16 Jun 2010

Hairan Apa Keshvinder Melompat? Tapi Hairan Mengapa Pemimpin PR Perak Bebal Sangat

Pengerusi Perak DAP Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa Adun Malim Nawar Keshvinder Singh, yang keluar parti itu atas alasan ‘kewangan’ dan kepimpinan DAP, kemungkinan terpikat dengan ganjaran ditawarkan Barisan Nasional (BN).

Pada sidang media ringkas di lobi bangunan Parlimen petang ini Ngeh berkata beliau terkejut dengan pengumuman Keshvinder tetapi menegaskan wakil rakyat penggal pertama itu pernah ditawar agar keluar DAP dan menyokong BN.

“Saya terkejut dengan pengumuman beliau, ya, tetapi kami juga tahu bahawa Barisan juga cuba untuk memikat ramai wakil rakyat kami banyak kali,” katanya.

“Keshvinder Singh sendiri pernah membuat laporan di SPRM sebelum ini mengenai tawaran daripada BN,” katanya lagi.

Peguam berusia 39 tahun itu mendakwa tahun lalu bahawa wakil-wakil dari BN ada mendampinginya dengan tawaran RM20 juta untuk keluar parti.

Ngeh bagaimana enggan bercakap lanjut mengenai Keshvinder telah memutuskan untuk menjadi Adun Bebas.

Kata Ngeh, beliau akan mengkaji sebab wakil rakyat itu bertindak menjadi Adun Bebas dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi 11 pagi esok.

“Ramai wartawan tanya saya perkara ini, tentang keputusan Keshvinder mahu jadi wakil rakyat Bebas.

“Oleh kerana saya baru sahaja mendapat maklumat, saya akan mengkaji kandungan kenyataannya dan siasat dengan lanjut sebelum membuat kenyataan,” katanya lagi.

Ngeh menambah Keshvinder tidak pernah menyebut sebarang masalah yang beliau dakwa wujud membabitkan parti sebagai salah satu alasannya meninggalkan parti.

The Malaysian Insider difahamkan wakil rakyat itu berhadapan dengan masalah kewangan, malah keretanya ditarik kerana tidak menjelaskan ansuran bulanan.

Pada sidang media tengah hari tadi di Subang Jaya, Keshvinder — wakil rakyat DAP kedua dari Perak keluar parti atas alasan “tidak cukup peruntukan” dan kecewa dengan kepimpinan DAP.

Keshvinder berkata beliau keluar DAP atas alasan mahu berkorban demi kepentingan rakyat.

Justeru Adun penggal pertama ini mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional.

“Saya Keshvinder Singh, Adun Malim Nawar mengumumkan bahawa saya keluar dari DAP dan melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengisytiharkan bahawa mulai hari ini, saya menjadi Adun Bebas,” katanya.

Kata Keshvinder, “bagi menjaga kepentingan rakyat di kawasannya dan bagi menjamin pembangunan yang berterusan, saya membuat keputusan, memilih untuk menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.”

“Keputusan ini pengorbanan saya kepada rakyat kawasan saya kerana saya sedar saya bakal menghadapi cemuhan dan tuduhan dari pelbagai pihak tetapi demi kepentingan, kesejahteraan dan masa depan rakyat saya memilih untuk rakyat Malaysia.”

Awal tahun lalu tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Perak. Mereka termasuklah Adun Jelapang Datuk Hee Yit yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri. -TMI


New twist: Keshvinder was 'blackmailed'

KUALA LUMPUR: The latest defection to hit Pakatan Rakyat is shaping out to be a tale of intrigue, peppered with allegations of theft and blackmail.

And as usual, the alleged chief antagonist is Umno.

The plot centres around RM45,000 which purportedly went missing from the law firm of Keshvinder Singh, the Malim Nawar state assemblyperson who quit DAP this afternoon.

While Keshvinder denied Umno having a hand in this, Perak DAP vice-chairman A Sivanesan however claimed otherwise.

According to the Sungkai assemblyman, Keshvinder had related his ordeal when the two met some three weeks ago.

“He told me that one of his clerks in the law firm had embezzled RM45,000 of his client's money and he was in a fix.

“Unfortunately for him, the news reached Umno. From then on, they used this issue against him and coaxed him into defecting,” he said, adding that he had advised Keshvinder to file a police report.

