Balai Polis yang terletak bersebelahan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square, Petaling Jaya dianggap sebagai tunggul kayu yang tidak berfungsi apabila gagal bertindak terhadap kumpulan yang mengaku mewakili Majlis Gabungan NGO Pembela Negara dan Perkasa yang berhimpun dan menunjuk perasaan sambil membakar patung Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Zaid Ibrahim.
Sehubungan itu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail kesal dengan pihak polis yang tidak profesional apabila gagal menghadirkan dan mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut.
"KEADILAN menghormati hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman tetapi kumpulan tersebut bertindak biadap.
"Mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat dan beraksi lucah yang boleh disifatkan sebagai provokatif dan ianya boleh mencetuskan kacau bilau ketenteraman awam," kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, KEADILAN telah memaklumkan kepada pihak polis untuk sekurang-kurangnya menempatkan anggota polis untuk mengawal dan memerhati keadaan.
Namun katanya pihak polis yang kebetulan mempunyai balai di sebelah ibu pejabat parti mengatakan mereka tidak mendapat arahan untuk berbuat demikian.
"Perkara seperti ini tidak mungkin berlaku jika perhimpunan ini dibuat di hadapan pejabat Umno-Barisan Nasional.
"Institusi polis sekali lagi menunjukkan sikap "double standard" dan hanya mengikut telunjuk kerajaan Umno-BN," kata Saifuddin lagi.

2 ulasan:
Nak tembak orang tak tunggu "dapat arahan" pun... Tapi laporan dah dibuat, mintak supaya bantu kawal keadaan bagi mengelakkan "gangguan ketenteraman awam", kena tunggu "dapat arahan" ke ???
Semua pegawai kerajaan kini bekerja dalam keadaan tertekan. Kadang-kadang keliru antara tugas sebenar dan arahan politik. Campur tangan politik melebihi segala-galanya menyebabkan rakyat kebingungan dan akhirnya memilih jalan singkat untuk terus berhibur di muka bumi ini. Apa nak jadi pada Malaysia mereka dah tak peduli. Hidup mesti diteruskan iaitu makan minum. Kualiti hidup tiada tapi nak jadi negara maju, bukan rakyat yang maju
Catat Ulasan