan Pakatan Rakyat?
Mengapakah tidak belajar dari peristiwa-peristiwa lalu? Mengapa pemimpin PAS kita terlalu lemah untuk berfikir supaya tindak-tanduk mereka tidak mengelirukan orang lain?
TGNA pernah ditipu oleh Najib sewaktu kunjungan Najib di Kelantan di mana wakil Najib telah menjemput TGNA ke lapangan terbang untuk "menyambut" Najib. Gambar kedua-dua pemimpin itu kemudiannya dimanipulasikan namun telah dijawab oleh TGNA bahawa kerjasama yang dikehendaki oleh Kelantan ialah diantara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Bukan PAS dengan UMNO. Gi jahanam dengan UMNO - tegas TGNA.
Anda hentam pemimpin UMNO sepuas-puas di rostrum ceramah Pakatan Rakyat, tetapi lain jadinya apabila anda bertemu mereka di tempat lain. Sama juga UMNO dengan Israel. Dihentam sepuas-puasnya yahudi itu di Parlimen, tetapi kelingking masih berkait dengan APCO. Itu CURANG namanya. Ini bukan fitnah tetapi hakikat yang terang dan nyata. Zahirnya lain batinnya lain!
Jangan salahkan rakyat, jangan disalahkan ahli PAS, jangan salahkan blogger - jika PAS terus ditimpa musibah di setiap kali keputusan pilihanraya yang melibatkan PAS selepas ini.

20 ulasan:
Semenjak era UG, saya hanya duduk dan sokong PAS dari jauh....
dalam hati sanubari saya, saya tidak lansung menerima kepimpinan 2 orang yang menyokong permuafakatan dengan UMNO ini..
hanya TGNA yg nampaknya konsisten dan istiqamah.. no to UMNO.
Bhai GB,
Gua stuju ngan artikel lu nih... memang gua kureng betul ngan diorang nih....
tak apa ke tulis mcm ni.?
bila nmpk pemimpin yg disukai brgambar dgn musuh tak de nk ulas plak..ok je..
bila pemimpin yg tak disukai tu berjumpa dgn musuh,mulalh tulis mcm2..
blog GB ni bagus..pantas..cuma saya bmbng jgk tkut GB silap ulas..
dr segi hukum sy tak tahu lh di bolehkn @ tidak menulis seperti ini..nnti mcm2 pembaca terjemahkan..
teruskan menulis yg baik2 kepada GB..
aku pun boring gile dgn ulama' PAS timbalan dan bosnya...
aku harap muktamar akan datang..
ada orang yg sudi nak cabar mereka berdua ni..
Gambar tidak menipu.Dari air muka Hadi dan Nasha,memang nampak jelas kegembiraan,kepuasan,keghairahan yang tak terkira,tatkala berdampingan dengan Presiden dan Tim.Presiden UMNO.Yang ketinggalan bas hanya Stopa Ali.
MUKTAMAR AHLI PAS CABARLAH DUA EKOR NI... GANTI DENGAN ORG LAIN... AHLI KAT BAWAH NI SETENGAH MAMPOS MEMERANGI UMNO... WANG RINGGIT... TENAGA... TAK PAYAH KIRA LAH... BILA TENGOK PEMIMPIN TERTINGGI BOLEH PULAK BERMESRA DGN ORG YG MENGUPAH APCO... KALAU TK ADA PEMIMPIN SPT NIK AZIZ... TENTULAH SUDAH TAWAR HATIKU UTK BERSAMA PAS....
Allah telah gagalkan usaha kedua-dua orang pemimpin ini meneruskan agenda UG mereka.
Menunggu masa Allah tendang mereka bersama konco-konco mereka keluar dari jemaah lantaran cuba mengkhianati perjuangan Islam dengan idea karut mereka untuk bersekongkol dengan golongan penzalim.
Janganlah hancurkan harapan rakyat untuk melihat BN hancur dalam PRU 13 nanti. BN akan gunakan kesempatan yang ada untuk memecahbelahkan PR.... Pernahkah kita dilayan begitu istemewa sebelum ini.. Kita diikat, kita ditendang, kita dibelasah, kita di lanyakkkkkk dan kita hampir kehilangan Kelantan pada PRU 2004.