Sivanesan said that Keshvinder had revealed this to several other DAP leaders, including Ipoh Barat MP M Kulasegaran.

He also challenged Keshvinder to deny that he had informed him and the rest about this issue.

'Umno-linked clerk'

Contacted later, Kulasegaran not only confirmed this, but added another twist to the plot, claiming that the clerk who had allegedly absconded with the money was linked to Umno.

“Keshvinder told me that the Umno-linked clerk had not only run off with the money but also took along the client's receipts.

“He was worried that the receipts could be manipulated to tarnish him,” he said, adding that he too had advised Keshvinder to lodge a report with the authorities.

“He (Keshvinder) went missing yesterday and we feared the worst,” he said.

Kulasegaran also urged Keshvinder “to do the honourable thing” and resign as state assemblyman since he had won the seat under a DAP ticket.

Perak fell into the hands of Barisan Nasional after the defection of several Pakatan MPs, leading to the allegation that they were paid a hefty sum to abandon ship. A charge which BN has denied.

On Feb 25, 2009, Keshvinder himself filed a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission claiming that he was offered RM20 million to defect to BN.

In a related matter, Sivanesan lashed out at Keshvinder for accusing DAP of not supporting him in serving his constituency.

“ When he was offered to contest in the 2008 general election, we told him clearly that the BN government may not provide allocations to constituencies under opposition control.

“At the time he said that he understood the situation and was ready to contest. Opposition reps in Malacca, Johor and Negri Sembilan are also not getting proper allocations but we find ways to raise funds to serve our constituencies,” he said.

“The people know and understand our predicament. That is why they believe in our cause” he added. -FMT


Ulasan GB

Sebelum ini, Zulkifly Ibrahim, Ketua Penerangan PKR Perak telah mengadakan satu sidang media di sebuah hotel Ahad lalu yang mendakwa terdapat 3 Adun BN daripada Umno yang akan melompat untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Tiba-tiba Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh daripada DAP pula yang mengisytiharkan keluar daripada parti DAP.

Sewaktu Ketua Penerangan PKR Perak membuat pengumuman bahawa 3 ADUN BN bakal sertai PKR, GB agak pesimistik dengan berita itu dan lantaran itu GB mengulas begini:

Sukar untuk diramalkan kerana Bapa Rasuah a.k.a. Bapa Judi akan melakukan apa saja untuk memujuk ketiga-ketiga ADUN itu kekal bersama BN.


Ternyata ramalan GB benar.Bukan sahaja 3 ADUN BN tidak melompat, ADUN PR pula yang melompat. Kita sungguh hairan mengapa PR Perak tidak belajar dari peristiwa yang telah berlaku. Kita juga hairan bagaimana pemimpin PR begitu gopoh.

Maka itu GB tidak hairan mengapa PR Perak jatuh ke tangan BN.

3 ulasan:

Anak Sungai Derhaka berkata...

Salam Tuan..

Hamba sangat bersetuju dengan pendapat Tuan itu..

Mereka Gopoh untuk berkuasa sebenarnya..

Unknown berkata...

Ya...PKR bukan PR...bersungguh-sungguh nak jadi MB dengan menebus Adun2nya yg melompat dengan 'rundingan' lompat Adun Umno...hingga tak berbicang dgn rakan-rakan dlm PR lain...

Salman berkata...

ehe..bagus ulasan tuan. tapi aku ingin flash back balik pasal 16 september.

Apakah tindakan Anwar dilihat gopoh mengumumkan utk menguasai putrajaya?apabila pihak PAS dilihat tidak berminat dgn kegopohan (16 september) itu, maka kumpulan yang mengaku kononnya PAS reform telah habis-habisan menyerang pimpinan PAS. Kata mereka, pemimpin PAS lembab.

Sekarang lain pula bunyinya.

Cuba anda bandingkan, PKR Perak umum ADUN BN akan lompat parti, last-last ADUN PR pulak yg lompat.

Sebelum ini Anwar umum MP BN akan lompat parti dan PR akan perintah negara, tunggu2, MP PKR pulak yang lompat.

Apa strategi tu?

Tapi kata anda, itu adalah gopoh. Apakah Anwar gopoh untuk jadi PM?