Tiada gambar Nasha di muktamar PAS
Apakah Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa ditolak di Kelantan?
Itu antara persoalan yang timbul pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-56 di Kota Bharu kali ini, apabila tidak ada gambar Nasharuddin dipamerkan pada poster atau kain pemidang sempena muktamar itu.
Persoalan tersebut dibangkitkan oleh perwakilan ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat di muktamar itu hari ini.
Bagaimanapun Pengerusi Lajnah Penerbitan Dewan Ulama PAS Pusat, Abdullah Abdul Razak menafikan bahawa gambar Nasharuddin tidak diletakkan disebabkan beliau tidak diterima di Kelantan, sebaliknya memberi keutamaan hanya kepada gambar pimpinan tertinggi sahaja.
"Gambar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah memadai untuk mewakili kesemua saf kepimpinan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui kemudiannya.
Latar belakang pentas Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat hanya meletakkan gambar Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz serta tiga pemimpin Dewan Ulama iaitu ketuanya Datuk Harun Taib; timbalannya Datuk Ahmad Yakub dan naib ketua Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Sebelum ini, muncul desas desus yang menyatakan Nasharuddin ditolak di negeri ini setelah dibidas oleh Nik Abdul Aziz kerana cuba untuk menjalinkan hubungan dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan. - Bernama
Ulasan GB
Tiada persangkaan buruk. Samada sengaja, tak sengaja atau tersengaja gambar Ust Nasya tidak terpapar, ia seharusnya diterima, dan setiap sesuatu kejadian itu, sekalipun syariat itu dari kita, hakikatnya adalah af'al Dia. Dan sepastinya ada hikmah yang tersembunyi yang belum difahami oleh hamba-hambaNya, sehinggalah sampai waktu dan ketika, Dia jugalah yang akan menjelaskan segala-galanya.

9 ulasan:
Elok juga gambarnya tak ada... kalau ada pun buat menyampah saja...
Saya setuju..
sumber dari bernama rupanya
ayo! yooo!
kau org ni tak puas-puas, asyik nak perkena ust. Nasha aje, kesian dia!, nak berbaik-baik dgn kau org pun segan.
Jangan pasal gambar dia, kau org jadi batu api pula! Tak kan kami nak masuk semua gambar pemimpin-pemimpin parti dalam banner, penuh nanti dgn gambar hodoh dilihat.
Kalau kami masukkan gambarnya, nanti kau kata menyampah pula.
Ingat brother, sayang kerana Allah benci pun kerana Allah.
SELAMAT BERMUKTAMAR, SEMOGA GEMBIRA BERADA DI KOTA BHARU.
Pasal apa perwakilan terengganu 'mendidih otak' berikutan tiada gambar nasha? saya rasa cikgu greenboc pasti tahu jawapan.
Pelik bin ajaib, harakahdaily langsung tak siar perutusan TGNA yang mengingatkan supaya PAS lupakan UG. sedangkan ucapan lain2 disiar pulak.
Walaupun aku penyokong tegar PR/ PAS dulu kini dan selamanya, tapi pada PRU akan datang aku harap penyokong PR khususnya tidak akan memberikan undi kepada Ustaz yang tak ada aura ni...
Secara peribadi aku tak dpt terima lagi ustaz ni sebab adegan terkantoi dengan Pak Lah dan agenda perpaduangnya...
Org Umngok kalau menipu kita pun tak heran, tapi kalau seorg ustaz yg menipu dan main dlm gelap utk tikam belakang kwn, apa kejadah namanya tu...
Sabar Rasullullah pun ada batasnya, kalau tak takkan Nabi kita masuk ke medan peperangan...
Kepada Ustaz Nasa, selamat tinggal dunia politik untukmu pada PRU akan datang, insyaallah...
Memang betul tak ada berita pun di Harakahdaily pasal Ucapan Nik Aziz berkenaan pengukuhan Pakatan Rakyat pada Muktamar kali ini...
Ini tak lain tak bukan mungkin mainan 'tangan2 ghaib' yang mengawal Harakahdaily...
Aku pun mmg dah lama tak layan sgt dah berita2 di laman tu, mcm sama jea corak laporan dgn geng umngok tu...
Catat Ulasan