Janganlah dinodai perjuangan suci PR untuk mengambil alih tapuk pemerintahan negara daripada pengkhianat2 negara....Cubalah jadi macam TGNA..
Idea UG adalah idea iblis yang cuba menghancurkan PAS.
Allah telah selamatkan PAS.
IDEA UG ni lah salah satu Ajinda APCO..untuk pengetahuan semua
see?
penulis boleh buat ulasan dengan hanya bersandar kepada sekeping gambar sahaja. Amat mengecewakan itu adalah ulasan dari seorang yg so-called amat berpengalaman.
Pictures can be deceiving.
Nanti kalau ada orang lain ulas gambar pemimpin PAS lain dalam scenario yg sama, pasti ada pihak2 tertentu yg melenting.
-Mohd, Rusila, Mansoura, Egypt, Pulau Melaka
Mohd di atas berkata:
Pictures can be deceiving.
Perception - satu yang perlu dititikbertatkan di dalam dunia pengurusan baru.
Anda tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak yg mentafsir sekeping gambar mengikut persepsi mereka.
Jika ada yang tersalah tafsir - maka yang dibebankan kesalahan itu ialah pihak yang bergambar. Mengapa melakukan sesuatu yang boleh disalahtafsirkan orang.
Mengapa terlalu bebal sampai ke peringkat sedemikian jika sudah berjawatan presiden dan timbalan presiden.
Hadi : ubat yang dah tamat tempoh.
pengajaran: (apa yg anda kata kat orang akan kembali kepada anda semula)
Jika selagi ada TGNA aku sokong PAS tapi jika Hadi dan Nasrudin ni maaf, good Bye la PAS
aku nengok Nasa tu dah mcm owng UMNO dah Tuan Haji jng buat perangai faham!!
jamuluddin tu pon orang kita.. mestilah 2 pemimpin tertinggi kita sambut dia.. 2 pemimpin tertinggi BN tu plak memang nak menyibuk.. bersangka baik lah.. GB ni agaknya bangun tidor je terus pikir mcm mana nak korek salah orang.. UG dah tutup buku, tapi blogger2 mcm GB ni lah yg tak berhenti jd batu api..
wei GB... wa x tau la lu akan siarkan komen wa ke x.
lu judge sekeping gambar tu sehingga menegatifkan pimpinan? lu tau ke apa yg di sembangkan? bukannya raikan najib. tu diorang sembang dgn wakil Amal malaysia yg jadi sukarela hantar bantuan ke gaza, yg kene serang israel.
lu ni penuh dgn hasad ke?
lu berani, pegi la jumpa TGHH, tanya dia apa yg lu x jelas. UG tu betol ke nak serah tengkuk lu kpd umno?
kalau x berani, pegi la jumpa ostaz nasha pon jadi laa. jgn duk buat spekulasi yg kelak ditafsir salah org lain, hingga jadi fitnah dlm jamaah. lu duduk di bawah, buat la cara orang bawah. diorang pimpinan. Pimpinan tak bodoh mcm lu sangkakan!
lu ni ada kene mengena dgn aduka taruna ke?
kita tak pernah dengar Rasulullah ada jumpa Abu Jahal dan Abu Lahab sambil ketawa2.
memang TGHH dan Nasya bukan ahli politik yang bijak sampai boleh tertipu dgn pemimpin UMNO.
Ingat, tiada sapa tahu rahsia UG sehinggalah Pak lah bocorkan.
Mangkuk punya Presiden dan Timblan Presiden. Nak Mengkhianati pengundi.
anon 7.36 menulis
"GB ni agaknya bangun tidor je terus pikir mcm mana nak korek salah orang.. UG dah tutup buku, tapi blogger2 mcm GB ni lah yg tak berhenti jd batu api.."
UG dah tutup buku? dan blogger mcm GB x berhenti jd batu api?
Siapa kata UG dah tutup buku? Dengar dan baca ucapan TGNA yang masih sentuh UG? Apakah anda hendak menuduh TGNA juga batu api?
Dasar penjilat UG yang sentiasa tak mahu terima hakikat! Itu sebab mengapa Allah masih bukakan pintu hati TGNA untuk peringatkan semula kepada golongan pemusnah PAS ini.
berjuanglah kerna ALLAH dan ISLAM...bukan kerana PAS semata-mata... Allahuakbar!!!
Catat Ulasan